Perhiasan diri atau barang kemas terutamanya emas memang susah nak dipisahkan daripada wanita. Mujurlah harganya mahal. Jika murah pasti saban masa kedai emas sentiasa sendat dan padat dengan pelanggan.

Bagi menarik perhatian, kedai emas menawarkan pelbagai reka bentuk terkini selain tawaran diskaun upah serta hadiah sampingan lain. Tarikan seperti ini memang berkesan terutama buat bakal pengantin yang mahukan sekurang-kurangnya sebentuk cincin emas atau seutas gelang tangan reka bentuk terkini dalam hantaran. 

Artikel berkaitan: Nak Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Wajib Bayar. Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Kira Zakat Emas!

Artikel berkaitan: Lepas Selesai Zakat Fitrah, Jangan Lupa Pula Bayar Zakat Emas Wang Simpanan. Ini Syarat Membayarnya- Ustaz Mustafar

Tapi ingat, jangan lah disebabkan terlalu mencari yang murah, kita terlupa pula nak pertimbangkan satu perkara yang amat penting, iaitu emas yang dibeli itu sepatutnya juga berbaloi untuk dijual apabila keadaan ekonomi diri atau keluarga sesak nanti.

Maksudnya di sini ialah membeli dengan dua motif; sebagai aksesori hiasan diri dan aset. Bak kata pepatah, “Melontar seketul batu, terkena dua ekor burung”

Kita ikuti panduan yang diberikan oleh pakar pelaburan emas iaitu Mohd Zulkifli Shafie dalam blognya berkenaan hal ini agar para Muslimah yang ‘gila’ emas dapat membuat pembelian bijak.

Tip Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi Agar Berbaloi Dijual Masa Sesak Nanti

Memulakan coretan, Zulkifli memberi contoh seorang sahabatnya yang berhajat melabur emas tetapi terbeli barang kemas.

“Nasihat saya, kalau nak beli, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi”

Bukan semua  perhiasan emas boleh jadi aset bernilai tinggi. Ada yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli.

IKLAN

Jadi, untuk pastikan barang kemas itu bernilai tinggi, ini panduan yang boleh diguna pakai dan ia relevan mengikut kadar emas semasa:

Tip #1: Beli barang emas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas ini mempunyai nilai tinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk.

Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah periksa pada bahagian belakangnya kerana biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Sekiranya dibakar, ia tidak tinggalkan kesan kehitaman.

Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.

Tip Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi Agar Berbaloi Dijual Masa Sesak Nanti

Tip #2: Beli barang kemas padu sahaja

Elakkan mmebeli barang kemas yang berlubang, berongga atau kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila hendak dijual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tidak dapat buat bacaan tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu permata.

IKLAN

Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Apabila barang kemas itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskaun 25%. Banyak kerugian di situ. Kalau simpan sahaja, nanti kena keluarkan zakat sebagai emas yang tidak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas berbatu permata

Barang kemas berbatu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila hendak jual balik dan tidak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata.

Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916!

Tip Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi Agar Berbaloi Dijual Masa Sesak Nanti

Tip #4: Simpan resit belian

Resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas itu apabila kita ingin menjual semula kepada pengeluar. Dan sesetengah Ar-Rahnu akan minta resit belian apabila hendak buat pajakan nanti.
Saya pernah survey di sebuah kedai emas terkenal; jika ada resit mereka akan beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tidak ada resit asal, mereka akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa. Banyak juga perbezaan di situ. Namun begitu, perlu dapatkan kepastian daripada kedai yang anda kunjungi kerana polisi mungkin berbeza.

Tip #5: Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tidak ada secondhand value. Emas putih mengandungi samada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain.

IKLAN

Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan kaji selidik saya, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih itu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Tip Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi Agar Berbaloi Dijual Masa Sesak Nanti

Tip #6: Cari kos upah paling rendah

Jangan tertipu kalau nampak harga emas rendah sebab biasanya harga yang dipaparkan pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Kos upah berbeza-beza antara satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama.
Kos upah itu anda boleh negotiate supaya murah. Kalau tak ada kos upah lagi bagus. Ada kes pelanggan dapat kos upah dari RM200 kepada RM50. Banyak juga penjimatannya.

Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di www.fgjam.org.my atau boleh juga rujuk di http://www.hargaemas.com.my/harga. Tapi harga sebenar setiap pekedai emas adalah berbeza-beza sebab emas bukan barang kawalan. Ia tertakluk kepada kos pengeluaran dan kadar keuntungan yang ditetapkan oleh pekedai emas tu sendiri.

Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskaun 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya, dengan syarat mesti simpan resit asal.

Tip Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi Agar Berbaloi Dijual Masa Sesak Nanti

Itulah tip membeli barang kemas yang sesuai dijadikan harta bernilai tinggi.Semoga perkongsian tip ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada anda yang berhasrat nak beli barang kemas dalam masa terdekat.

Beli lah barang kemas yang bukan sahaja sesuai sebagai perhiasan tetapi juga mempunyai nilai tinggi untuk pelaburan sewaktu dijual semula nanti, terutama dalam waktu sesak. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI