Setiap hari kita mendengar dan melihat keganasan serta penindanan yang berlaku terhadap saudara Islam kita di Gaza oleh rejim Zionis.
Betapa kejamnya mereka ini membedil mangsa dengan senjata api dan bagaikan tidak puas melihat darah rakyat Gaza yang terbunuh tidak kira sama ada kaum wanita atau kanak-kanak.
Namun semangat saudara Islam kita di Gaza tidak pernah goyah. Mereka tetap bersemanangat menentang kekejaman Zionis Israel ini.
Tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak bangkit menentang kekejaman rejim Zionis biarpun hanya berbekal seketul batu menjadi senjata.
Jika di sini, kita melihat kaum wanita sentiasa berpenampilan cantik dan bergaya dengan busana indah untuk hadir ke mana-mana majlis tertentu, tetapi berlainan sekali dengan penampilan kaum wanita di Gaza.
Ads
Pakaian mereka hanyalah jubah serta hijab atau niqab dan masa mereka dihabiskan untuk melindungi diri serta keluarga mereka, Biarpun dilabel insan lemah, tetapi di sana kaum wanitanya tidak seperti kita bayangkan.
Buktinya melihat beberapa foto wanita Gaza yang sedikitpun tidak takut pada wajah mereka menentang Zionis. Berbekalkan semangat juang serta rasa berani, kaum ibu di sana maju bersama menentang Zionis.
Ads
Mereka ini begitu berani bertempur tanpa senjata dan hanya berbekalkan batu menentang kekejaman Zionis ini.
Dan semangat inilah yang mendatangkan rasa gerun pada Israel sehingga mereka bertindak dayus mencederakan kanak-kanak dan juga wanita tidak berdosa.
Ads
Melihat foto-foto yang dikongsi di laman sosial Facebook Masjid Al Azhar Timika ini saja sudah cukup membutikan bahawa mereka sedikipun tidak gentar menghadapi maut, biarpun nyawa diibarat di haujung tanduk.
Maafkan kami disini… Kami di sini terlalu sibuk dengan skincare kami. Kami di sini terlalu sibuk dengan model gamis dan jilbab kami. Kami terlalu sibuk menghibur diri dengan mempercantik penampilan supaya kami terlihat indah di mata dunia. Maafkan kami saudariku..
Kami sibuk.!
Sangat sangat sibuk…
Jangankan berempati,untuk melihat penderitaan kalian saja kami tak sempat.
kami sudah sangat sibuk dengan dunia yang akan kami bawa mati ini.
Berjuang dan bertahanlah di sana.
Semoga masih ada uluran tangan dan doa2 yang di ijjabah dari mulut mereka2 yang tidak sesibuk kami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Wujudkah azab kubur? Menurut penjelasan Mufti Wilayah dalam Irsyad Al Fatwa ke-3 pada 2014, tiada nas secara jelas disebut dalam Al-Quran.
Tapi dari segi dalalahnya terdapat ayat-ayat yang menunjukkan adanya azab kubur. Ini dikuatkan lagi dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
Pertama: Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Ghafir: 45-46).
Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:
Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya! (Surah Ghafir: 46)
Ayat di atas menerangkan tentang azab sebelum hari kiamat, iaitu satu azab yang amat dahsyat. Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang. Ketika menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi mengatakan, bahawa Mujahid, Ikrimah, Muqatil, dan Muhammad bin Ka’ab kesemua mereka mengatakan ayat ini membuktikan wujudnya azab kubur di alam dunia.
Di satu content tik tok @ztaipan, dipaparkan satu suasana di tanah perkuburan yang sunyi dan kelihatan sebuah kubur berlubang yang agak besar. Lokasinya tidak dinyatakan di mana namun jika didengar menggunakan earphone, kedengaran suara jeritan seolah diseksa (merujuk kepada azab kubur). Masa yang sama, kedengaran suara wanita mengalunkan surah Yassin.
Benarkah manusia boleh mendengar seksaan kubur secara jelas atau ia dibuat demi sebuah content?
Kes orang boleh mendengar seksaan kubur ini pernah berlaku pada tahun 2020 di mana ia menjadi viral selepas video dirakam ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail yang duduk di atas jengkaut di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Klang apabila kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong di dalam rakaman berkenaan.
Menurut Harian Metro yang menghubungi Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjelaskan, sekiranya seseorang itu boleh mendengar (suara dari alam lain), kemungkinan ia adalah anugerah daripada Allah SWT.
Abdul Rahman berkata, umat Islam tidak wajib untuk mempercayai kebenaran video berkenaan kerana tiada bukti menunjukkan kesahihannya.
"Namun, tidak mustahil untuk seseorang itu mendengar jika diizinkan Allah SWT. Seksa kubur itu benar dan berdasarkan satu hadis ada dinyatakan orang beriman akan memohon disegerakan urusan pengebumian mereka.
"Manakala, sebaliknya bagi yang kufur dan rayuan si mati sebelum dikebumikan boleh didengari makhluk lain seperti haiwan kecuali manusia. Ini kerana manusia akan ketakutan dan pengsan jika mendengarnya. Apa yang pasti, semuanya berlaku dengan izin Allah," katanya.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika dihubungi berkata, perkongsian video seumpama itu tidak wajar kerana apa yang dilihat atau didengar perlu disimpan untuk diri sendiri bagi mengelak timbul fitnah.
"Azab kubur itu benar dan sesiapa pun boleh mendengarnya dengan izin Allah SWT.
"Cuma, adalah lebih baik jika apa didengar atau mimpi yang kita dapat misalnya, disimpan untuk diri sendiri.
"Jika ia membawa petanda buruk, berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan. Apa pun, ambil apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua," katanya.
Suara jeritan dalam Siberian Hall
Dalam pada itu, pada komen netizen di video dipaparkan ini mereka memaklumkan bahawa suara jeritan minta tolong itu adalah dari rakaman suara Siberian Hall yang pernah tular pada 1999 di mana sekumpulan penyelidik dari Russia yang diketuai oleh Dr Azza mencari titik pusat bumi dan apa yang ada di bawah permukaan tanah.
Projek Mohole dimulakan pada 1970 dan dihentikan pada 1994 di mana penggerudian dilakukan di Semenanjung Kola iaitu hujung utara Russia. Ia juga merupakan lubang terdalam di dunia yang disebut Kola Superdeep Borehole.
Antara temuan dalam projek ini seperti fosil plankton mikrokopik berusia 2 bilion tahun. Namun di sebalik temuan itu, ada sesuatu yang menakutkan hingga projek dihentikan seketika di mana para pekerja mendengar suara jeritan manusia di seksa dari neraka (suara ini sangat jelas didengari ) dan kajian dilakukan selepas itu mendapati ternyata ia tidak benar. Projek ini dihentikan serta merta apabila penyelidik mendapati berlaku perubahan suhu mencapai 180 darjah Celsius. Dan ia ditutup hingga kini.
Persoalannya, seksaan kubur itu benar namun untuk mencetuskan “ketakutan”bahawa kubur berlubang punca kita diseksa hingga boleh dengar suaranya adalah tidak wajar sama sekali. Jangan lakukan demi content walau niat kita baik.
Sebelum ini viral kisah wanita cantik ini yang dikatakan sebelumnya alami masalah lumpuh boleh berjalan sebaik menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Masih lagi terasa kehangatann kisah yang menjadi inspirasi buat mereka yang mengikuti kisah wanita muda ini yang sangat berinspirasi kerana satu-satunya usahawan bumiputera yang mengusahakan kek bulan halal.
Namun hari ini kisahnya kembali viral apabila dikejutkan satu perkongsian yang sangat menyentuh hati.
Siapa sangka, rupanya dalam diam wanita yang selama ini dianggap sebagai kawan baik, dikatakan telah mengambil kesempatan berkongsi kasih dengan Imam yang sama dengan wanita lain.
Kecewa cinta dikhianati. Gambar sekadar hiasan.
Menulis posting di laman sosial Facebook memberitahu kesedihan kerena dikecewakan wanita yang dianggap sebagaik adik sendiri. Turut memberi pesanan agar wanita di luar sana berhati-hati dengan orang sekeliling.
Pesanan untuk wanita agar berhati-hati dengan orang sekeliling
Maaf kalau posting ini menganggu, hanya utk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korg berjaga-jaga dengan org sekelilingi.
Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan org yg sangat rapat dgn saya.
Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan..saya cuba utk mendekati dia dan berkawan dgnnya.. Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya..
Sebelum ini sebagai isteri tidak pernah rasa syak apa-apa, rupanya jalin hubungan secara diam
Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yg mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam2 dibelakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama YAYA. Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, dibelakang saya dia bercinta dengan suami saya..
Allahuakbar! Saya salahkan kedua duanya.
Anggap adik tetapi pura-pura baik depannya
Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan dibelakang saya tetapi dalam masa yg sama perempuan yg sy anggap adik berpura- pura baik didepan saya.
Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini…. Sungguh tergamak mereka…
Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yg bahagia dgn 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara2 ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.
Sejujurnya hati sangat hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa
Jika mengenangkan kembali kebaikan yg saya lakukan utk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa..
Saya tidak dpt nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.
Kepada kawan2 diluar sana,beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya..jgn pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar.
Hati hancur diperlakukan begitu. Gambar sekadar hiasan.
Tapi harus kuat demi 3 orang cinta hati, terima kasih kepada yang melukakan
Tapi saya harus bangun dan kuat demi 3 cinta hati saya
Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih…
Abang, Terima kasih banyak2 atas rasa cinta yg kita bina selama hampir 11 tahun ni. Susah senang yg kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur.. Abang berjaya sekarang, dan abang memilih kebahagiaan bersama dia.. Sedangkan sayang tiada apa2 yg nak dibanggakan…
Percaya dengan perjalanan yang Allah telah aturkan itu sentiasa terbaik
Saya percaya perjalanan yg Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dgn ujian yg besar ,sy yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari.
I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri…. Assalamualaikum.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pilihan paling sukar dilakukan oleh anak-anak khususnya yang berkerjaya ialah berhenti dan menguruskan ibu ayah yang semakin uzur. Ia bagai berada di satu persimpangan, memilih satu di antaranya. Mana lebih menjadi keutamaan dalam hidup ketika itu.
Tiada yang salah dan tiada yang betul kerana setiap orang situasinya berbeza. Hanya mereka yang lebih memahaminya. Perkongsian dari artis Norman Hakim yang diuji dengan masa dan masa yang sama ayahnya semakin uzur membuatkan ramai memahami situasi dilaluinya. Bahkan inilah dilema dilalui oleh kita semua khususnya yang komitmen hutangnya masih tinggi.
Cerita semalam; sempat ‘lari’ balik Kuantan kejap. Last balik, minggu lepas dengan ‘rombongan cik kiah’ naik bas. Memang tak ada dalam plan untuk balik sebab saya sejenis spontaneous, kalau tiba-tiba ada ruang masa free antara 4 ke 6 jam, memang akan terus balik. Semalam ajak wifey @memeysuhaiza teman sekali.
Cuma lately, saya noticed makin meningkat usia ayah mak kita. Emosi dia orang makin sensitive. Lepas spent masa dengan mak kat bawah, naik atas jumpa ayah pulak. Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30pm.
Ayah tanya sampai bila stay dekat Kuantan ni? Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik. Terus dia hela nafas panjang pastu pandang tempat lain. ”Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati.
Pastu dia sambung “kenapa tak stay sampai esok?”. Saya susun ayat explain satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan pastu ada kerja kat ofis, pastu ada rehearsal & shooting & etc. Dia balas balik “ni depan mata tanggungjawab jugak..bla..bla..bla..” Checkmate.
Saya mintak izin keluar kejap. Terpana akal & hati. Tak tau nak cakap apa. Macam satu wake up call.Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan. Macam-macam benda main dalam kepala. Rasa gagal pun ada. Menggigil & sebak jap. Istigfar, terus cari wifey mintak peluk. Wifey faham dah benda-benda macam ni.
Bila dah reda sikit, saya naik atas semula. Tanya ada apa-apa lagi tak nak cakap? Dia terus tunjuk kuku dia dah panjang, mintak tolong potong. Sambil-sambil potong tu, saya cakap mintak ampun, redha & doa atas apa pekerjaan yang sebelum, sedang & yang akan datang. Dia senyap je. Bila bagi duit belanja,dia still senyap. Ending dia cakap “terima kasih”.Tu je.
Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian,kan? Ujian saya, batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah & mak. Part ni saya takde doa yang spesifik, hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu. Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.
Saya share sini untuk sama-sama kita doa & ambil iktibar. Ayah mak bukan setakat tanggungjawab kita bagi duit belanja. Sampai masa, tanggungjawab emosi pun kena ambil tahu sebab dia orang jarang nak luah sebab tak nak kita risau. Selagi masih ada. Sampai masa kita akan rindu ini semua. Sumber : IG @normanhakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...