Tinggal Isteri Tanpa Nafkah, Adakah Jatuh Talak? Ini Hukumnya Suami Abaikan Tanggungjawab

Share

Tinggal isteri tanpa nafkah, adakah jatuh talak? Ini hukumnya abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri.

Ternyata masih ramai para isteri di luar sana yang menanggung seksa hidup tanpa menerima sebarang bayaran nafkah daripada si suami.

Rumah tangga antara isteri pertama kepada suami pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan Rosland Othman, gagal menemui jalan pendamaian.

Artikel Berkaitan:

‘Tidak Diberi Nafkah Sebab Ada Duit Sendiri.’ Isteri Bekerja Untuk Ringankan Beban Suami, Bukan Tanggung Segalanya

Tinggal Isteri Tanpa Nafkah

Memetik laporan Malaysia Kini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses sulh dengan Adibah di Mahkamah Syariah Putrajaya pada hari Jumaat tidak mencapai kata sepakat untuk berbaik.

Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal. Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan.

Menurut Khairul Anwar, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.

Adakah Jatuh Talak

Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.

Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.

Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah. Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama.

Ini Hukumnya

Oleh itu, apa hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafqah dan apakah status perkahwinan itu bercerai atau tidak?

Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. – (Surah al-Nisa’: 19)

Ini menunjukkan bergaul dengan cara baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri adalah satu kewajipan.

Suami Abaikan Tanggungjawab

Justeru pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah maka hukumnya haram dan berdosa.

Kami tegaskan di sini bahawa ijma’ ulama’ bersepakat menyatakan bahawa suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya dengan syarat-syarat tertentu.

Berkenaan dengan status perceraian ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah.

Kami syorkan dalam isu seperti ini hendaklah rujuk kepada mahkamah syariah. Semoga Allah kurniakan rumah tangga kita semua menjadi baiti jannati. Amiin.

Baca Di Sini:

‘Tidak Diberi Nafkah Sebab Ada Duit Sendiri.’ Isteri Bekerja Untuk Ringankan Beban Suami, Bukan Tanggung Segalanya

Kashoorga: Semoga masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera kerana melibatkan banyak hati.

Sumber: Oh Bulan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat