Solat itu tiang agama, Jangan sesekali kita tinggalkan amalan yang telah diwajibkan ke atas kita umat Islam.
Ada beberapa perkara atau amalan tambaham boleh kita amalan dalam solat terutama ketika tahiyyat akhir sebelum memberi salam.
Perkongsian dari laman sosial Facebook Majlis Ilmu berkongsi amalan ini yang sangat elok untuk diamalkan.
Jika kita amalkan, insya-Allah seseorang itu akan terselamat dari empat perkara seperti yang dipesan oleh Rasulullah SAW.
Artikel Berkaitan: Ini Rupanya 20 Amalan Seharian Catatan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus, Sangat Baik Untuk Diamalkan
Empat perkara yang dikatakan itu adalah neraka, siksa kubur, fitnah ketika kita masih hidup, cerita-cerita buruk selepas mati dan fitnah dajjal.
Jadi perkara yang baik kenapa tidak kita lakukan. InsyaAllah kita akan jadi umat yang terhindar dari segala yang tidak baik.
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
CnP Credit to: IG QowiyyFillah