Kala negara diuji dengan pandemic COVID-19, negara mengenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan penyakit ini. Melihat kepada kes yang meningkat naik, bilangan mereka yang dibenarkan untuk solat di masjid dan surau—surau juga dihadkan jumlah pengunjungnya.
Bila jumlah pengunjung khusus untuk solat Jumaat dan fardu dihadkan, orang lelaki menghadapi kesukaran untuk melakukan ibadah itu khususnya solat Jumaat. Untuk buat di rumah adalah mustahil tidak seperti solat fardu kerana jumlah jemaah wajib ada sekurang-kurangnya 40 orang dalam satu-satu masa.
Dalam pada itu penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan orang lelaki ramai yang ingin menunaikan solat Jumaat tapi kerana perlu ikut peraturan, mereka tidak dapat menunaikan solat Jumaat yang wajib ke atas orang lelaki.
Tapi apa yang boleh dibuat oleh orang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut WAJIB melakukan solat sunat taubat. Memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguhnya dan perlu ada rasa sedih kerana tidak dapat menunaikan ibadah itu.
"Mohonlah keampunan dari Allah bersungguh-sungguh kerana kegagalan kita yang perlu mengikut SOP.
Tambahnya lagi, ulama ada berkata orang lelaki perlu ada perasaan takut, bimbang, rasa berdosa, sedih dan berbagai lagi perasaan kerana meninggalkan solat Jumaat dan bukannya berasa selesa seperti yang terjadi hari ini.
Jelas Ustazah Asma’ Harun lagi, orang lelaki seharusnya berasa malu, aib dan perlu rasa terhina apabila tiba waktu solat Jumaat, mereka berada di pusat membeli belah, makan-makan di food court tanpa rasa bersalah sedangkan waktu itu lelaki perlu berada di masjid. Ya sebab SOP tapi sekurangnya perlu ada usaha mencuba daftar atau ke masjid tapi kalau tidak dibenarkan kerana mengikut peraturan, sekurangnya kita telah berusaha ke masjid dan bukannya membiarkan waktu begitu sahaja.
“Bila tiba waktu solat Jumaat, orang lelaki yang tidak bersolat perlu berada di rumah, sekurang-kurangnya berdiam diri, mendengar khutbah melalui tv dan bukannya melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti menonton tv dan sebagainya.
Jelasnya lagi, adakah kita yakin dan boleh menjawab di hadapan Allah kenapa gagal menunaikan solat Jumaat dan mampukah kita menjawab kerana wabak?
Jelasnya lagi, wabak ni telah membuatkan umat Islam hilang nilai diri dan diharap sentiasa terus berdoa agar ia menghilang.
Tonton video penjelasannya:-