Bersahur itu sunnah. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bagi yang sudah berkeluarga atau si bujang yang tinggal bersama ibu ayah, bab sahur ini memang tiada masalah kerana kita akan dikejutkan oleh ibu ayah untuk bersama-sama bersahur. Yang sedikit bermasalah apabila tinggal jauh dari ahli keluarga kerana belajar atau tuntutan kerja di mana ramai yang agak susah terjaga di awal pagi.
Mengambil pendekatan berbeza, seorang lelaki bujang, Khoirul Anam menampal banner di tiang-tiang elektrik menyediakan khidmat kejut sahur khas untuk orang bujang tika Ramadhan ini. Berasal dari Magelang, Jawa Tengah, kejut sahur itu bukan saja untuk daerahnya tapi juga di seluruh Indonesia jika ada yang mahukan khidmatnya.
Ads
Sebaik memuat naik “sedekah panggilan” itu di instagramnya, anam_chenel, selain menggantung banner di daerah tempat tinggalnya ia mendapat perhatian netizen malah dia mendapat 11 pelanggan pada hari pertama puasa
.
“Ada 11 pelanggan tapi bila saya kejutkan yang bangun cuma tiga orang, selebihnya tidak mengangkat telefon. Saya buat tiga kali panggilan dan jika tidak mengangkatnya, saya beralih kepada orang lain,” katanya yang akan mula berjaga dari jam 2 pagi sehingga sahur. Katanya dia tidak risau jika pelanggan bujangnya tak bangun kerana dia sudah melaksanakan amanah diberi.
Ads
"Tak apa-apa kalau tak bangun, saya sudah jalankan amanah saya," katanya.
Ads
Kejut percuma kerana bimbang dirinya tak terjaga
Khoirul Anam mengakui dia tidak mengenakan sebarang cas kepada pelanggan kerana tidak mahu diuji Allah taala seandainya dia tertidur dan hal itu memberi masalah kepada pelanggan-pelanggannya.
“Lebih baik percuma begini. Kalau berbayar takut saya tidur. Kalau percumakan seronok dan tak rugi apa-apa,” katanya yang gembira kerana ramai memberikan sokongan atas usahanya ini. Lebih unik, dia turut menawarkan ganjaran berbuka puasa bersama bagi mereka yang menggunakan khidmatnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Iman Asri, 24, kini pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’ selepas berjaya ujian khatam al-Quran dalam tempoh 17 jam dengan kurang 10 kesalahan bacaan.
Dalam ujian tersebut, terdapat empat pemeriksa yang menyemak bacaan beliau.
Khatam Al-Quran Dalam Masa 17 Jam
Syahadah Ula al-Fateh merupakan ujian menghafaz al-Quran yang dilaksanakan oleh Maahad Tahfiz al Fateh, Batang Kali sejak tiga tahun lalu.
Menurut Perunding Maahad Tahfiz al Fateh, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Iman antara individu yang berjaya lulus ujian tersebut pada peringkat remaja.
Iman Asri Pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’
Kongsi Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin di akaun Facebook,
‘Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat. Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’, tatkala remaja.’
“Dirinya lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam.
‘Dan dia kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al-Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia,” kongsinya.
Di sampaing itu, Iman Asri merupakan bekas penyelia para pelajar dan jurulatih khusus bagi 5 orang pelajar Syahadah Ula di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali.
Ahlia Shahrul Nizam
Masyallah, tahniah Iman ! Anak solehah berbakti buat ibu ayah. Agama dihadapan, Alhamdulillah .. Cemerlang Gemilang berjaya Dunia Akhirat buat Iman. Aamiin Allahumma Aamiin
Mata Hati
Alhamdulillah…MasyaAllah. Tahniah dik! Kami turut bersyukur dan berbangga.
Zurina M Yassin
Alhamdulillah tahniah
Moga anak-anak saya juga berjaya menjadi huffaz & sentiasa bersama dengan al quran , mencintai, menghafal, membaca, mentadabbur, menyebarkannya. Aamiin
Ida Aris
Masya-Allah Tabarakallah.
Ya Allah berjuta rahmat Kau kurniakan buat anak solehah ini. Kurniakan lah sedikit buat anak-anak ku wahai Allah. Alhamdulillah
Kashoorga : Tumpang bahagia dan berbangga dengan pencapaian Iman Asri. Semoga terus berjaya.
‘Selalu jadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain baca al-quran’. Banduan paling lama sujud syukur dibebaskan, selepas 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi.
Tarikh 22 Mac lalu telah menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Malah, dalam diam tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi ini.
Dia sendiri akui, bila dia dapat tahu pengampunan pembebasan, Jamil tidak percaya kerana sudah sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara.
‘Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.
“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.
“Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya.
Mengajar Penghuni Lain
Ungkap Jamil, dia berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.
“Saya seronok dapat ‘ampun’, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan,” katanya.
Siapa sangka, penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.
Baca Al-Quran
Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.
Malah katanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.
Dalam masa yang sama, Jamil menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.
Banduan Paling Lama
“Ketika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja.
‘Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 90-an.
“Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban.
‘Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.
Sujud Syukur
Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.
Menurut Nazri pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.
“Ia mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat.
‘Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan,” katanya.’
Dibebaskan
Nazri menyifatkan Pak Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.
“Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran.
Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh,” katanya.
Sepanjang negara berdepan dengan masalah COVID-19 ini ramai pihak tampil membantu terutama kepada barisan frontliner.
Setiap hari ada saja sumbangan yang dihulurkan orang perseorangan atau syarikat korporat, terutama dalam menyediakan kelengkapan seperti pakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang dikatakan tidak mencukupi.
Menyedari tanggungjawab sosial ini, gadis yang juga Orang Kelainan Upaya, Norfarrah Syahirah Shaari yang turut berganding bahu menyiapkan pakaian PPE untuk frontliner kita.
Lincah sahaja jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan ini menjahit baju PPE tanpa rasa kekok.
Muat naik video berdurasi 1 minit 59 saat ini di laman sosial nyata menarik perhatian ramai apatah lagi ramai terpegun dengan kapsyen bersahaja melihat keupyaaan gadis luar biasa ini.
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” kongsinya dalam media sosial.
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, video yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan di media sosial.