Hari ini ramai yang bekerja keras untuk meraih kejayaan dalam hidup hingga mengabaikan agama. Sedangkan agama itulah kunci untuk kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan ni.

Dalam satu perkongsian Ustazah Asma’ Harun melalui akaun Facebook beliau untuk menerangkan akan tiga amalan yang boleh memberikan kesan luar biasa dalam kehidupan.

Bukan setakat kerjaya tapi juga keluarga, anak, kesihatan, rezeki, hati dan lain-lain. Jadi usahakanlah untuk istiqomah melakukan tiga malan ini setiap hari.

1. Jaga solat di awal waktu

Apabila kita berusaha betul-betul menjaga solat di awal waktu, sebenarnya kita sedang memperbaiki hubungan dengan Allah. Apa yang kita perlukan daripada Allah adalah rezeki, ketenangan, kelapangan, kemudahan dan segala nikmatNya.

Ads

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ‏ “الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا”‌‌‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ “ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ‏”‌‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ “الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ”‏.‌‏
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab: “SOLAT PADA WAKTUNYA.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Jihad pada jalan Allah SWT.”
(HR Bukhari, hadis sahih)

2. Baca al-Quran dan Terjemahannya

Daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.”

Ads

Sekiranya mampu membaca setiap kali selepas solat, maka usahakanlah. Kita akan merasakan seumpama dunia seisinya milik kita, maksudnya kita bukan memilikinya, kita seakan tidak ada rasa hairan lagi dengan dunia, sama ada dunia yang datang kita menyambutnya dengan biasa-biasa, yang pergi juga kita sambut biasa-biasa. Ketahuilah inilah pemilik dunia.

3. Lazimi Selawat ke atas Rasulullah SAW

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
(HR Muslim, hadis sahih)

Ads

Apabila kita berselawat, kita sebenarnya sedang membina hubungan dengan Rasulullah SAW, sekaligus kita membina hubungan dengan Allah dan juga Baginda SAW.

Tidak ada hubungan yang lebih baik selain membina hubungan dengan Allah dan Rasulullah SAW, apalah sangat hubungan dengan manusia, bukanlah ia tidak bernilai, tetapi jika kita menjaga hubungan dengan Allah pasti Allah akan turut menjaga hubungan dengan manusia, binatang, alam, segala urusan dll. Malah kita tetap kuat untuk menempuhnya dengan tenang.

Cukuplah kita hadapi ujian kekalahan, sepatutnya daripada ujian kita semakin bagus, semakin baik, semakin ke depan, tetapi ramai disebabkan ujian dia jatuh kebelakang, lalu serik berada di atas dan tidak mahu meneruskan perjalanan, dia tidak tahu jika dengan meneruskan perjuangan ada peluang besar yang Allah sediakan.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI