Terpaut dengan kemerduan alunan al-quran, dua pelancong dari Jepun peluk Islam. Perkara ini dikongsikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Benarlah hidayah itu milik Allah, bayangkan dengan hanya mendengar alunan ayat suci Al-Quran, dua insan ini terus jatuh cinta dengan Islam.
Artikel Berkaitan:
Alunan Bacaan Al-Quran Sangat Menusuk Hati, Qari Cacat Penglihatan Muhammad Qayyim Johan Tilawah
Pelancong dari Jepun mengunjungi Masjid Negara dan kebetulan mendengar alunan ayat suci al-Quran dalam Majlis Saringan Tilawah Al-Quran pada hari tersebut.
Dalam masa yang sama, salah seorang peserta acara tilawah berkesempatan menyampaikan tentang keindahan ajaran Islam kepada mereka berdua.
Alhamdulillah mereka melafazkan syahadah hari ini sebelum kembali ke Tokyo.
Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya.
Perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada warganet dan mendoakan mereka agar terus kekal istiqamah dan terus belajar mendalami agama Islam sepulangnya ke Jepun.
Norziah Mat Said
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT. Semoga mereka diberi bimbingan untuk mempelajari Agama Islam agar tidak kembali ke agama asalnya. Semoga mereka terus istiqomah berterusan sehingga ke akhir hayatnya. Amin. Ya Rabbal Alamiin
Sleeq Persona
Alhamdulillah, semoga mereka diberi bimbingan terus sehinggalah mereka betul-betul faham tentang islam. Jangan dibiarkan lepas begitu saja.
Mohd Zubir Zakaria
Tapi tak boleh membiarkan mereka begitu saja. Kena bagi sokongan maklumat tempat mereka boleh hubungi untuk mereka mempelajari agama Islam lebih lanjut di Jepun.
Abdul Rashid Zakaria
Rujuk mualaf dengan pusat dakwah Islam Jepun untuk membimbing di sana. Semoga Allah merahmati mereka peserta tilawah dan JAWI.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga mereka dapat mendalami ilmu agama dengan baik setelah pulang ke Jepun. Insyallah…
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.