Tinggal berjauhan, hukum suami minta gambar isteri tidak berpakaian untuk ubati rindu. Maklumlah bila perhubungan jarak jauh (PJJ) ini, perasaan saling merindu itu lain macam.
Berjumpa hanya sekali-sekala atas tuntutan kerja dan mencari rezeki untuk keluarga tercinta, pasti ada masanya suami akan meminta menghantar gambar sang isteri apalagi dalam dunia serba moden ini.
Gambar atau video dengan mudah dapat dikirim hanya melalui telefon pintar. Gambar biasa yang menutup aurat mungkin tidak datangkan masalah, namun bagaimana hukumnya jika suami minta gambar isteri tidak memakai baju.
Adakah dibenarkan? Ikuti penjelasan panjang lebar daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam berdepan isu ini:
Selepas berlakunya akad nikah yang sah antara seorang lelaki dan wanita, maka tiada lagi aurat antara mereka berdasarkan hadis:
“Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki”.
Ulama bersepakat bahawa tidak haram suami melihat seluruh tubuh isterinya dan begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, tindakan berkongsi gambar yang mendedahkan aurat antara suami isteri di dalam WhatsApp dan media sosial dibimbangi akan membuka ruang terdedahnya gambar tersebut kepada orang lain.
Ini seterusnya boleh menyebabkan kemudaratan lebih besar. Maka, perkara tersebut lebih baik untuk dielakkan dan ini bertepatan dengan beberapa kaedah fiqh iaitu: Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan.
Ads
Hukum Suami Minta Gambar
Namun, melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.
Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa. Bahkan, kaedah fiqhiyah juga menyebut: “Kemudaratan itu membolehkan apa yang terlarang”.
Ini merupakan pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta pendapat daripada Ibn Aqil.
Bahkan, pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukannya apabila terdesak dan perlu. (Lihat: Al-Bada’I Wal Fawa’id, jilid 2, halaman 870).
Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya, maka hukumnya adalah haram dan ditegah.
Ia termasuk dalam perbuatan yang keji dan kotor serta memudaratkan akal serta jiwa sehingga menjadikan dirinya dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi akan terjebak kepada perzinaan.
Namun, apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, maka beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.
Ads
Isteri Tidak Berpakaian
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu:
a) Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu menggunakan gambar lucah atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina, sebaliknya ia sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan perbuatan seperti itu diharamkan.
Oleh demikian tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online, walaupun dengan pasangan yang halal, sebab ia akan menimbulkan ketagihan dan kemungkinan akan terjebak melakukan perkara lebih jauh lagi hingga membawa kepada perkara diharamkan oleh syarak. Perlu diingat, tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.
b) Adapun sebaliknya, mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang halal atau haram kerana niatnya sekadar untuk mengurangkan tekanan seksual. Ini dibolehkan.
Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.
Firman Allah SWT: “Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.”- (Surah al-Taghabun: 16).
Untuk Ubati Rindu
Kesimpulannya, apabila terdesak dan perlu untuk menurunkan tekanan syahwat dengan cara beronani, namun begitu tidak digalakkan menggairahkannya melalui online, panggilan video dan sebagainya.
Ads
Adalah dianjurkan supaya pasangan tersebut berusaha menjaga syahwat mereka dengan berpuasa serta berusaha menghindarkan diri daripada membayangkan kelazatan berjimak bersama pasangan.
Oleh demikian, hendaklah mereka berikhtiar untuk dapat berkumpul semula dan tidak tinggal berjauhan supaya tercapai matlamat perkahwinan yang telah dibina dengan ikatan diredhai Allah SWT.
Ingatlah pesanan Allah SWT ini dan jadikanlah ia sebagai motivasi. Firman Allah SWT;
“Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya.” (Surah Al-Nazi’at: 40-41).
Baru-baru ini kami kongsikan perihal kesihatan Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang dilihat mengenakan bedak sejuk di bahagian mukanya.
Dari perkongsian itu, Ustaz Kazim Elias memaklumkan bahagian mukanya agak panas dan terasa pedih. Bukan itu saja, ia meninggalkan lepuh-lepuh di seluruh mukanya selain bibirnya yang kemerah-merahan bertukar kehitaman.
Selang beberapa hari, sekali lagi dari perkongsian bersama Tik Tok @CaZs Production, Ustaz Kazim dilihat berkongsi keadaan wajah terkininya (tanpa penggunaan bedak sejuk) dengan Dai Ahmad Ibrahim.
