Diam tak diam nampaknya tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menghadapi tahun baru, 2020. Jika murah rezeki, bukan sahaja gaji bertambah, tetapi juga usia kita.
Namun yang menjadi masih igauan adalah apabila ramai akan bertanya ‘bila nak kahwin’ terutama bagi yang masih ‘single’.
Walaupun mulut tersenyum menjawab pertanyaan ‘makcik-makcik bawang’ tetap soalan itu terkesan juga dalam kotak fikiran.
Kalau boleh tidak mahu bertemu mereka terutama pada musim perayaan kerana itulah soalan yang akan ditanyakan nanti.
Gambar sekadar hiasan.
Tolong akak acik !! tolong akak !
Terkejut dapat panggilan dari seorang kenalan, menjerit -jerit ketika telefon.
Sabar kak, istigfar ingat Allah, balasku.
Ads
Raya nak dekat acik, akak tak sanggup orang panggil andartu.Kenapalah tuhan tak jumpakan jodoh akak. penuh dengan keluh kesah katanya pada aku.
Ingat Allah kak,biarkan mereka berbicara. Nanti dah penat mereka akan berhenti. Semua orang nak berumahtangga, semua orang mahu miliki pasangan masing-masing tetapi itulah ujian yang Allah hadirkan itu berbeza-beza kak.
Biarlah orang nak kata tentang akak, yang penting jaga solat, berdoa dan yakin Allah. Biar dibilang andartu daru tersalah pilih. Kerana terdesak terima siapa sahaja, kalau baik alhamdulilah kalau yang kaki pukul, kaki kikis, penagih dadah macam mana ?
Orang nak kata apa, biarkan mereka. Paling penting kita ada pendapatan sendiri tak susahkan orang, cari kebahgiaan kita sendiri dulu. Ada duit pergi travel, ada lebih lagi pergi buat umrah. Minta doa depan kaabah lebih baik dari tertekan kata orang.
Ads
Biar lambat asal jangan salah pilih jodoh. Biar lambat tapi kita bahagia bersama-sama dia. Kita saja yang faham diri kita.
Paling penting jangan putus asa dan jangan sangsi dengan Allah.
Cari ilmu Allah, baiki diri kita dulu, lengkapi dengan ilmu agama. Jika dah jumpa jodoh nanti kita dah bersedia segenap ruang.
Gambar sekadar hiasan.
Kalau kita hidup kerana cakap-cakap manusia, sampai mati pun mereka tak pernah akan puas hati.Tapi kalau kita redha semua benda itu adalah terbaik dari Allah, kita pasti insaAllah semuanya akan baik-baik sahaja walau pandangan manusia tak baik.
Ads
Bersedia untuk raya akan datang ini dengan soalan bila nak kawin ?
Alhamdulilah acik dah ready, apa pun balaslah dengan suara dan nada yang slow, bahasa yang sopan dan beradab. Mereka cuma ambil berat tentang kita.
Jawapan siap-siap:
-Doakan saya, semoga Allah permudahkan soal jodoh saya. -Mak cik/pak cik tolong saya carikan mana tahu ada jodoh. – InshaAllah, tahun depan tarikh,masa, tempat belum tetap lagi. Doakan ye. -Allah sedang uji saya dalam soal jodoh, Saya usaha selebihnya saya serah pada Allah.
Ok ? jawap elok-elok minta mereka doakan. Mana tahu doa dia di angkat Allah ? Siapa tahu..
Impian seorang bapa pastinya mahu melihat kejayaan setiap anak bukan sahaja dalam mengejar duniani tetapi juga akhirat.
Bagi bapa ini, impian mahu melihat anaknya berjaya menghafaz 30 juzuk tidak kesampaian apabila dirinya terlebih dahulu dijemput Illahi.
Allahyarham Abdul Rani Abdullah meninggal dunia akibat kemalangan selepas melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim di Kubang Semang Isnin lalu.
Biarpun tidak sempat melihat anaknya ini menghafas 30 juzuk al-Quran dan bergelar al-Hafiz, tetapi sebagai anak yang taat, remaja lelaki inilah yang telah mengimamkan solat jenazah bapanya.
Kisah dikongsi Masjid Abdullah Fahim SPU (MAFSPU) di laman rasmi Facebooknya memberitahu, Mohd Danish bin Abdul Rani merupakan anak ketiga yang juga pelajar di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah itu telah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk.
“Mohd Danish yang berumur 14 tahun dan merupakan anak ketiga dalam ahli keluarganya. Menjadi kebanggaan kami, Mohd Danish antara yang bakal menjadi hafiz suatu hari nanti. Beliau kini sudah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk. Beliau bersekolah di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah.
“Kami mendoakan semoga Mohd Danish diberikan kekuatan dan ketabahan di atas ujian yang dihadapi. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan dan menjadi anak soleh serta dapat membantu keluarga dan masyarakat.
“Pihak MAFSPU mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abdul Rani bin Abdullah. Semoga Allah Ta’ala ampunkan segala dosa-dosanya dan terima segala amal ibadahnya. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing mengucapkan takziah dan mendoakan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Juga turut mendoakan juga semoga remaja ini berjaya merealisasikan impian arwah ayahnya.
Siti Mariam Mokhtarsemoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. seawal menghembus nafas akhir, anak sndr mengetuai solat jenazah….
nikmat apa lg yg ingin didustai….bhwsanya zuriatmu itu bukan biasa2 semoga terus mengalir doa ank2 yg soleh kpd org tua mrk. aamiin
Khairun Nisa JaafarInnalillah wainna illaihi rojiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin. Salam takziah utk keluarga arwah di atas kehilangan orang yang tersayang.
Mahmud AbanInnalilahi wainaihirojiun…masya Allah hebatnya Allahyarham mememilik anak yg semuda 14 tahun ini dpt mengimamkan solat jenazah Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan mereka yg beriman dan beramal soleh.
Ana TajulSemoga di tmptkan bersama para solihin,sesungguhnya arwah berjaya mendidik ank nenjadi ank yg soleh,Mohd Danish menjadi inspirasi,moga ank kita semua juga boleh menjadi sptnya
Kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir telah mengangkat darjat wanita, memberi hak yang sewajarnya dan meletak mereka di tempat yang sesuai dengan fitrah. Malah terdapat satu surah khusus yang dikisahkan secara khusus dalam al-Quran iaitu surah al-Nisa’.
Ajaran agama Islam yang disebarkan Baginda Nabi telah mengangkat martabat wanita sama rata dengan lelaki kecuali dalam bab kepimpinan. Allah SWT dalam al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.
Wanita diciptakan sebagai pasangan buat lelaki. Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat, ayat 13).
Namun sesetengah dari kita mungkin suka meletakkan maruah wanita itu lebih rendah dari agama meletakkannya di kedudukan tertinggi hanya untuk mencari “nama” di dunia ini.
Tindakan seorang wanita yang membuka baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi di TTDI menerima kecaman ramai. Ramai bertanya adakah tindakannya itu menghina agama atau diri sendiri.
Ikuti perkongsian dari pendakwah Brother Firdaus Wong mengenai tindakan wanita ini.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung & berhijab di atas pentas berkata;
“Hello & assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay & Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung & baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu & Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami & mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Islam telah datang memuliakan kita, Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malah, kedatangan Ramadan pada tahun ini memberikan kegembiraan berganda buat pelakon Amar Asyraf apabila menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada Sabtu lalu.
Bayi perempuan itu merupakan hasil perkongsian hidup Amar, 37, dengan isteri baharunya iaitu perkahwinan ketiga pelakon itu, Farhana Yusof.
Dalam hantaran Instagram, Amar berkongsi nama yang diberi kepada bayi perempuannya iaitu Ammara Fateema.
Asbab Bapa & Mommy Masuk Syurga
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Allah Maha Baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pada 25 Mac 2023 bersamaan dengan 3 Ramadan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya, Ammara Fateema Amar Asyraf,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Mama Papa Expres itu memuat naik gambar dia mendukung anaknya yang berbalut selimut berwarna hijau.
Hadiah Ramadan
Di samping itu, Amar sempat menitipkan doa agar permata hatinya itu kelak membesar sebagai anak yang solehah dan menjadi asbab untuknya dan isteri masuk ke dalam syurga.
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapa dan mommy masuk syurga, insya-Allah. Terima kasih mommy, saya sangat cintakan awak, lillahitaala,” ujarnya lagi.
Amar Asyraf Dapat Anak
Untuk info, sekitar pertengahan Mei tahun lalu, Amar berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Farhana Yusof.
Sebelum itu, perkahwinan keduanya bersama Vivy Jeffry tergantung tak bertali selama hampir tiga tahun, namun rumah tangga dibina mereka akhirnya terlerai sekitar Mei tahun lalu selepas sah bercerai talak tiga.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...