Walaupun pada bulan Ramadan, isteri tidak memasak untuk sarapan dan makan tengah hari, namun tugas isteri yang bergelar suri rumah tidak pernah surut.
Justeru memang sepatutnyalah suami menghargai pengorbanan isteri. Ucapkanlah terima kasih kepada isteri ya.
Setiap hari tugas isteri bermula dengan memasak hidangan sahur. Kemudian menyempurnakan anak dan menyiapkan kerja rumah yang lain misalnya mengemas dan membasuh pakaian. Jika isteri bekerja, dia mulai keluar rumah dan menyiapkan kerja di pejabat.
Isteri selalunya akan mulai memasak juadah berbuka selepas Asar. Bagi isteri yang bekerja pula, dia mulai merencanakan apa yang hendak dihidangkan sebagai juadah berbuka.
Jika tidak larat ataupun tidak berkesempatan untuk memasak kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, maka isteri akan singgah ke bazar Ramadan. Asalkan ada sesuatu untuk dimakan pada waktu berbuka puasa.
Isteri juga selalunya lebih peka dengan jadual anak. Ambil anak di taska atau rumah pengasuh.
Justeru tugas isteri pada bulan Ramadan bukannya semakin berkurangan, malah semakin bertambah. Belum termasuk lagi memikirkan baju raya untuk satu keluarga.
Justeru tidak salah jika suami menghargai dan memberikan sesuatu yang istimewa untuk isteri sebagai tanda penghargaan.
3 CARA MUDAH HARGAI ISTERI PADA BULAN RAMADAN
1) Belikan juadah berbuka puasa yang isteri suka. Misalnya isteri suka kek keju. Carikanlah kek keju yang sedap dan bawa pulang untuk dimakan ketika berbuka puasa. Senang sahaja kan?
2) Ajak isteri beli baju baru atau tudung baru. Ajak tanpa perlu isteri yang mulakan. Pasti ajakan anda itu disambut dengan senyuman.
3) Berikan duit raya sebagai nafkah tambahan untuk isteri.
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=mOzwGsmECGQ&t=133s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Cara Memasak Ringkas Sepantas 5 Minit, Hidangan Paprik Seafood Tawan Selera Berbuka Hari Ini
Isi Kandungan
ToggleHari ini hari pertama kita menjalani ibadah puasa. Pasti sudah banyak idea yang mahu dibuat untuk berbuka nanti.
Masakan berat atau simple jadi pilihan dan anda berhak menentukan apa untuk disajikan kepada ahli keluarga.
Jika mahukan resipi yang simple dan cepat, apa kata sediakan saja Paprik Seafood ini yang sangat senang untuk dibuat. Malah bahannya juga senang untuk didapati di kedai berhampiran.
Dan untuk yang pertama kali memasak juga pasti boleh menyediakannya. Sepantas lima minit hidang terus siap sedia di meja makan.
Pekongsian dari laman sosial Instagram @hafiqhasanbasri yang memberitahu resipi mudah membuat Paprik Seafood untuk bersahur dan berbuka puasa.
Marhaban ya Romadhon…marhaban Romadhon
Ada sesiapa yang nyanyi ke tu…? Esok tak tau nak masak apa. Sudahnya, aku masak paprik seafood dulu malam ni. Portion lauk ni boleh makan dua kali.
Paprik antara lauk yang paling mudah untuk disediakan dan percentage dia untuk jadi tu memang tinggi
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧–𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐢𝐬𝐚𝐫:
– bawang putih
– bawang merah
– cili kering
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧:
– serai dititik
– sos tiram – sos tomato
– sos cili
– cili padi dititik / dibelah
– protein (seafood / ayam / daging)
– sayur-sayuran
– garam + gula – kicap
– daun limau purut
– limau nipis (optional)
𝐂𝐚𝐫𝐚–𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬:
– tumis serai sampai naik bau
– masukkan bahan yang telah dikisar
– masukkan segala jenis sos + kicap
– masukkan protein
– masukkan cili padi
– masukkan sayur + daun limau purut
– tambah air untuk jadikan dia berkuah
– perahkan sedikit lemau nipis (optional)
– masukkan garam + gula
𝐒𝐢𝐚𝐩…!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Zara Zya Jadi Mangsa Khianat! Orang Tak Nampak Kedai Walau Buka, Ini Doa Elak Kedai Disihir
Rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berusaha dan kemudian bertawakal selepas berusaha. Masa yang sama, kita digalakkan berbuat baik dengan semua orang tanpa berprasangka.
Namun ujian akan terus datang tanda Allah sayang. Hal yang sama terjadi kepada aktres Zara Zya yang terpaksa menutup perniagaan diusahakannya akibat misteri selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.
Sumber Berita Harian memakkumkan, aktres ini pernah membuka tiga kedai makan di mana dua darinya ditutup akibat masalah dalaman iaitu di Medan Selera di pusat beli belah Melawati Mall, kemudiannya buka pula Kedai Suka Makan, Mutiara Damansara.
Namun bagi restoran ketiganya, Zara Zya Cooks yang diusahakan dengan teman lelaki di Shah Alam, Selangor, tahun lalu mengalami nasib lebih teruk apabila berdepan unsur mistik. Ekoran itu, Restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup buat sementara waktu, malah, Zara juga sedang mencari tapak baharu yang lebih strategik.
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin 2019 itu berkata, ada faktor lain yang menyebabkan saya menutup restoran buat sementara waktu.
“Jujurnya, nak kata spesifik kena ilmu hitam hingga saya terpaksa mengambil langkah menutup restoran, tidak juga. Dalam situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berbulan-bulan, tentulah sukar untuk meneruskan operasi.
“Soal ilmu hitam saya anggap hanya kebetulan. Namun, saya tidak menafikan wujud situasi pelanggan tak nampak restoran dibuka. Memang ada pelanggan merungut, mereka datang ke restoran, tetapi seolah-olah tidak beroperasi, sedangkan restoran dibuka seperti biasa.
“Bayangkan, penghantaran makanan pun tak nampak restoran, sedangkan depan mata. Saya tak tahu kenapa nak berdengki dengan saya. Jika boleh minta jauh terkena sihir. Saya ada memagar restoran dengan ayat suci al-Quran, selain membuat solat hajat mengelak perkara yang tidak diingini,” katanya.
“Saya sedang mencari tapak baharu untuk membuka restoran lain. Tetapi, restoran Zara Zya Cooks bukanlah ditutup buat selama-lamanya. Setakat ini, belum ada kata putus dan perancangan seterusnya.
“Nak kata saya kecewa restoran kena sihir hingga berniaga kek pisang tidak juga. Kita semua sedia maklum, kena duduk rumah dalam tempoh PKP. Semuanya bermula secara suka-suka apabila penggambaran tidak dibenarkan.
“Saya tak sangka pula mendapat banyak permintaan. Selepas menjualnya, ramai pula nak jadi ejen. Saya fikir kenapa tidak teruskan, boleh juga jana pendapatan ketika PKP ini. Saya menghasilkan antara 100 hingga 200 kek pisang, setiap hari. Penat usah cerita, tetapi berbaloi. Lebih utama, saya seronok ramai yang suka menikmati hasil tangan saya,” katanya.
Katanya, dia juga berniaga kek untuk beramal dan disalurkan kepada dana Zara Prihatin.
“Hasil jualan ini akan dihulurkan kepada masyarakat yang terkesan akibat PKP termasuk petugas barisan hadapan. Jika ingin makan kek sambil menderma boleh melihat Instagram saya,” katanya.
Dalam pada itu, jika anda menjalankan perniagaan ini adalah doa yang boleh dibaca bagi mengelakkan kedai makan disihir.
Dipetik perkongsian dari perawatislam.com, sihir dalam perniagaan adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan bukan sahaja untuk menyakiti pemilik perniagaan, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan dan meranapkan perniagaan seseorang bagi mencapai kepentingan diri sendiri.
Bagaimana merawatnya dan apa doa perlu dibaca?
1) Cegah dan ubatilah dengan solat lima waktu. Ini paling penting. Pastikan peniaga dan juga pekerja-pekerja sentiasa menjaga solat. Jika kita mengabaikan solat, maka Allah akan mengabaikan kita. Jangan hanya solat mengikut musim dan ketika. Ketika ketika senang dan perniagaan maju,kita abaikan solat. Jangan sesekali melewat-lewatkan solat. Tapi ketika mula susah, barulah kita mula menunaikan solat dan dijaga waktunya.