Dapat dilihat mukanya kelihatan seakan melepuh (bertompok-tompok) bahkan memang jelas bahagian bibirnya agak kehitaman. Bukan saja wajahnya tapi juga di bawah dagunya turut dilihat tidak selicin kulitnya yang dahulu.
Jelas Ustaz Kazim dalam perkongsian itu, katanya inilah dia. Saya pun tak reti nak jawab macam mana. Jadi tuan-tuan boleh tengok sendirilah.
“Besarkan, inilah dia. Saya rasa mungkin berubah 50-70 peratus dari wajah saya yang asal. Nampak lainkan.
“Itu sajalah yang dapat saya bagitahu kalau orang tanya. Kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia. Tengok dekat mata saya.Tengok hujung mata saya. Tengok bawah bibir saya, tengok bibir saya, habis jadi hitam.
“Saya pun berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini pun ada kaitan dengan benda-benda yang berkaitan dengan ‘ain, Ustaz Ahmed’. Jadi sebab itu saya sedang buat rawatan. Insya Allah kalau tak sembuh juga rawatan-rawatan biasa nie, insya Allah saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh untuk menyembuhkan penyakit ‘ain.
“Mungkin, saya rasa saya lebih terkena kepada penyakit ‘ain. Salah satu rawatan untuk penyakit áin ialah mandi di sungai pada waktu Subuh mengadap ke arah hulu sungai. Setiap hari selama beberapa hari kita buat, insya Allah.
Dalam perkongsian itu, Ustaz Kazim saat bercerita mengenai penyakit ‘ain berkata, Rasulullah SAW menyebut, di antara penyakit yang paling banyak membawa kematian ialah penyakit ‘ain. Yang paling cepat sekali mati. Mati bukan penyakit biasa seperti.
Saya nampak diri saya lebih kepada penyakit ‘ain. Penyakit kata, orang yang mempunyai hasad dengki. Jadi cukup bahaya. Jadi tuan-tuan, doakan saya. Insya Allah.
Apa dia penyakit ‘ain?
Penyakit ‘ain adalah disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati.
“Ia juga akibat rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai sekalipun.
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari pernah berkata bahawa: “Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Al-‘ain itu haq (benar).” (Sahih al-Bukhari). Ia bukan berkaitan sihir (sihir antara dengan syaitan) tapi ‘ain lebih kepada pandangan mata yang disertai hasad dengki.
Dia tak diam tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadan, Syawal dan seterusnya bulan haji.
Kebiasaanya ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menyambut awal atau akhir ramadan di sana.
Tetapi tahun ini situasinya berlainan. Dalam laporan Astro Awani hari ini Arab Saudi meminta umat Islam untuk tangguhkan sebarang rancangan untuk tunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Mungkinkah akan tiada perhimpunan seperti ini tahun ini?
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Buat masa sekarang Masjidil Haram ditutup kepada orang ramai. – AP
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Haji juga adalah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.
Sebelum ini Arab Saudi juga pernah berdepan masalah wabak penyakit ini di mana pada 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20 ribu jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1,865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kira-kira tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban.
Dan jika berkemampuan kita digalakkan untuk melakukan ibadah korban sempena mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Dan hari ini Selasa bersamaan 21 Julai 2019 sebelum Maghrib nanti adalah hari terakhir untuk memotong rambut, misai dan seumpamanya pada anggota badan serta kuku bagi mereka yang menyertai korban pada tahun ini.
Ini kerana masuk sahaja 1 Zulhijjah kita dilarang secara makruh tanzih untuk melakukan ke semua perbuatan tersebut sehingga haiwan korban selesai disembelih.
Walaupun dilarang, ia tidak sampai jatuh hukum haram, tetapi kita sangat dimakruhkan (makruh tanzih) seperti Imam Al-Baijuri ada menyatakan, melakukan makruh tanzih akan merosakkan sesuatu ibadat.
Maka, bagi yang sudah berniat untuk berkorban, batas akhir untuk membersihkan diri (memotong kuku dan rambut) adalah pada esok hari yang juga bertepatan dengan 30 Dzulqa’dah 1441 H.
“Apabila telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian telah berniat untuk berqurban, maka janganlah ia memotong rambutnya dan kulitnya sedikitpun.” (HR. Muslim).
Ibadah korban pada sambutan Aidiladha.
Bedasarkan sumber yang didapat Tribunnews.com, barang siapa yang melanggar ketentuan ini kerana lupa atau belum tahu hukumnya maka ia tidak berdosa, tidak pula membayar fidyah atau kaffarah.
Barang siapa yang melanggarnya dengan sengaja maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah ta’ala dan tidak ada kewajiban fidyah atau kaffarah atasnya.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...