‘Terlupa berkumur dan masukkan air ke dalam hidung.’ Sah ke mandi wajib dan bolehkah dia jalankan ibadat seperti biasa.
Ramai yang keliru adakah wajib membersihkan hidung dan mulut ketika mandi wajib. Ikuti kemusykilan ini.
Terlupa Berkumur
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Apakah hukum masukkan air ke dalam hidung ketika mandi wajib dalam mazhab Syafi‘i, wajib atau sunat? Mohon percerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Ke Dalam Hidung
Al-Maraghi menyatakan bahawa makna ayat di atas adalah sekiranya seseorang itu hendak bangun bagi mendirikan solat dan masih lagi dalam keadaan berhadas.
Hal ini kerana seluruh kaum Muslimin menyatakan bahawa bersuci (yakni berwuduk dan mandi wajib) tidak diwajibkan ke atas orang yang ingin mengerjakan solat melainkan dia masih dalam keadaan berhadas.
Ads
Begitu juga, Al-Sa‘di menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan hukum (yang dapat dikeluarkan) daripada ayat ini. Antaranya ialah perintah mendirikan solat, perintah untuk berniat bagi mengerjakan solat, juga disyaratkan untuk bersuci (daripada hadas) bagi sah solat, juga bersuci tidak diwajibkan ketika masuknya waktu solat tetapi wajib ketika hendak mendirikan solat dan lain-lain.
Secara umumnya, mandi wajib adalah mandi yang tidak sah ibadat tanpanya apabila terdapat sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
Sebab-sebabnya ialah janabah, haidh, bersalin dan mati. Manakala memasukkan air ke dalam hidung dipanggil sebagai istinsyaq.
Sah Ke Mandi Wajib
Berbalik kepada soalan yang diajukan, para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum memasukkan air ke dalam hidung ketika mandi wajib.
Pendapat pertama, iaitu para ulama daripada kalangan mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mandi wajib adalah wajib.
Ulama mazhab Hanbali berhujah bahawa kedua-duanya diwajibkan kerana mulut dan hidung termasuk dalam bahagian muka. Oleh itu, wajib untuk berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, tidak kira dalam taharah kubra (yakni mandi wajib) mahupun taharah sughra (yakni berwuduk). Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung merupakan sebahagian daripada wuduk yang mesti dilakukan.’
Selain itu terdapat juga hadith lain daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa:
أنَّ النَّبيَّ ﷺ أمرَ بالمَضمضةِ والاستنشاقِ
Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkan untuk berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.”
Begitu juga kerana mulut dan hidung berada pada hukum anggota zahir, berdalilkan bahawa orang yang berpuasa tidak dikira terbatal puasanya dengan hanya sampainya (masuk) sesuatu kepada kedua-duanya, akan tetapi puasanya terbatal dengan kembali memuntahkannya selepas sampainya sesuatu itu kepada kedua-duanya.
Tak DiWajibkan
Manakala pendapat kedua, iaitu para ulama dalam kalangan mazhab Maliki dan Syafi‘i berpendapat, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mandi wajib adalah tidak diwajibkan kerana mulut dan hidung tidak termasuk dalam anggota zahir badan.
Justeru, tidak diwajibkan untuk membasuh kedua-duanya (ketika mandi wajib), tetapi ia termasuk dalam perkara sunat mandi wajib.
Al-Khatib al-Syirbini daripada kalangan ulama mazhab Syafi‘i jelas menyebutkan, tidak diwajibkan ketika mandi wajib untuk berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Bahkan sebaliknya kedua-dua perkara itu adalah disunatkan sebagaimana ketika berwuduk dan mandi mayat.
Berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika mandi wajib adalah termasuk dalam perkara sunat dan bukannya wajib sebagaimana pendapat dalam mazhab Syafi‘i.
Justeru, mandi wajib dikira sah tanpa kedua-dua perbuatan itu. Walau bagaimanapun, jika tiada sebarang halangan, seboleh-bolehnya janganlah meninggalkan perbuatan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, baik ketika mandi wajib mahupun ketika berwuduk sebagai mengambil jalan keluar daripada mereka yang mewajibkannya kerana keluar daripada khilaf itu adalah mustahab (digalakkan).
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Wallahualam.
Kashoorga : Semoga Allah menerima setiap ibadat kita.
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.
Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jenazah lelaki.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Iblis berjanji akan menyesatkan anak Nabi Adam dari segala segenap sudut sehingga ke hari kiamat. Ini dilakukan atas dasar kesombongan dirinya selepas enggan sujud pada Nabi Adam as yang diciptakan daripada tanah manakala kata Iblis dirinya lebih mulia kerana dijadikan dari api.
Benarkah berdasarkan surah Al Baqarah ayat 34 menunjukkan bahawa Iblis itu asalnya adalah malaikat? Atau iblis hanya sekadar jin? Mufti Wilayah Persekutuan mengupas pertanyaan ini adakah benar iblis berasal dari Malaikat?
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
JAWAPAN
“Maka sujudlah mereka, kecuali iblis”, lantas mereka semua sujud, kecuali iblis. Ulama menyebur, pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat:
Iaitu termasuk dari jenis yang sama, berdasarkan pendapat ini, iblis termasuk di kalangan malaikat, seperti pendapat Ibn Mas’ud dalam satu riwayat dan Ibn Abbas, kecuali ianya ditukar rupa oleh Allah menjadi syaitan.
Ia bukan jenis malaikat tetapi jenis jin. Inilah pendapat hasan al-Basri dan al-Zuhri.
Justeru, jadilah pengecualian sebagai pengecualian yang putus. Kami menyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, di dalam surah al-Kahfi, ayat 50:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin salain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (Surah al-Kahfi: 50)
Perkataan iblis seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Jauzi mempunyai dua pendapat:
Ia adalah isim a’jam (bukan nama bahasa arab) yang tiada musytaq dengan sebab itulah ia tidak ditasrif Inilah pendapat Abu Ubaidah, al-Zajjaj dan juga Ibn al-Anbari.
Ia musytaq daripada perkataan iblas iaitu putus asa, inilah yang diriwayatkan daripada Abi Soleh dan telah disebut oleh Ibn Qutaibah.
Tarjih Saya lebih cenderung kepada pendapat bahawa ia daripada kalangan jin dan bukan dari kalangan malaikat kerana nas Ilahi yang juga sebab kejadian:
Malaikat dijadikan daripada nur yakni cahaya.
Iblis atau jin diciptakan daripada nar yakni api.
Justeru, iblis bukan sebahagian daripada malaikat, makanya istisna’ atau pengecualian iblis daripada malaikat termasuk daripada istisna’ munqati’ yakni terputus dan bukan daripada jenis yang sama. Wallahu ‘alam..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kucing merupakan salah seekor haiwan peliharaan popular kerana ia sangat manja, lucu dan comel. Bukan kita sahaja, malah Rasulullah SAW juga memiliki seekor kucing peliharaan dikenali sebagai Mueeza.
Kasih sayang Rasulullah terhadap Mueeza cukup jelas sehingga Nabi sanggup menggunting bahagian jubah yang ditiduri oleh Mueeza semata-mata tidak mahu mengganggu tidur si comel.
Nabi juga sering kelihatan mendukung Mueeza tatkala menerima kunjungan tetamu di rumah. Jelas menunjukkan kita perlu menyayangi kucing sebagaimana kita menyayangi ahli keluarga sendiri.
Tentu sahaja kita ingin tahu apakah ciri-ciri yang ada pada kucing sehingga Nabi SAW menganggap ia sebagai haiwan suci?
Otot Yang Menolak Bakteria
Muezza dan rakan-rakannya dikurniakan otot-otot kulit yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan keadaan dengan sentuhan otot manusia.
Apabila si comel menjilat jari atau tangan, kita akan terasa kesat kan? Sebenarnya rasa kesat atau kasar itu adalah kerana lidah kucing dilitupi dengan benjolan-benjolan kecil yang runcing dan sedikit bengkok seperti mata gergaji.
Lidah kesat ini berfungsi sebagai ‘alat’ membersih bulu kucing dan membuang bulu-bulu mati yang ada pada badannya. Sama lah konsepnya dengan kita memberus pakaian.
Haiwan paling bersih
Hasil kajian para saintis mendapati, kucing merupakan haiwan yang sangat bersih berbanding haiwan lain mahupun kita!
Si comel kerap menjilat bulunya kerana itu adalah cara ia membersihkan badannya.
Banyak kajian dilakukan pada bahagian-bahagian tubuh kucing dan mendapati penemuan menakjubkan:
1. Bahagian bulunya ternyata negatif kuman walaupun ujian dilakukan berulang kali.
2. Permukaan lidahnya juga bebas kuman begitu juga air liurnya adalah bebas kuman. Oleh itu jangan bimbang jika kucing kita suka menjilat anggota badan kita sekalipun.
3. Jika ada kuman sekalipun, ia hanyalah kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang turut ada pada tubuh kita dalam dalam jumlah yang sedikit sahaja.
4. Kucing mempunyai unsur pembersih dikenali sebagai lysozyme yang menyebabkan kuman sukar hidup pada badan kucing.
5. Tidak suka air kerana bulunya mudah memerangkap bakteria. Jika kita mandikan si comel, pastikan bulu-bulunya dilap kering selain sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.
Lidah kucing kesat disebabkan benjolan runcing seperti mata gergaji sebagai ‘alat’ pembersih yang sangat baik.
Teman yang mampu mengurangkan stress kita
Pada zaman dahulu kucing dipelihara untuk tujuan terapi. Dengkuran si comel pada tahap 50 Hz sangat baik memberi gelombang baik untuk kesihatan kita ditambah pula dengan mengusapnya, kita dapat kurangkan stress yang bersarang.
Sisa makanan atau minuman kucing hukumnya suci
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata,
“Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana (bekas air).” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bekas air tadi. Namun, seekor kucing datang dan meminum airnya. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Badan, peluh, bekas dari sisa makanan kucing adalah suci termasuklah air liurnya adalah bersih dan membersihkan. Ternyata si manja berbulu lembut ini lebih bersih daripada manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza. Dan siapa lah kita untuk membenci si comel ini? Sayangilah mereka walau di mana pun kita berada.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...