Perkahwinan merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan raja dan ratu sehari. Walau bagaimanapun menjelang majlis perkahwinan, biasanya orang dulu-dulu selalu berkata bahawa akan ada cabaran dan juga halangan menjelang majlis perkahwinan tersebut.
Jika ada pertikaian yang berlaku dan tidak kunjung selesai, tidak mustahil majlis perkahwinan yang sudah dipersiapkan secara terperinci itu dibatalkan angkara ketidaksefahaman yang berlaku antara bakal raja dan ratu sehari. Inilah yang kita perlu elakkan daripada terjadi.
Bagi mencegah semua ini daripada berlaku, berikut ini adalah tiga tip agar perkahwinan yang dinanti-nantikan selama ini berlangsung dengan jayanya.
KOMUNIKASI DENGAN CALON PASANGAN
Ketika anda dan pasangan sedang mengalami masalah, sebaiknya segera selesaikan secara baik-baik. Jangan sampai komunikasi antara anda dan pasangan anda menjadi tegang. Ketika anda mengalami masalah, ingatlah bahawa kalian berdua merupakan sebuah tim yang harus menyelesaikan sebuah misi.
FOKUS PADA PERKAHWINAN
Menjelang majlis perkahwinan anda, sebaiknya anda mulai fokus dengan acara perkahwinan tersebut. Jauhkan semua fikiran dan urusan yang tidak ada hubungan dengan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya anda lebih fokus kepada persediaaan majlis perkahwinan dengan bekerja sama bersama pihak yang bertanggung jawab untuk menguruskan majlis perkahwinan anda dan pasangan.
SINGKIRKAN MASA LALU
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, sebaiknya anda fokus dengan perkahwinan anda. Jangan sesekali teringat kepada mantan kekasih anda. Jika mantan kekasih menghubungi anda, abaikan. Fokuslah kepada persediaan majlis perakahwinan anda yang bakal berlangsung. Perkara yang lepas usahlah dikenang. Yang berlalu, jadikan sebagai sejarah. Buka lembaran baru demi masa depan yang lebih cerah.