
Sesungguhnya solat adalah tiang agama. Walau bagaimanapun untuk wanita, menutup aurat juga merupakan satu kewajipan. Melalui solat yang dilakukan kerana Allah, seseorang itu akan dapat membantu memperbaiki diri untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
Namun banyak sahaja situasi di mana ramai wanita yang tidak memakai tudung tetapi solatnya tidak pernah tinggal manakala wanita yang memakai tudung, ada yang langsung tidak solat.
SOALAN:
Apakah hukumnya wanita yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak pernah tinggal?
JAWAPAN:
Tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat maka tiada/kurang satu rukun Islamnya, Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.

Jika tidak menutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada kecuali dia tinggal solat maka Islamnya akan ‘tercabut.’
Perempuan yang tidak pakai tudung tapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tapi tidak solat. Bagi perempuan yang masih tidak bertudung maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung.
Sumber kredit: Tanyalah Ustaz
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Meninggalkan Solat Dengan Sengaja, Apakah Hukumnya? Perlukah Diqada’

Solat wajib didirikan oleh setiap umat Islam. Merupakan rukun Islam yang kedua, ia jelas menunjukkan betapa pentingnya kita sebagai hambaNYA menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Namun bagaimana pula dengan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, malas dan cuai?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah perlu kita mengqada’ solat yang tertinggal dengan sengaja atau adakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.
Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat.
Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Menurut Mazhab Syafie, hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar.
Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bila Bukan Waktu Solat Tak Ingat Apa-Apa Bila Waktu Solat Macam-Macam Melintas Di Kepala

Betapa sukarnya untuk kita mendapat solat yang khusyuk. Mengapa kita jadi begini? Sedangkan matlamat kita di muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah SWT. Contohnya, paling lama kita bersolat selama lima minit tetapi dalam tempoh masa itu kita masih gagal untuk khusyuk dan lebih mengutamakan hal duniawi dalam beribadah.
Mengapa jadi begitu ya? Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini terus berlarutan? Ikuti perkongsian Ustaz Hasnan tentang bagaimana untuk menghadirkan kusyuk dalam solat. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??
IBLIS YANG GANGGU SOLAT
Meh sini atok habaq sat… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..
Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!
Cara nak lawan si Khanzab ni
[1] Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x
Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?
Sumber kredit: FB: Ustaz Hasnan Fan Club
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Subuh Masuk Lewat, ‘Curilah’ Peluang Solat Tahajud

Solat Tahajud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Banyak kelebihan melakukakn solat tahajud. Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkongsi tentang keajaiban solat Tahajud yang mampu mendekatkan diri kita kepada pencipta.
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:03 ketika status ini ditulis – waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan Solat tahajud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat Tahajud bermula selepas Isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
AMBIL PELUANG
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat Tahajud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redaanNya. Insha Allah.
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah SWT berbanding yang banyak tetapi terputus.
Solat Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

KASHOORGA:
Tip memudahkan bangun solat malam:
*Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud.
*Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
*Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
*Membaca ayat-ayat al-Quran.
Sumber kredit: Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI