Pernah tidak anda berhadapan dengan situasi terlupa membaca doa qunut ketika menunaikan solat Subuh.
Ataupun terlepas dari melakukan tahiyyat awal dan ingat-ingat lupa erapa rakaat sudah dilakukan dalam solat.
Jika risau, jangan takut kerana solat tidak batal tetapi perlu melakukan sujud sahwi. Dan bagi yang tidak tahu tertib melakukan sujud sahwi ini, perkongsian video dari lelaki ini berkenaan sujud sahwi yang perlu dilakukan sebelum salam pada tahiyyatul akhir.
Sujud sahwi ini juga hendaklah dilakukan dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Ads
Kemudian duduk kembali dalam posisi tahiyyat akhir dan barulah salam seperti biasa tanpa mengulang bacaaan lagi.
Antara sebab lain yang perlu melakukan sujud sahwi selain terlupa Qunut ialah:
Terlupa membuat tahiyyat awal pada rakaat kedua dan juga terlupa bilangan rakaat atau tertambah bilangan rakaat maka perlu buat sujud sahwi sesudah membaca bacaan tahiyyat akhir sebelum bagi salam.
Ads
Cuma jika sekiranya terlupa juga membuat sujud sahwi tiada masaalah solat masih sah kerana kita cuma meninggalkan perkara sunat, akan tetapi itu adalah sunat ab ‘adh.
Sunat ab’adh ialah sunat yang sangat dituntut jadi kalau boleh elakkan dari terleka dari solat wallahu a’lam.
‘Diperap dengan garam & menjadi sebati dengan najisnya.’ Ini hukum makan ikan masin tak dibuang isi perut. Rata-rata pembuat ikan masin tidak mengasingkan isi perut terlebih dahulu sebelum menyediakan ikan masin.
Tetapi hari ini di pasaran ada juga peniaga yang cakna dengan isu kebersihan dan halal ini lalu menjual ikan masin yang telah dibuang isi perut dan najisnya. Namun kelompok ini masih belum ramai.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum memakan ikan yang diproses tanpa dibuang isi perutnya.
Soalan:
Assalamualaikum, saya ada persoalan berkaitan ikan masin, ikan kering mahupun ikan pekasam yang masih tidak dibuang isi perutnya. Mohon pencerahan hukum andai termakan isi perut ikan tersebut?
Jawapan
Hukum ikan masin atau ikan kering mahupun ikan pekasam yang tidak dibersihkan segala isi perut, tahi mahupun darahnya adalah tidak halal untuk dimakan kerana najis menurut mazhab Syafi’i.
Menjadi Sebati Dengan Najisnya
Namun, ikan kecil yang sukar dibuang segala isi dalaman perut adalah dimaafkan untuk dimakan.
Oleh itu, pengusaha yang menghasilkan ikan masin, ikan kering atau pekasam perlu cakna terhadap kebersihannya dengan membuang segala kotoran dalam rongga perut ikan yang bersaiz besar.
Adapun isi perut ikan yang sukar dibersihkan kerana saiz ikan terlalu kecil, maka ia termasuk najis yang dimaafkan dan halal untuk dimakan.
Ini Hukum Makan
Setiap haiwan yang terdapat di dalam lautan halal dimakan berdasarkan firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.”
Surah Al-Maidah (96)
Seterusnya, makanan halal mestilah suci berdasarkan kalimah tayyiban dalam firman Allah SWT:
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Surah al-Baqarah (168)
Ikan Masin Tak Dibuang Isi Perut
Sementara itu, fuqaha mazhab Syafi’i membahaskan hukum memakan ikan masin yang tidak dibersihkan bahagian isi perutya berdasarkan nukilan dalam Al-Jawahir :
Maksudnya: “Semua ikan masin yang tidak dikeluarkan segala isi perutnya, maka ia dianggap najis”.
Oleh itu, ikan yang belum dibersihkan daripada isi-isi perutnya dianggap bernajis dan tidak halal dimakan.
Menurut zahir pendapat ini, sama sahaja ikan besar mahupun ikan kecil. Namun al-Rafi’i dan al-Nawawi mengatakan ikan kecil yang masih terdapat isi perut halal dimakan atas sebab kesukaran untuk membersihkannya.
Oleh yang demikian, ikan bersaiz besar yang tidak dibuang isi perutnya tidak halal dimakan kerana bercampur dengan najis dalam perutnya.
Ikan Kecil Terkecuali
Sementara telur ikan adalah suci kerana terdapat penghalang antara najis dan telur yang tidak mungkin bercampur dengan telur ikan.
Sementara ikan kecil yang tidak dibuang isi perut adalah dimaafkan. Begitu juga, ia tidak menajiskan minyak apabila menggoreng ikan kecil tersebut .
Kesimpulannya, ikan yang tidak dibuang dan dibersihkan tahi, darah serta segala isi perutnya adalah tidak halal dimakan disebabkan najis kecuali telur ikan. Namun ikan kecil yang sukar dibuang segala isi perutnya adalah dimaafkan dan halal dimakan.
Nikah kena ikut syariat, perlu dihebahkan. ‘Bila kahwin senyap-senyap, mengandung terus nak gugur.’ Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya menghebahkan pernikahan agar tidak timbul salah faham.
Bila berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama memang bakal menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari, tak kiralah lambat atau cepat.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Cerita dalam sesi bersemuka fizikal yang pertama (pada Jumaat) selepas dibeku sejak awal Mac. Pertemuan bersama sepasang suami isteri yang baru berkahwin pada November 2022 di Thailand.
Awal sesi…
Perlu Dihebahkan
Isteri: Kami kenal 3 bulan saja kemudian kahwin. Saya mengaku saya yang ajak dia kahwin sebab sepanjang kenal dia, kami selalu jumpa dalam 2 atau 3 kali seminggu.
Dia pernah hendak pegang tangan saya masa berjalan tapi hendak guna sarung tanganlah. Cuma masa itu tak ada glove, jadi tak pegang. Masa itulah saya terfikir tak boleh terus macam ini.
Jadi saya ajak dia kahwin. Tapi lepas kawin, nak jumpa sekali seminggu pun susah…
Bila Kahwin Senyap-Senyap
Penghujung sesi:
Suami: Tak boleh ke kita stick pada perjanjian sebelum ni?
Isteri: So you nak I gugurkan kandungan ini?
Saya: “Macam inilah, akak sudah dengar semua. Sebelum akak bagi cadangan, akak kena beritahu dulu satu perkara penting, kehendak korang berdua masa nak nikah sudah salah.
Perkahwinan tak boleh dirahsiakan!! Z, akak faham sebab awak sudah ada isteri. Awak pula J, sebab family tak terima poligami tapi bila hanya korang saja yang tahu hubungan korang, memang payah hendak bertindak. Itu yang lebih jadi masalah sebab masing-masing terikat.
Sebab itu ikut syariat, nikah tu mesti dihebahkan, dalam hadis disebut buat majlis walau seekor anak kambing dan zaman media sosial sekarang ini, share je kat Facebook (FB) or Instagram (IG).
Akak yakin sebab itu jugalah, macam yang korang sendiri cerita, sudah buat macam-macam protection tapi Allah izin juga pregnant.
6 bulan kawin, baru 4 atau 5 kali saja bersama macam yang kamu berdua cakap kan tapi Allah izin J hamil. Berapa ramai pasangan lain yang cuba berpuluh kali tak juga berjaya?
Sebab Allah hendak kalian berdua ambil teladan, hendak awak Z sebagai suami, mesti iktiraf isteri awak selayaknya ikut syariat. Sebelum ini sudah gugur, mana mungkin kali ini hendak gugurkan lagi?
Awak kena ingat Z, kita tak tahu ke depan nanti anak yang awak tak mahu inilah yang akan jaga awak. Kena ingat juga, apa-apa perjanjian sebelum kahwin tak valid apatah lagi perjanjian yang menafikan hak dalam perkahwinan, yang berlawanan pula dengan syariat!
Z!! (saya pandang tepat ke wajahnya) Awak lelaki! Awak suami! Tanggungjawab awak untuk jaga kebajikan J dan iktiraf dia selayaknya sebagai isteri ikut syariat!”
Isteri menyapu air mata yg mengalir perlahan. Suami hanya diam…
Sungguh Allah tak pernah aniaya hambaNya. Hanya kita sebagai hamba yang sering mencari jalan untuk aniaya diri sendiri.
Astaghfirullah..!
Berhijab dan tutup aurat itu wajib bagi wanita. ‘Tiada alasan jadi diri sendiri bila buka tudung.’ Benda wajib tidak boleh diubah-ubah sesuka hati dan menurut selera kita.
Namun ada beberapa individu memberi alasan sebegitu apabila mereka tanggalkan hijab. Katanya tidak mahu hipokrit dan mahu jadi sendiri. Masyallah jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam.
‘Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram,” kata pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli.
Jelas Imam Muda Hassan, bagi wanita yang membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan nak menjadi diri sendiri, ia sama sekali tidak akan menggugurkan hukum wajib itu.
“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
Itu Wajib Bagi Wanita
“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” katanya.
Tambahnya, solat juga tidak akan gugur hukumnya sama seperti menutup aurat. Benda yang wajib itu tetap kena buat.
“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” katanya.
Tiada Alasan Jadi Diri Sendiri
Menurut Hassan, jadi seseorang wanita itu nak berhijrah menutup aurat, hijrahlah bersungguh-sungguh. Jangan dibuat sekerat jalan, sebab takutnya kita mempermainkan agama pula.
“Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.
“Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah,’ ungkapnya.
Bila Buka Tudung
Pada masa kini, didapati pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama mengikut ‘trend’.
Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila tidak mahu, ditanggalkan begitu saja dengan alasan tertentu seperti ingin menjadi diri sendiri.
Tindik hidung antara trend yang diikuti ramai tak kira umur dan jantina. Ia dibuat demi menonjolkan identiti, gaya diri atau sekadar mengikuti tren.Semua tahu...