Bila melihat ada ahli keluarga tidur meniarap, selalunya orang tua dalam rumah akan marah dan segera mengejutkan mereka. “Tidur penghuni neraka!” Itu antara yang keluar daripada mulut mereka.
Tapi adakah benar penyataan ini dan adakah larangan dalam Islam supaya tidak tidur dalam keadaan meniarap.
Memang ada larangan supaya tidak tidur dalam keadaan meniarap
Memetik penjelasan daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap.
Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.
Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
Ads
قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ
Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka. Riwayat Ibn Majah (3725)
Keharusan mengejutkan mereka yang tidur menggunakan kaki
Berdasarkan hadis di atas, antara faedah yang boleh diambil daripadanya adalah keharusan seseorang membangunkan orang lain yang sedang tidur dengan menggunakan kaki.
Perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW melalui hadis di atas menjadi dalil akan keharusannya bahkan Nabi SAW adalah manusia yang paling tawadhu` dan perbuatan tersebut tidaklah dikira sebagai takabbur.
Ads
Sekiranya yang mengejutkan itu padanya perasaan takabbur maka pada perbuatan tersebut ada hukumnya yang lain. Namun, jika hanya semata-mata membangunkan seseorang dengan menggerakkan kaki dan mencuit maka tidaklah mengapa dan tidak dikira sebagai takabbur.
Namun perlulah juga melihat kepada keadaan orang yang ingin dibangunkan itu. Sekiranya ditakuti orang yang akan dibangunkan itu merasa diperkecilkan dan dipandang rendah dengan perbuatan membangunkan dirinya dengan menggunakan kaki, maka perbuatan itu haruslah dielakkan.[1]
Hukum tidur meniarap
Jelas terdapat larangan agar tidak tidur secara meniarap. Di dalam kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi`e, tidur secara sengaja dalam keadaan sebegini adalah makruh. Ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu`:
وَيُكْرَهُ الِاضْطِجَاعُ عَلَى بَطْنِهِ
Ads
Maksudnya: dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap).[2]
Al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah juga menyebutkan bahawa sunat juga mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.[3]
Amalan sunnah sebelum tidur
Larangan dari tidur secara meniarap berdasarkan hadis yang disebutkan di atas difahami oleh ulama` Syafi`eyyah adalah bersifat makruh. Seeloknya dijauhkan dari perbuatan tersebut.
Di akhir perbincangan ini, ingin kami kongsikan di sini bagaimana adab serta sunnah yang boleh dipraktikkan oleh muslim ketika mana ingin tidur. Antaranya:
-Tidur dalam keadaan berwudhuk
-Tidur pada lambung kanan (mengiring ke kanan)
-Membaca Ayat al-Kursi
-Membaca 3 Qul
-Membersihkan Tempat Tidur
-Membaca Doa
Antara doa tidur yang boleh diamalkan:
بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ[5]
Maksudnya: Dengan nama-Mu Tuhan aku meletakkan lambungku Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tetapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila melihat seseorang dengan tanda hitam pada dahi ada kalangan kita menganggap individu tersebut rajin beribadah, selalu bersujud. Anggapan itu boleh jadi betul atau sebaliknya.
Namun perlu diketahui dalam al Quran memang ada menggambarkan salah satu sifat orang beriman adalah terdapat kesan sujud pada wajah mereka.
Walau bagaimanapun kesan sujud ini bukanlah bermaksud tanda fizikal yang terdapat pada dahi seseorang. Tetapi ia lebih kepada rupa elok yang sedap mata melihat. Demikian perkongsian Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantaran di akaun media sosial milik
Jelas beliau ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam ibn Kathir ada merekodkan pandangan beberapa sarjana silam berhubung apa yang dimaksudkan tentang kesan sujud di wajah orang yang beriman. Antaranya:
Rupa yang elok (sejuk dan tenang mata memandang). Pandangan ini diutarakan oleh Saidina Abdullah bin Abbas. Ia turut diungkapkan oleh al-Suddi:
الصلاة تحسن وجوههم
“Solat itu memperelokkan wajah (orang beriman).”
Bersifat khusyuk dan tawaduk. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Imam Muhajid ibn Jabr, salah seorang tabi’i yang terkenal dalam bidang tafsir yang juga anak murid kepada Saidina Abdullah bin Abbas. Iaitu orang beriman itu zahirnya kelihatan tawaduk dan khusyuk.
Sinar wajah pada hari kiamat. Pandangan ini direkodkan oleh al-Imam al-Tabari yang menukilkan pendapat al-Hasan yang menyatakan:
بياضا في وجوههم يوم القيامة
“Sinar puthi pada wajah orang beriman di hari akhirat kelak.”
Tambah Dr Sanusi lagi Al-Imam Ibn Kathir turut menitipkan pesanan buat kita agar sentiasa menjaga amalan peribadi kita (solat malam, zikir dan selawat) kerana amalan peribadi yang dilakukan secara rahsia, memberikan kesan kepada zahir.
Kata Saidina Umar:
من أصلح سريرته أصلح الله علانيته
“Barangsiapa yang memperelokkan amalan soleh mereka secara rahsia, maka Allah akan memperelok urusan zahir (urusan dunia dan penampilan) mereka. (Tafsir Ibn Kathir)
Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.
Bagi yang menunaikan haji ia meru[pakan satu perjalanan ibadat yang sangat bermakna kerana sebahagian besar jemaah menunggu berpuluh tahun sebelum giliran mereka dapat ‘naik haji.’ Demikian hebatnya ujian dan penantian para dhuyuf arrahman (tetamu Allah).
Berikut ini Hajjah Rohana Saad berkongsi tip untuk menjadi tetamu Allah. Moga ia bermanfaat untuk semua.
TIP NAK DAPAT JADI TETAMU ALLAH
Petua seorang sahabat katanya kalau nak sangat pi Tanah Suci selalu lah bertalbiah “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika lak.” Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan tak sampai setahun dia jadi Tetamu Allah. Ramai juga yang maklumkan mereka ikut petua ini dan dijemput menjadi tetamu Allah.
Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, In Sya Allah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.
Selain di atas ada sahabat lain memberi petua ialah selalulah kita mendoakan orang lain untuk jadi tetamu Allah. Kita jangan kedekut untuk mendoakan untuk orang lain. InsyaaAllah malaikat akan mendoakan untuk kita pula.
KONGSI REZEKI
Petua akhir, kita hendaklah selalu meraikan saudara mara atau sahabat handai yang akan ke Tanah Suci samada pergi untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji dengan memberi sedikit sumbangan dengan seikhlasnya tanpa mengharap cenderahati dari Tanah Suci. Boleh diberi sumbangan kewangan atau telekung dan sebagainya keperluan ke Tanah Suci. InsyaaAllah penerima sumbangan kita yang menjadi tetamu Allah tersebut dengan seikhlasnya akan mendoakan buat kita menjadi tetamu Allah pula.
Tak salah kita ikut petua-petua ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa. Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu. Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamuNya.. Aamiin ?
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini umat Islam diseru meningkatkan amal ibadah untuk mengejar pahala Lailatul Qadar. Di mana malam ini adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.
Selain membaca al-Quran, melakukan solat dan ibadah ibadah sunat jangan dilupa juga untuk mengamalkan ibadah-ibadah kecil namun cukup besar pahalanya antaranya membaca surah lazim pada setiap 10 malam terakhir ini
Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid dalam satu video di akaun TikTok miliknya.
Surah yang dimaksudkan adalah mengamalkan bacaan surah al-Fatihah sebanyak tiga kali, al-Zalzalah sebanyak dua kali, al-Kafirun sebanyak empat kali dan al-Ikhlas sebanyak tiga kali.
“Masuk malam 10 terakhir Ramadan saya nak beri satu petua yang mana siapa buat insya-Allah pahala sekurang-kurangnya bersamaan khatam Quran empat kali dalam setiap malam. Jadi jangan tinggal amalan ini baca setiap malam 10 terakhir dan jika kena pada malam Lailatul Qadar, dapat khatam Quran empat kali selama lebih 1,000 bulan.
“Yang pertama, jangan tinggal baca surah al-Fatihah sebanyak tiga kali. Sebab Nabi Muhammad S.A.W bersabda satu al-Fatihah bersamaan dengan satu per tiga al-Quran. Baca tiga kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas baca surah al-Fatihah baca surah al-Zalzalah sebanyak dua kali. Nabi bersabda surah ini sama dengan satu per dua al-Quran. Bila baca dua kali serupa macam khatam Quran.
“Kemudian, baca surah al-Kafirun sebanyak empat kali. Nabi bersabda satu surah al-Kafirun bersamaan dengan satu per empat al-Quran. Jadi bila baca empat kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas itu baca, surah al-Ikhlas tiga kali. Jumlahnya al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali bersamaan empat kali khatam,”kongsi beliau.
Tambah 1 kali surah Yasin
Selain surah al-Fatihah dan tiga surah lazim, Ustaz Don turut berpesan untuk membaca surah Yasin sebanyak sekali yang mana ganjaran pahalanya bersamaan dengan 10 kali membaca al-Quran.
“Yang terakhir baca surah Yasin sebanyak satu kali. Dalam satu hadis yang diriwayatkan sekali baca Yasin bersamaan dengan 10 kali baca Quran. Subhanallah. Jumlah pahala macam khatam Quran sebanyak 14 kali untuk satu malam.”
Solat lima waktu adalah kewajipan setiap umat Islam. Tapi alangkah ruginya jika setiap hari melakukannya namun solat itu tidak diterima Allah SWT kerana sikap...