Tip Murah Rezeki: Jangan Kedekut Berkongsi Dengan Ibu Bapa

Share

Sememangnya tidak dapat dinafikan, sentiasa wujud di celah hati manusia itu satu penyakit yang bernama kedekut. Hakikatnya juga, kedekut adalah salah satu perangai manusia yang berkaitan dengan harta yang telah menghinggapi manusia sejak dari zaman dahulu kala.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (al-Isra’: 100)

Persoalannya sebagai anak haruskah seorang anak itu kedekut dengan ibunya sendiri? Ikuti perkongsian berikut. Moga ia mampu dijadikan teladan


Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

“Nak, bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;

“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

TERKENANG ZAMAN KECIL

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;

Pampers sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

SEMUANYA PERCUMA

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”

Semoga Bermanfaat.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI  ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula  ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

Sumber: Zuhairi Yazid

Published by
wan erni