Kita banyak didedahkan dengan kisah nasib malang semasa iddah menimpa balu dan anak-anak yang kehilangan suami dan ayah; ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung harap selama ini.

Sangat menyedihkan apabila balu dan anak yatim tidak mendapat pembelaan sewajarnya dipaparkan di media sosial dan arus perdana.

Plot ‘drama’ perebutan harta pusaka peninggalan arwah biasanya bermula tak sampai sehari pun arwah dikebumikan. Islam sangat melarang keras sebarang rupa bentuk penindasan terhadap balu dan anak yatim.

Waris paling berkelayakan yang sepatutnya menjadi payung menaungi mereka akhirnya tewas juga tatkala melihatkan betapa peluang terbentang luas di depan mata untuk membolot harta peninggalan.

Ini terang-terangan salah di sisi agama. Waris perlu faham hukum agama tentang soal ini dan sewajarnya memastikan balu dan anak-anak yatim mendapat pembelaan wajar.

Cara terbaik mengelakkan perebutan harta ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya arwah telah membuat persiapan awal mewasiatkan harta atau melakukan hibbah. Wasiat sebenarnya memudahkan dan bukan menyusahkan.

Ads

Tiada Perebutan Harta. Wanita Kongsi Terima Layanan Terbaik Ipar-duai Semasa Iddah.

Terdapat bahagian-bahagian pembahagian harta peninggalan yang telah ditetapkan syarak. Jika semua faham akan urusan ini, maka tidak akan berlaku kes-kes perebutan yang merugikan.

Sabda Rasulullah SAW tentang pembahagian harta warisan,

Diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas ra. Dari Rasulullah SAW; Baginda bersabda,

Ads

“Bahagi-bahagikanlah harta warisan  kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), sedangkan sisanya adalah untuk laki-laki terdekat dengan orang meninggal (HR Sahih Muslim 5: 59)

Namun, perkongsian positif daripada puan Latifah Khadija dari Kubang Kerian,Kelantan tentang kisah suaminya yang meninggal dunia 4 tahun lalu cukup memberi teladan yang baik kepada kita semua.

Luahan hatinya jelas bersyukur dan rasa bertuah ditemukan dengan ipar duai yang sangat prihatin terhadap dia dan anak-anak. Mereka banyak membantu meringankan beban sepanjang tempoh iddah.

Menerusi entri di facebook baru-baru ini, beliau terpanggil untuk mencoretkan tentang teladan positif yang ditunjukkan oleh keluarga arwah suami terhadap dia dan anak-anak agar dapat dijadikan teladan kepada yang lain.

Berikut penulis tuliskan semula ringkasan coretan beliau dengan sedikit suntingan.

Ads
  • Hari kedua iddah, ipar saya pergi menjemput saya di rumah dan keluarkan duit arwah suami sebanyak RM15k, sebelum bank bekukan untuk kegunaan saya sepanjang tempoh iddah.
  • Sepanjang iddah juga ipar saya menyalurkan duit tambahan kepada saya sebanyak RM700 sebulan untuk kegunaan saya dan anak.
  • Ipar saya berbincang kereta apa yang saya hendak pakai dan kereta mana yang hendak dijual memandangkna saya tidak mampu membiayai semua kenderaan yang ada.
  • Keluarga suami saya tidak pernah mengambil tahu jam tangan berjenama atau cincin milik suami malah mereka mengingatkan saya agar simpan elok-elok supaya tidak hilang.
  • Sepanjang iddah, ipar saya pernah membelikan tiket penerbangan untuk saya dan anak-anak bagi memudahkan saya ke Kuala Lumpur untuk berbincang tentang pengurusan anak-anak memandangkan mereka sibuk bekerja.
  • Sepanjang saya kemurungan, kakak ipar saya bergilir dengan ibu dan kakak saya menjaga saya yang trauma dengan kematian arwah suami.
  • Sehingga hari ini, kami masing-masing membawa haluan hidup tapi masih bertanya khabar. Saya berdikari dan bertungkus lumus bekerja menyara anak.
  • Keluarga suami sentiasa memberi nasihat supaya saya boleh survive perbelanjaan harian, ternyata Allah lah yang memberi rezeki, manusia hanya perantara.

Menurut Latifah, jika baik niat kita, maka akan eloklah kesudahannya. Rata-rata ramai wanita teraniaya selepas kematian suami. Dalam kebaikan akan ada keburukan yang terbongkar, apalagi dalam keburukan.

Beliau menambah, seeloknya, kalau mahu kesudahan yang baik-baik, eloklah bercerita yang baik-baik sebab yang buruk itu urusan Allah. Jika Allah tarik kebaikan, Allah akan gantikan yang lebih baik. Husnuzon kepada Allah.

Artikel berkaitan: Rupanya Lepas Kematian Suami, Tanggungjawab Cari Nafkah Anak-Anak Jatuh Pada Datuk Atau Pakcik, Bukan Ibu

Artikel berkaitan: Harta Faraid, Ujian Jaga Amanah  Tak Lupa Tanggungjawab  Peguam Kongsi Pengalaman Urus Pembahagian Harta

Kashoorga: Sungguh indah perkongsian balu ini. Alangkah indahnya Islam dan alangkah bahagianya para balu dan anak-anak yatim apabila nasib mereka terbela setelah kematian tunjang utama keluarga. Semoga puan Latifah dan balu lainnya dikurniakan limpahan rezeki daripada Allah SWT. Amin.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI