Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji kehilangan orang tersayang. Tambah lagi jika insan tersayang itulah yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini.
Perkongsian dari seorang anak muda di fbnya, Iras Haji Saldada saat kehilangan ibu tersayang minggu lalu cukup mengundang sebak di hati ramai orang. Videonya yang pernah cuba curi-curi masuk ke wad untuk menjaga ibunya yang dipotong jari kaki kerana kencing manis selain mahu berbakti menjaga ibunya di hospital sebelum dihalau oleh jururawta kerana itu wad perempuan menggambarkan hubungan anak muda ini cukup akrab dan rapat dengan arwah ibunya.
Namun minggu lalu, syurganya ini telah pergi mnemui Illahi dan ia satu kehilangan cukup besar dirasakan oleh anak muda ini.
Dalam satu perkongsian di fb dan video Tik Toknya @iras.yash, Iras akui dunianya dan syurganya itu sudah berbeza. Tiada lagi peluangnya memandikan emaknya seperti selalu, membedakkan emaknya dan mengucup syurga itu seperti selalu.
“Innalillahiwainailaihrojiun. Alhamdulillah syukur pada Illahi urusan pengkebumian mak dipermudahkan Allah SWT. Mak, dunia kita berbeza. Adik tak dapat mandikan mak lagi. Adik tak tak boleh pakaikan mak baju, bedakkkan macam selalu.
“Adik tak dapat lagi dah cium mak hari-hari. Ya Allah, kenangan ini akan tersemat di jiwa hingga akhir hayat. Terima kasih mak menjadi mak yang baik lagi penyayang. Banyak yang cakap mak tengah tidur je tadi. Muka senyum manis. Sejuk hati kami tengok wajah mak tu. Insya Allah, Allah ampunkan dosa mak. Tenang sangat kami tengok wajah mak. Mungkin wajah mak tu seronok tak sabar nak balik rumah kekal abadi di sana. Sebab tu nampak tersenyum gitu. Terima kasih semua yang mendoakan mak. Maaf Iras tak sempat lagi nak reply satu-satu komen tu. Terima kasih semua. Semoga doa-doa kalian diangkat Allah SWT, Amiinn.