Terkurung Di Sebalik Tirai Besi, Zikir Taubat Dialun Penghuni Ini Buat Ramai Menangis

Share

Hidup ini tidak selalu indah. Tidak juga selalu memihak kepada kita walau kita sering mengejar bahagia. Terkadang ianya tersangat perit untuk kita lalui. Namun sudah dinamakan kehidupan, semuanya perlu dilalui dengan redha selagi ujian belum berhenti.

Dalam kehidupan, adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Adakalanya kerana pengaruh kawan, desakan hidup dan sebagainya. Namun sebesar mana pun kesilapan kita lakukan, Allah itu Maha Mendengar taubat dari hamba-Nya. Allah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga dan sebagainya selagi mana kita berusaha mencarinya.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @m4t33n yang berkhidmat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berkongsi satu video yang amat menyentuh hati dan menulis caption “jangan menilai seseorang dari luaran”..

Ia memperlihatkan bagaimana seorang penghuni di PUSPEN ini mengalunkan zikir taubat di sebalik tirai besi yang menempatkan beberapa penagih lain. Apa yang menyentuh hati, dengan suaranya yang amat merdu, dilihat penghuni ini sedang kusyuk mengalunkan zikir taubat ini sekaligus meluahkan  isi hatinya yang mungkin menyesali perbuatannya sebelum ini.

Benarlah kata orang, bahawa syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang sudah bertaubat. Malah apa jua perbuatan kita yang lalu sudah diampunkan seandainya kita bertaubat.

Apa permulaan kita tidak penting tetapi lihatlah bagaimana pengakhirannya.

Berdasarkan komen dari netizen yang menyaksikan video ini, hati mereka cukup tersentuh hingga ada yang mengalirkan air mata.

Ada juga netizen menulis, “setiap orang diberi peluang untuk berubah. Semoga kita semua istikhomah untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah, tenang dengar suara saudara ini.

Published by
Almaswa Che Ros