Apabila kita menjaga solat, yakinlah Allah akan membantu apabila kita memohon bantuan-Nya. Ini kerana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Dan mintalah oleh kamu akan pertolongan (kepada Allah) melalui jalan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar”
2) Bersedekahlah. Ini kerana mereka yang rajin bersedekah inshaaAllah akan dilindungi dan dijauhkan oleh Allah dari segala kejahatan jin dan manusia.
3) Setiap kali selepas solat 5 waktu, amalkan zikir-zikir di bawah:
- Al-fatihah 1x
- 3 Qul 1x
- Ayat kursi 1x
- Ayat 2 dan 3 Surah at-Talaq (ayat seribu dinar) 1x
- Baca zikir “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” sebanyak 20x
4) Sentiasa memasang bacaan al-Quran terutamanya Surah al-Baqarah atau pun ayat-ayat ruqyah. Dari pengalaman perawatan, sentiasa memasang bacaan ruqyah sama ada di rumah atau tempat perniagaan, sangat memberikan kesan kepada jin sihir. Gambar Zara Zya: IG Zara Zya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Misteri Tubuh Manusia! Tahukah Allah Jadikan Kita Bernafas Melalui Satu Lubang Hidung Saja
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Surah Al Mukminum ayat 104.
Allah menciptakan manusia dari setitis air mani. Kemudian ia dibentuk menjadi jasad sebelum ditiupkan ruh.
Penciptaan tubuh manusia ini sangat unik, hanya Allah yang mengetahui-Nya. Ada mata, hidung, telinga, kaki dan lain-lain lagi di mana setiap anggota tubuh ini memiliki fungsi berbeza-beza.
Tapi tahukah, misteri tubuh manusia di mana kita sebenarnya bernafas hanya melalui satu lubang hidung saja. Jangan terperanjat fakta ini dan kerana itulah Allah ciptakan manusia memiliki dua lubang hidung dan setiap satunya berbeza fungsi.
Sekitar 85 peratus manusia bernafas menggunakan lubang hidung pada satu masa. Menariknya, lubang hidung secara automatik berganti bernafas dalam tempoh empat jam.
Sebagai contoh, empat jam pertama kita bernafas melalui hidung kanan, empat jam kemudian lubang hidung kiri mengambil alih. Tapi misteri tubuh manusia ini tidak sama jika seseorang itu mengalami masalah hidung tersumbat atau ada masalah lain.
Dikongsi oleh Today I Found Out, ilmuan pertama yang mempelajari kitaran fungsi hidung ini ialah Richard Kayser pada 1895.
Pakar hidung berasal dari Jerman ini menemukan kitaran hidung ini terjadi melalui ereksi di hidung. Keadaan ini sama seperti ereksi terjadi pada alat kelamin (kembang dan kuncup). Uniknya tubuh dan otak kita akan mempengaruhi lubang hidung yang mengeluarkan nafas saat tertentu.
Kajian pada 1988 pula menemukan bernafas melalui lubang hidung kanan secara signifikan akan meningkatkan kadar glukosa darah. Sedang kesan bernafas melalui hidung kiri adalah sebaliknya.
Hasil kajian ini, para ilmuan berpendapat inividu yang kitaran hidungnya tidak normal misalnya hanya bernafas hanya melalui hidung kanan saja akan menyebabkan diabetes. Kajian yang dibuat pada 1993 pula mendapati saat kita bernafas melalui lubang hidung kanan, kita akan menggunakan oksigen lebih banyak berbanding sebelah kiri.
Kajian yang diterbitkan pada 1994 mendapati ketika bernafas melalui lubang hidung kiri, otak kanan akan lebih aktif atau dominan.
Fungsi lubang hidung tak sama
Dalam pada itu, satu perkongsian menarik dari Ustaz Ahmad Nasir boleh kita jadikan panduan.
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan. Apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.
Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).
Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.
Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.
Apakah anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?
Sebelah kiri atau kanan?
Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.
Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.
Saya terus melakukannya selama sebulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI