‘Tidak Wajar Beri Tohmahan Pada Hattan.’ Di Bulan Mulia, Kurangkan Pertelingkahan & Eratkan Kasih Sayang

Share

‘Tidak wajar beri tohmahan pada Datuk Hattan.’ Di bulan mulia, kurangkan pertelingkahan dan eratkan kasih sayang. Tiada gunanya kita menyalahkan mana-mana pihak.

Beberapa hari lalu, nama penyanyi otai, Datuk Hattan panas dan menjadi bahan perdebatan netizen selepas insiden menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta kerana tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Artikel Berkaitan:

Mohon Maaf & Mahu Semua Pihak Move On! PU Amin Teruskan Usaha Dakwah Jalanan, Ambil Inspirasi Ustaz Ebit Lew

Tidak Wajar

Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula pembaca berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Setiap manusia ada khilafnya, semoga kita saling memaafkan.

Beri Tohmahan Pada Hattan

Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur pembaca berita yang didakwanya tidak membuat persediaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila pembaca berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.

Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian. Ternyata perkara itu mendapat perhatian netizen termasuklah Ustaz Mohd Hariri Haji Daud.

[Solidariti buat Cikpuan Nur Syazwani Saiful – ASTRO AWANI]

Saya juga mempunyai pengalaman kecil, ketika mengacara Forum Perdana Ehwal Islam, ada kalanya panel “menguji” moderator dengan soalan luar jangka.

Saya pernah ditanya maksud dalil, hukum, pengetahuan isu semasa dan “terjahan soalan” yang boleh menyebabkan “biru” muka dibuatnya.

Isteri tanya soalan mengejut pun boleh “biru” muka, apatah lagi terjahan mengejut dalam TV Live.

Di Bulan Mulia

Namun, saya positifkan diri. Mungkin panel ingin berinteraksi dengan saya dan mungkin beliau nampak saya tidak memberi perhatian.

Jika saya ditempat Cikpuan Syazwani, mengucap panjang dibuatnya, nak mengawal situasi.

Namun saya memuji sikap profesional Cikpuan Syazwani yang tenang, senyum, tuntas bertindak dan cuba mengawal perbincangan agar tidak menjadi lebih parah.

Kurangkan Pertelingkahan

Saya yakin penerbit juga memainkan peranan memberi arahan dari kamar penerbit, membantu memberi jawapan “soalan cepucemas” itu dan mengubah haluan temubual.

Itulah cabaran kami sebagai pengacara, moderator, stand upper atau seumpamanya.

Sebenarnya lebih dasyat daripada ini pun, ada yang pernah melaluinya.

Walau bagaimanapun, saya fikir tidak wajar juga untuk memberi tohmahan kepada Dato’ Hattan.

Eratkan Kasih Sayang

Sebagai pejuang industri muzik, mungkin beliau terkilan artis Malaysia tidak dihargai dan dikenali. Terkilan dan sedih atas pemergian, rakan seperjuangan arena rock di Malaysia, Al Marhum Mael XPDC yang turut menarik perasaan dukacita beliau dalam temubual itu.

Saya yakin kedua duanya berjiwa besar.

Eloklah dibulan mulia ini, kita kurangka pertelingkahan, eratkan kasih sayang. Syawal bulan pendamaian.

Baca Di Sini:

Apa Dimaksudkan Adab Sebelum Ilmu? DJ Mohon Maaf & Tak Tahu Guru Mengajar Secara Sukarela

Kashoorga: Setiap manusia ada khilafnya, semoga kita saling memaafkan.

Sumber: Instagram ustazhariri, BH Online

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat