Titisan air wuduk tolak kita daripada api neraka, ini hukum lap air sembahyang setelah kita berwuduk. Ada yang menegah agar tidak terus mengelap air setelah kita berwuduk.
Dilarang sama sekali mengelap air sembahyang kerana dikatakan setiap titisan itu akan menolak api neraka. Tapi bagaimana jika seseorang itu tak selesa dan membuatkan telekung boleh jadi basah. Betulkan kita dilarang untuk mengelap air sembahyang?
Artikel Berkaitan: Ini Sebab Rasulullah Sanggup Tunggu Kucing Minum Air Wuduknya
Wuduk adalah salah satu ibadah yang cukup penting dalam agama Islam. Wuduk bukan sekadar meratakan air ke anggota badan yang terpilih, bahkan wuduk adalah penanda aras bahawa Islam adalah agama yang sangat menitik-beratkan kebersihan.
Apabila kita mengambil wuduk untuk solat, pastilah anggota yang disapukan air tadi basah. Lalu, adakah kita perlu mengelap air tersebut atau membiarkan sahaja ia kering secara semulajadi? Apakah hukum mengeringkan air wuduk tadi?
Hukum mengeringkan air wuduk pada anggota
Para ulama berbeza pendapat mengenai isu ini. Ada yang mengatakan bahawa perbuatan mengelap air wuduk ini dibolehkan, manakala sebahagian lagi berpendapat bahawa hukumnya makruh bagi seseorang yang mengeringkan anggota badannya setelah berwuduk.
Pendapat yang mengharuskan perkara ini menyatakan bahawa asal hukum bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharamannya.
Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab usul feqh:
Maka mereka berpendapat bahawa selagi mana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan ini, maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu keharusan.
Pendapat ini dipegang oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad dan selainnya.
Bahkan, para sahabat seperti saidina Usman, al-Hasan bin Ali dan Anas bin Malik turut menggunakan kain lap selepas berwuduk seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitabnya, Al-Mughni (1/195)
Manakala pendapat kedua yang menyatakan bahawa menyapu atau mengeringkan anggota badan setelah berwuduk adalah makruh, mereka berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah R.anha, beliau berkata:
Maksudnya: Aku membawakan kepada Nabi S.A.W secebis kain (setelah baginda mandi junub), maka baginda tidak menerimanya. Lalu baginda menghilangkan sisa-sia air di badan baginda menggunakan tangannya. Riwayat Al-Bukhari (274)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas RA beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W mandi, lalu dibawakan kepada baginda kain pengelap dan baginda tidak menyentuhnya.
Kemudian baginda menyapu saki baki air di badan baginda menggunakan tangannya.
Riwayat Al-Nasai (255)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak menggunakan kain yang diberikan kepadanya untuk mengelap anggota badan baginda setelah mandi.
Maka golongan yang berpegang dengan pendapat yang kedua menjadikan nas ini sebagai hujah bahawa makruh hukumnya menggunakan kain pengelap sama ada tuala dan seumpamanya bagi mengeringkan anggota badan setelah wuduk.
Baca Di Sini:
Hukum Berwuduk Menggunakan Air Banjir, Boleh Atau Tidak Jika Tiada Bekalan Air Bersih
10 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mengambil Wuduk
Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa perbuatan mengelap itu adalah disunatkan kerana terdapat padanya keselamatan dari debu-debu najis dan seumpamanya.
Inilah pendapat yang disebutkan oleh Al-Syeikh Al-Furani, Imam al-Ghazali, Al-Ruyani, dan Al-Rafi’e.
Perbuatan hukum mengelap air wuduk dengan tuala atau seumpamanya adalah harus. Kami tidak menemui dalil yang menyatakan bahawa air wuduk ini akan menjadi pendinding api neraka sehingga kita dimakruhkan untuk mengelapnya.
Bahkan dalam sunnah, Rasulullah SAW tetap mengelap air wuduk baginda, cumanya baginda mengelapnya dengan tangan baginda.
Tiada ulama yang mengharamkan mengelap air wuduk dengan kain atau tuala.
Malah, jika kita tidak mengelap air wuduk sehingga memudaratkan diri kita seperti sewaktu kita berada di tempat yang sangat sejuk, hukumnya adalah disunatkan untuk kita mengelap air wuduk itu dengan segera.
Begitu juga jika kita tidak merasa selesa andai tidak mengelapnya seperti membuatkan pakaian kita kebasahan, maka ada keperluan untuk kita mengelapnya.
Apakah hukum mengelap air wuduk?
Hukum mengelap air wuduk dengan tuala atau seumpamanya adalah harus. Bahkan dalam sunnah, Rasulullah SAW tetap mengelap air wuduk dengan tangan baginda.
Betulkah kita dilarang lap air wuduk selepas berwuduk kerana setiap titisan itu akan menolak api neraka?
Kami tidak menemui dalil yang menyatakan bahawa larangan mengelap air wuduk kerana titisan air wuduk ini akan menolak daripada api neraka.
Bolehkah saya keringkan air wuduk dengan tuala?
Boleh kerana hukum mengelap air wuduk dengan tuala adalah harus.
Kashoorga : Semoga Allah menerima segala amalan kita.
Sumber : Tanyaustaz.com
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.