
Isi Kandungan
ToggleTerpaut dengan kemerduan alunan al-quran, dua pelancong dari Jepun peluk Islam. Perkara ini dikongsikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Benarlah hidayah itu milik Allah, bayangkan dengan hanya mendengar alunan ayat suci Al-Quran, dua insan ini terus jatuh cinta dengan Islam.
Artikel Berkaitan:
Alunan Bacaan Al-Quran Sangat Menusuk Hati, Qari Cacat Penglihatan Muhammad Qayyim Johan Tilawah
Terpaut Dengan Kemerduan Alunan Al-Quran
Pelancong dari Jepun mengunjungi Masjid Negara dan kebetulan mendengar alunan ayat suci al-Quran dalam Majlis Saringan Tilawah Al-Quran pada hari tersebut.
Dalam masa yang sama, salah seorang peserta acara tilawah berkesempatan menyampaikan tentang keindahan ajaran Islam kepada mereka berdua.

Dua Pelancong Dari Jepun Peluk Islam
Alhamdulillah mereka melafazkan syahadah hari ini sebelum kembali ke Tokyo.
Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya.
Komen Warganet:
Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada warganet dan mendoakan mereka agar terus kekal istiqamah dan terus belajar mendalami agama Islam sepulangnya ke Jepun.
Norziah Mat Said
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT. Semoga mereka diberi bimbingan untuk mempelajari Agama Islam agar tidak kembali ke agama asalnya. Semoga mereka terus istiqomah berterusan sehingga ke akhir hayatnya. Amin. Ya Rabbal Alamiin
Sleeq Persona
Alhamdulillah, semoga mereka diberi bimbingan terus sehinggalah mereka betul-betul faham tentang islam. Jangan dibiarkan lepas begitu saja.
Mohd Zubir Zakaria
Tapi tak boleh membiarkan mereka begitu saja. Kena bagi sokongan maklumat tempat mereka boleh hubungi untuk mereka mempelajari agama Islam lebih lanjut di Jepun.
Abdul Rashid Zakaria
Rujuk mualaf dengan pusat dakwah Islam Jepun untuk membimbing di sana. Semoga Allah merahmati mereka peserta tilawah dan JAWI.
Baca Di Sini:

Kashoorga: Semoga mereka dapat mendalami ilmu agama dengan baik setelah pulang ke Jepun. Insyallah…
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Haram cerca sahabat

Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w adalah semulia-mulia umat Baginda. Baginda sangat mencintai dan menghormati para sahabatnya, radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Kehormatan dan kedudukan mereka di dalam Islam dan disisi Allah SWT juga adalah jelas.
Maka adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan amat tercela untuk membenci apatah lagi menghina, mencaci, mencerca dan mengutuk para sahabat Rasulullah s.a.w . Bahkan larangan mencaci para sahabat juga jelas disebutkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
{Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat akan disediakan baginya azab yang hina.} [Al-Ahzab: 57].
Jauh Rahmat Allah
Ayat ini menerangkan tentang ancaman akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT serta seksa yang menghinakan bagi orang yang menyakiti Allah dengan melanggar perintah-Nya. Juga larangan daripada menyakiti Rasulullah s.a.w sama ada melalui ucapan ataupun perbuatan seperti mencaci dan mencerca kepada Nabi atau agamanya. ( Aqidah Ahli Al-Sunah, 2/832)
Salah satu perbuatan yang menyakiti Rasulullah s.a.w adalah mencaci dan mencerca para sahabatnya. Rasulullah s.a.w telah memberitahu bahawa menyakiti para sahabat termasuk dalam perbuatan menyakiti dirinya dan sesiapa menyakiti dirinya maka telah menyakiti Allah SWT.
Pada hari ini, apakah ada perbuatan lain yang menyakiti para sahabat lebih kuat daripada mencaci mereka sebagaimana yang dilakukan oleh kumpulan Syiah Rafidah?
Ayat ini memberikan dalil yang kuat bahawa adalah haram mencaci para sahabat.
Dalil yang seterusnya, firman Allah SWT:
Maksudnya: {Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dengan dosa yang nyata.} [Al-Ahzab: 58].
Ayat ini merupakan peringatan agar tidak menyakiti kaum Mukminin dengan mengeluarkan cacian dan penghinaan terhadap perbuatan yang tidak pernah mereka lakukan. Salah satu dalil bahawa ayat ini menunjukkan haramnya mencaci dan mencerca para sahabat adalah bahawa mereka merupakan generasi pertama kaum Muslimin.
Merekalah yang pertama kali disebut dalam setiap ayat yang dimulakan dengan: “Wahai orang-orang yang beriman”. [Al-Baqarah: 104],
Juga firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh”. [Al-Kahfi: 107]
Ayat ini menunjukkan haramnya mencaci dan mencerca para sahabat. Ini kerana Al-Mukminun (orang-orang mukmin) adalah gelaran yang paling sesuai bagi mereka sebagai generasi pertama yang beriman. Lagi pun, mencaci dan mencerca mereka merupakan sikap yang buruk dan menyakiti orang lain.
Maka sesiapa melakukannya bererti dia telah menyakiti sebaik-baik golongan mukmin dengan mentohmah sesuatu yang tidak mereka lakukan. Sesiapa menyakiti, mencaci dan mencerca para sahabat bahkan lebih-lebih lagi melakukannya sebagai suatu kepercayaan, nescaya ancaman yang disebut di dalam ayat di atas akan menimpanya (Aqidah Ahl Al –Sunnah, 2/823).
Imam Ibnu Kathir ketika menghuraikan ayat ini mengatakan orang yang paling banyak termasuk dalam ancaman ini adalah orang-orang kafir kemudian golongan Syiah Rafidah yang mencaci dan menghina serta menyifatkan para sahabat bukan sebagaimana sifat yang disebut oleh Allah SWT. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia redha kepada kaum Muhajirin dan Ansar serta memuji mereka.
Sedangkan orang-orang yang jahil ini mencaci, mencerca dan menghina para sahabat serta menyandarkan kepada mereka sesuatu yang tidak mereka lakukan. Mereka itulah orang-orang yang terpesong hatinya, mereka mencaci orang yang mulia, dan menyanjung orang yang keji! (Ibid dari Tafsir Ibnu Kathir).
Allah SWT berfirman lagi:
Maksudnya: {Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang antara mereka. Kami melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan redha-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka di dalam Injil iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendaklah menyakiti hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang benar.} [Al-Fath:29].
Dalil yang menunjukkan pengharaman mencaci dan mencerca sahabat dalam ayat ini adalah kerana orang yang mencaci sahabat hanyalah mereka yang ada sifat dengki dalam dirinya. Di dalam ayat ini juga Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang membenci mereka adalah orang-orang kafir. Maka jelas sekali ayat yang mulia ini menunjukkan haramnya mencaci, mencerca dan menghina para sahabat radhiyallahu ‘anhum.
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Kudri ra, Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah mencaci dan mencerca sahabat-sahabatku. Seandainya di antara kalian menginfakkan emas sebesar bukit Uhud, nescaya (pahalanya) tidak dapat menyamai satu cupak sedekah mereka ataupun setengahnya.” [Riwayat Muslim].
Hadis ini merangkumi larangan dan peringatan agar tidak mencaci dan mencerca para sahabat. Juga disebut dengan jelas pengharaman mencaci dan mencerca mereka. Larangan Para Ulama’ Salaf Dari Mencaci Dan Mencerca Para Sahabat Riwayat-riwayat daripada golongan terdahulu dari kalangan sahabat mahupun generasi selepasnya daripada golongan tabi’in dan para ulama’ salaf, yang mengandungi larangan mencaci dan mencerca para sahabat dan pembelaan bagi mereka begitu banyak sekali, antaranya ialah:
Imam Ahmad Bin Hambal mengatakan, “Apabila engkau melihat orang menyebut salah seorang sahabat dengan keburukan, katakanlah bahawa dia telah melakukan keburukan terhadap Islam”.
Abu Zur’ah Ar-Razi menjelaskan, “Apabila engkau melihat orang menghina, merendahkan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, maka ketahuilah bahawa ia seorang zindiq. Rasulullah s.a.w bagi kita adalah kebenaran, Al-Quran dan As-Sunnah sampai kepada kita dibawa oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Maka orang-orang itu hendak menghancurkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan hujah Al-Quran dan As-Sunnah. Menghancurkan mereka lebih utama, dan mereka adalah orang-orang zindiq”( Al-Kifayah fi ilm Ar-riwayah,halaman 67).
Imam As-Syaukani menyebut terdapat ijma’ umum Ahlul Bait tentang pengharaman mencaci dan mencerca para sahabat melalui 12 riwayat.
Abu Abdullah, Muhammad bin Abdul Wahid Al-Maqdisi dengan sanadnya dari Muhammad bin Ali bin Al-Husain bin Ali, menjelaskan kepada Jabir Al-Ja’fi:
“Wahai Jabir telah sampai berita kepadaku bahawa sekelompok orang dari Iraq mengaku mencintai kami tetapi merendahkan Abu Bakar dan Umar, dan mereka mengata kami memerintahkan mereka berbuat demikian. Sampaikanlah dariku bahawa aku berlepas diri daripada mereka. Dan demi Dia yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seandainya kami berkuasa sebagai pemerintah, nescaya aku akan mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menumpahkan darah mereka. Syafaat Muhammad tidak akan aku perolehi apabila aku tidak memohon keampunan bagi mereka berdua (Abu Bakar dan Umar).” (Al Bidayah wa An Nihayah 9/394)
Cinta Amirul Mukminin Ali Dan Keturunannya Terhadap Para Sahabat.Dalil yang benar pasti terbukti dan jelas, manakala yang selain darinya pasti lenyap. Ini dapat dilihat dalam kitab penting Syiah Ithna Asyariyyah, iaitu kitab Nahju al-Balaghah. Ayat-ayat yang penting di dalam kitab ini sungguh jelas dan cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah meruntuhkan fahaman dan perbuatan mencaci, mencerca dan menghina para sahabat Rasulullah s.a.w.
Kitab ini juga menolak pendapat yang mengatakan bahawa para sahabat telah murtad dan kembali kepada agama asal mereka setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.

Amir al-Mukminin Ali telah memberikan gambaran mengenai para sahabat, sebagaimana yang dia lihat dan lalui sendiri. Dia mengatakan:
“Aku melihat sahabat-sahabat Muhammad s.a.w dan aku tidak melihat ada orang lain yang menyerupai mereka.
Mereka berpagi-pagi (yakni bersegera dalam beribadat) dalam keadaan kusut masai, mereka berdiri qiyam dan bersujud solat pada waktu malam. Mereka seperti berdiri di atas bara api kerana mengingatkan tempat kembali mereka (akhirat). Seolah-olah di antara mata mereka terdapat beban kerana panjangnya sujud mereka. Ketika teringatkan Allah maka bercucuranlah air mata mereka sehingga basah baju mereka. Mereka bergoyang (ketar) laksana pokok yang ditiup angin kencang kerana takut terhadap siksa serta mengharapkan pahala”( Nahjul Balghah,hlm 182-189:Tsumma Absartu Al-Haqiqah,hlm 324)
Sayyidina Ali sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka dan mengenangi kematian mereka, seperti orang yang hendak berpisah dengan kekasihnya, sehinga beliau berkata, “Di manakah orang-orang yang ketika diserukan Islam kepadanya maka mereka menerimanya. Mereka membaca al-Quran dan memahaminya, mereka mengeluarkan pedang dari sarungnya, menjelajahi ke seluruh penjuru bumi dengan kaki-kaki mereka dalam saf peperangan, merah mata dengan tangisan, kempis perut dengan berpuasa, merekah bibir mulut dengan berdoa, pucat muka kerana kurang tidur, wajah mereka berlumuran debu orang-orang yang khusyuk. Mereka adalah saudara-saudaraku yang telah pergi. Sudah semestinya kami merindui mereka, kami memegang erat tangan mereka ketika saat akan berpisah”( Nahjul Balghah,hlm 235 Tsumma Absshatu Al-Haqiqah,halaman 325).
Wahai para pecinta Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib ra, renungkanlah bagaimana pandangan Ali terhadap para sahabat Nabi s.a.w ini.
Ali bin Al-Hussain Zainal Abidin pun menyebut nama para sahabat Nabi s.a.w di dalam doanya yang panjang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada para sahabat kerana mereka telah membantu Nabi Muhammad s.a.w di dalam menyebarkan dakwah tauhid dan menyampaikan risalah Allah kepada manusia(Shahifah Al Kamilah,Karya Zainul Abidin halaman 13)
Demikian inilah sikap para imam-imam Ahlu al-Bait terhadap para sahabat Nabi s.a.w, tidak seperti yang dituduh oleh orang-orang yang hanya mendahulukan prasangka seperti Syiah Rafidah dan orang-orang yang mengaku sebagai para pendukung Ahlu al-Bait. Sedangkan mereka adalah musuh Al-Quran, hadis Nabi dan para imam Ahlu al-Bait yang suci.
Maka siapakah kita sehingga sanggup duduk bersama dan bersekongkol dengan golongan yang mencerca para sahabat dan menafikan kelebihan mereka yang telah jelas disebut dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Wallahu a’lam.
[Sumber Rujukan; Dr. Ali As-Sollabi (2007) Fikr Al-Khawarij wa Al-Syiah, ms 216-219].
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Cepat-Cepat Bangun Bila Sujud Terakhir, Mintaklah PadaNya 3 Perkara Ini Sebelum Terlambat

Salah satu rukun tertib sebelum selesai solat adalah sujud sebelum kita duduk tahiyyat akhir. Sebenarnya ketika waktu sujud terakhir inilah jangan kita persiakan.
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi ketika sujud terakhir ini. Menurut PU Amin jangan cepat-cepat bagun bila sujud. Ketika sujud terakhir adalah waktu paling dekat antara kita dengan Allah.
Diingatkan juga waktu sujud inilah kita minta 3 perkara. Pertama Minta masuk syurga, kedua Minta mati dalam Husnul Khotimah dan ketiga Minta sempat bertaubat sebelum mati.
Tambahnya lagi, nasib seseorang itu terletak pada pengakhirannya dan bukan pada bagaimana dia bermula. Posting peringatan ini telah di muat naik di laman sosial Instagramnya sebagai peringatan kita bersama.
Moga kita mendapat pengakhiran yang baik dalam hidup. Selamat dunia, selamat akhirat . Kaya dunia, kaya akhirat. Jangan cepat cepat bangun bila sujud. Sujud adalah waktu paling dekat antara kita dengan Allah..
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡكَعُواْ وَٱسۡجُدُواْۤ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Hajj: 77)
Artikel Berkaitan: Terselamat Dari Empat Perkara Menakutkan Jika Rajin Amalkan Doa Ini, Ketika Tahiyyat Akhir
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rugi Jika Tinggal Puasa Sunat Arafah, Dosa Kita Diampunkan Setahun & Waktu Paling Mustajab Berdoa

Esok, bermulalah hari wukuf bagi umat Islam yang menunaikan fardu haji di Makkah. Malah antara amalan terbaik dibuat pada hari wukuf ialah berdoa kepada Allah. Malah ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Hadis turut menyebut kelebihan berdoa pada hari Arafah. Ia diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi). Malah ia turut diriwayatkan oleh Malik. “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
Bagi yang belum berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah, kita disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah. Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat yang dilakukan pada hari ke-9 di bulan Zulhijjah. Hukumnya sunat muakkadah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit.
Ini kerana sunat hari ‘Arafah itu dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam sahaja. Janganlah sia-siakan peluang untuk berpuasa pada hari esok kerana ia datang hanya sekali dalam setahun. Ganjarannya amat besar iaitu berupa keampunan dari Allah di mana dosa kecil kita diampunkan setahun sebelum dan selepas setahun.
Hari Arafah hari pembebasan dari api neraka
Hari Arafah merupakan hari pembebasan dari neraka bagi mereka yang menjaga pendengarannya dari hal yang buruk. Malah Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berpuasa di hari Arafah, maka dia diampuni (dari dosanya) setahun setelah dan sebelumnya. (Sedangkan) barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura’, maka ia diampuni (dari dosa) setahun”. (HR. Thabrani dalam Al-Ausath).
Apa yang dimaksudkan dengan menebus (dosa) setahun sebelum dan setahun selepasnya dalam hadis tersebut ialah diampunkan dosa-dosa setahun sebelum hari ‘Arafah yang lalu dan setahun selepas hari ‘Arafah yang akan datang.
Jadi jangan lupa untuk berpuasa sunat hari Arafah esok. Doanya mudah saja iaitu “Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah taala. Atau boleh dibaca juga “Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah taala.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI