Bila tiba musim haji, debaran adakah nama terpilih menunaikan fardu haji antara yang sering menjadi harapan rakyat negara ini. Dengan kouta hanya 32 ribu ribu orang dengan senarai menunggu berjuta-juta hanya insan terpilih sahaja akan merasai nikmat jika mendapat tawaran kouta tersebut.
Sejak dahulu lagi, negara kita mengamalkan sistem penggiliran pendaftaran. Yang dah lama daftar nama akan naik dan begitulah seterusnya. Namun berbeza dengan negara Matahari terbit, Jepun yang mana peratus rakyatnya beragama islam tidak ramai. Pada tahun 2010, bilangan umat Islam di Jepun adalah sekitar 110,000 orang. Pada 2019, bilangan bertambah ke 230,000 (50,000 orang adalah mualaf Jepun). Data dari the Economist.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana Jepun menguruskan para jemaah hajinya, perkongsian dari seorang rakyat Jepun yang menetap di sana, Zunita Ramli boleh memberi gambaran kepada kita mengenai cara Jepun menguruskan jemaah haji mereka. Lebih menarik, pemastautin luar sebagai contoh dirinya boleh pergi menunaikan haji menggunakan kouta dari Jepun, sebegitu mudah. Hanya keluarkan duit sahaja iaitu RM26,000.
Baca catatannya dari Jepun dikongsinya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana Jepun uruskan permohonan jemaah Haji?
Kalau di Malaysia, kita ada Lembaga Tabung Haji, tapi di Jepun prosedur Haji biasanya diuruskan oleh masjid-masjid Jepun dan antara yang popular adalah syarikat pelancongan seperti H.I.S.
Berbeza dengan jemaah Haji Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, jemaah Haji Jepun ni tak ada subsidi ye. Jadi harga untuk buat Haji di Jepun ni agak berbeza dengan di Malaysia iaitu sekitar ¥610,000 – ¥660,000 (RM23k – RM26k) seorang.
Untuk Haji, pihak HIS atau masjid juga bertanggungjawab untuk sediakan beberapa siri seminar untuk ajar cara nak mengerjakan Haji, dan perkara yang berkaitan dengan itu.
Untuk orang bukan Jepun tapi tinggal di Jepun (seperti saya contohnya), juga boleh tunaikan Haji dari Jepun. Sebenarnya kalau saya nak mengerjakan Haji dari Jepun ni peluang tinggi untuk dapat sebab tak ramai yang mohon, cuma sediakan je lah duit RM26k tu. Hehe.
Di Jepun tak ada sistem giliran sebab permohonan nak pergi Haji tak ramai dan ianya diuruskan secara “independent” oleh syarikat yang uruskan Haji.
Menariknya, kerajaan Arab Saudi ada sponsor (kuota 20 orang pada 2019) orang Jepun yang baru memeluk Islam dan generasi kedua mualaf Jepun untuk buat Haji secara PERCUMA. Ini untuk menggalakkan mualaf baru untuk mendekati Islam dengan lebih mudah.
Begitulah.
p/s: Special thanks to
& Tuan
for some info regarding this topic.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI