Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau mesra disapa Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas dirinya menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwahnya, Ustazah Sharifah dalam satu perkongsian di tik-toknya @sharifah Khasif official berkongsi bagaimana perjalanan dakwahnya bermula dan kelebihan mereka yang mendekatkan diri dengan Al-Quran. Selain wajah awet muda, rezeki juga sentiasa ada walau tisak bekerja. Ini kerana Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran.
Dari satu perkongsian, diri memulakan kisah bagaimana boleh berada pada kedudukan sekarang.
Akuinya, kita kena ubah cara hidup kita. Kita kena hidup dengan Al-Quran. Tahu tak ibu ayah, saya tak ada kerja apa pun dari dulu sampai sekarang.
“Saya ada ijazah dalam kewangan. Kemudian sambung Master dalam psikologi. Kemudian nak pergi ke Austalia sambung PhD tapi ayah tak bagi. Katanya duduk sini saja, tak payah pergi jauh-jauh. Duduk dengan Walid.
“Bila habis belajar tu, saya dapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat. Masa tu gaji RM7900. Banyak tak? Soalnya.
“Banyak dan kerja saya ketika itu buat program, production dan lain lagi. Tapi saya kerja dua tahun setengah saja sebelum berhenti kerana dapat tawaran kerja lain di sebuah syarikat korporat.
Tambahnya lagi, gaji baru ditawarkan kepadanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (COO) adalah sebanyak RM20,000 sebulan.
“Kalau tolak EPF dan lain lagi, dapatlah RM15,000 atau RM16,000.
Tapi dengan gaji sebanyak itu, saya beritahu mak.
“Saya tolak dan tak nak kerja. Mak memang tak setuju.
“Kata mak belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kerja. Buat rugi jer. Tapi saya kata kat Mak, saya pilih nak mengajar Al-Quran di masjid-masjid dan surau-surau saja. Lagilah mak tak setuju tapi saya ingat pesan ayah, kalau Walid tak ada nanti, jangan sesekali tinggalkan Al-Quran dalam hidup,’katanya sambil menambah dalam Quran itu sebenarnya ada nikmat, ada banyak manfaat dan ada segalanya di dalamnya termasuk rezeki ditakdirkan.
“Al-Quran ini, makin lama kita baca, makin lama bersama dengan kita, dia akan bersahabat dengan kita. Semuanya terasa indah. Sebab itulah, orang muda kalau dari usia muda bersahabat dengan Quran, muka akan nampak sentiasa muda.
“Saya tak tipu, guru saya dari Mesir aura wajahnya Masya-Allah, cantik. Kalau tua pun tak nampak tua atau kerepotnya sebab NUR al-Quran itu sendiri akan menjadikan wajah kita nampak muda.
‘Sebab itu, usahakanlah baca Al-Quran paling tidak 3 muka surat atau 100 ayat. Kalau tak buat semua itu tandanya kita ini orang yang bakhil. Kedekut dengan Allah yang Maha Agung.
Pangkat besar tapi tak mampu pun ngaji bila ayah meninggal
Dalam pada itu, Ustazah Sharifah Khasif turut berkongsi kisah yang wajar kita ambil iktibar. Ia berlaku pada saudaranya sendiri iaitu orang terhormat dalam bidang korporat.
“Satu hari ayahnya meninggal dunia. Bila saya sampai rumah, saya suruh dia mengaji terus di sisi jenazah kerana amalan itu sampai terus pada si mati. Tapi apa yang berlaku, hanya kaset CD dibuka kerana dirinya tak tahu mengaji, satu kerugian.
Kongsinya, bila mengadap kematian, seeloknya mengajilah. Paling tidak baca surah Yassin kerana sampai terus kepada jenazah Allah. Sama macam dalam hidup kita sehari-hari, bacalah apa sajasurah yang kita tahu seperti Yassin, Al-Mulk dan lain-lain, asalkan kita membacanya hari-hari.
Tak kerja tapi rezeki sentiasa ada
Dalam pada itu, Ustazah Sharifah turut berkongsi bahawa saat berdoa perlu meminta secara terus dengan Allah.
“Sebagai contoh, Ya Allah, aku nak kaya Ya Allah. Engkau lebih mengetahui asbab kekayaan ini agar dapat berbuat kebajikan kepada umat lain.
“Saya sendiri sebelum mewakili negara pada musabaqah itu, berdoa secara terus pada Allah.
“Saya doa, Ya Allah, aku teringin sangat nak jadi johan tilawah antarabangsa Ya Allah. Ia akan meningkatkan ketaqwaanku Ya Allah.
Jelas Ustazah Sharifah Kasif, tahun depan itu dirinya dinobat sebagai juara dan memperoleh RM200,000 dari Kerajaan Malaysia.
“Saya buatkan rumah untuk mak dan itulah yang anak-anak kena lakukan, dahulukan mak ayah dalam urusan mereka. Masa yang sama, saya juga dapat pencen RM3000 setiap bulan dan rezeki itulah saya gunakan untuk keperluan hidup.
“Alhamdulillah dekat dengan Quran juga, madarasah anak-anak tahfiz ini ada saja orang bayarkan sewanya yang mencecah RM10,000 sebulan. Ada saja orang infaq dan sedekah. Saya tak pernah ambil gaji pun, sebabnya saya nak tengok lebih ramai genarasi celik Quran.
Dalam hidup dirinya turut berpesan kita jangan mudah rasa selesa atau cukup dengan apa dah kita buat.
“Tapi kita mesti buat lebih lagi kerana masih ada banyak perkara kita boleh lakukan dan banyak lagi benda kita tak buat”katanya yang mengajak orang ramai mendampingi Al-Quran kerana Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran.
https://www.tiktok.com/@sharifahkhasif_official/video/7065965976407313690?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI