Sambutan hari bapa hujung minggu lalu memberi makna tersendiri buat setiap insan bergelar ayah.
Atau buat mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah. Tidak lupa juga kepada yang masih mempunyai ayah tetapi diuji Tuhan sedang sakit.
Walau apa juga keadaan insan bergelar ayah ini, sebagai anak selagi ada peluang ucapkan sesuatu yang berharga buat mereka.
Seperti perkongsian juara Berbasikal Trek Negara, Azizulhasni Awang yang turut tidak lepaskan peluang memberi kata-kata cukup bermakna buat ayah tersayang.
Menurutnya, dia berkongsi satu video dikirim adiknya yang menjaga ayah mereka yang mengalami sakit Dementia di kampung halaman mereka di Durgun.
Walaupun tahu ayahnya dijaga sebaik oleh adik beradik lain, tetapi kadang kala menurut Azizul terdetik peraşaan ‘tidak berguna’ dalam hidup.
Menurutnya ini kerana terlalu sibuk mengejar ilmu dunia hingga menyebabkan emak dan ayah di kampung tidak boleh dijaga sebaiknya.
Namun Azizul turut titipkan pesan kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah di kampung, gunakan waktu sebaiknya untuk menjaga mereka. Ini kerana kenangan bersama mereka sukar untuk ditukar ganti.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat mendalam maksud ingin disampaikannya menerusi catatan di laman sosial Facebook.
Beliau yang kini berada di Australia hanya mampu mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa di sayanginya.
“Awang Bin Embong adalah Ayoh saya, stroke survivor dan mengalami Dementia. Siapa-siapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit Dementia ni pasti faham bagaimana cabaran yang diharungi oleh pesakit dan juga ahli keluarga itu sendiri. It’s an excruciating experience i tell you.
“Tengok video ni bercampur baur perasaan. Sedih ade, suka pun ade. Tetapi at least aku bersyukur sangat sebab tahu Ayoh di jaga rapi oleh adik beradik di Dungun. Hanya Allah yang boleh membalas jasa mereka. Kadang-kadang tu ada datang jugak sekali sekala perasaan macam useless je hidup ni.
“Terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai Ayah dan Mak sendiri kat kampung pon tak boleh jaga. Umur belasan tahun dah tinggalkan Mak dan Ayah demi nak kejar cita-cita dunia, konon nak jadi juara dunia. Bila menang di sanjung, bila kalah di..?? Betul lah kata orang, nikmat dunia itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Harap suatu hari dapat berbakti kepada mereka.
“Korang semua yang ada peluang nak jaga Mak dan Ayah tu, gunalah peluang sebaik mungkin, saya ni hanya mampu berdoa je. Moga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah ingat lagi, sebelum Ayoh kene stroke Allah bagi peluang dating berdua.
“First time pergi keluar berdua bersarapan dekat warung di kampung dan kesempatan digunakan dengan di isi dengan perbualan panjang. Such a golden moment. Kemuncak dia masa Ayoh pegi tengok saya race Sea Games Kuala Lumpur 2017 di Velodrome Nilai.
“Lepas tu kesihatan Ayoh makin merosot. Ayoh memang wira dan pahlawan yang melawan segala bentuk penyakit, dugaan serta segala macam yang melanda diri nya. In fact Ayoh sendiri memang bekas tentera dulu.
“Terima kasih Ayoh sebab saya rasa semangat pahlawan tu memang turun dekat diri saya skit. Saya tak nak ucap Selamat Hari Bapa kerna bagi saya setiap hari adalah hari yang special buat Ayoh. STAYSTRONGAYOH
Terima kasih adik bongsu @asive_awang atas perkongsian video
#strokesurvivor #strokesurvivorsneverquit #stroke #dementia #dementiaawareness
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI