Terserempak Vellfire Arwah Abam Di Jalanan, Hidayah Mohon Doa Mampu Beli Kenderaan Selesa Buat Anak

Share

Tiada apa yang kekal di dunia, semuanya bersifat sementara. Segala kepunyaan kita jika bukan tertulis rezeki kekal bersama akan menjadi milik kepada lebih berhak.

Satu perkongsian dari balu arwah Abam iaitu Hidayah saat terserempak dengan kenderaan mewah Vellfire yang pernah dinaikinya suatu ketika dahulu bersama arwah suami di jalanan mencetuskan simpati dan ramai mendoakan agar rezekinya dimurahkan semasa arwah masih hidup. Video dikongsinya itu sudah ditonton 2.2 juta orang dan ramai mendoakan rezekinya dimurahkan.

Tulis Hidayah, “terserempak kereta arwah suami. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.

Terdahulu, isu kenderaan mewah ini pernah menjadi perdebatan antara keluarga Abam sebelum ditarik kerana tiada siapa mampu membayarnya selepas kematian pelawak tersebut.

Bahkan ia turut melibatkan isu saman menyaman di mana akhirnya kemenangan berpihak kepada Hidayah.

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia mendoakan agar kesejahteraan dan rezeki mereka sekeluarga. Bahkan ia membuka mata bahawa soal harta dan pembahagian hibah sangat penting semasa hidup agar apabila terjadinya kematian tidak terduga, segalanya sudah dipermudahkan.

Dalam pada itu, ada yang berkongsi pengalaman bahawa dirinya dan anak-anak dihalau mentua sehelai sepinggang selepas kematian suami dan katanya Allah mula tunjukkan satu persatu musibah.

Semoga dipermudahkan urusan rezeki keduanya. Sumber : Tik Tok @hidayah_hamzah

Published by
almaswa Haji Che Ros