Baru ini tersebar gambar pelakon Syafi Tee yang menyentuh kekasihnya hingga nama bapanya yang juga pendakwah Ustaz Mohd Ridhuan Tee dipetik.

Menyedari hal ini menjadi bualan ramai, dalam fbnya hari ini, pendakwah ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengenainya dan berkata akan terus menegur hal yang salah, iaitu konsep amal makruf nahi mungkar.

Baca kenyataannya:-

Saya akan tetap bersuara..

Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita tentang anak saya dan dilibatkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian, terlibat dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, membentang kertas kerja, “Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara”, sehingga menyebabkan saya tidak dapat menjelaskan semua perkara yang berlaku dengan pantas.

Hari ini, saya tampil untuk menjawab. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat tentang saya dan anak saya. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.

IKLAN

Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulamak dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar. Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita? Mereka mesti diselamatkan jika tersasar kerana itu tanggungjawab kita semua

Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.

Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.

Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah…Saya pasrah…

IKLAN

Syafi Tee, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini.

Kepada mereka di luar sana, sama ada yang sentiasa bersama saya, menasihati dan memotivasi, dan juga yang memusuhi saya, dua pesanan untuk diri saya dan kalian semua:
Pertama, kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Saya akan terus menegur dan menjalan asas sebagai sebagai Islam, amar makruf nahi mungkar. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa.

Kedua, kehidupan ini adalah ujian. Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya.

IKLAN

Yang menciptakan mati dan hidup, menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun (Al-Mulk:2)

Ayat ini mengingatkan bahawa hidup ini seluruhnya adalah ujian. Ujiannya tidak seperti di sekolah, belajar dulu baru ujian. Tapi belajar sambil ujian sekaligus. Setiap kita pasti diuji.

Ikut kemampuan masing-masing. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (al-Baqarah: 286).

Orang miskin diuji dengan kemiskinannya. Orang kaya diuji dengan kekayaannya. Orang berilmu diuji dengan ilmunya. Orang bodoh diuji dengan kebodohannya. Orang soleh diuji dengan kesolehannya. Pemimpin diuji dengan kepemimpinannya. Pendek kata, tidak ada yang terlepas dari ujian. Sama ada bersedia atau tidak, kita akan diuji. Justeru, bersiap sedialah…

Ingat, ujian ini sebenarnya untuk menguji di mana kelemahan kita, agar menjadi kuat. Yang lemah dalam urusan harta kadang diuji dengan harta. Yang lemah dalam urusan wanita kadang diuji dengan wanita. Yang lemah dalam urusan kepemimpinan diuji dengan pimpinannya. Masing-masing harus menyedari titik kelemahannya dan berusaha menguatkannya. Sudah tentu, ada yang lulus dan ada yang gagal.

Saudaraku, pastikan apa yang menimpa kepada diri saya, tidak berlaku kepada saudaraku semua. Saya doakan yang terbaik untuk saudara di luar sana.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI