Tragedi bot terbalik, sungguh menyayat hati 49 pelajar madrasah ditemui lemas. Kejadian yang berlaku di Pakistan ini dikatakan berpunca daripada bot terbalik kerana terlebih muatan.
Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Islamabad.
Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam.
Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan.
Sungguh Menyayat Hati
“Air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat.
Ads
“Tetapi hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan mayat mangsa lain,” katanya.
Jurucakap polis, Fazal Naeem mengeluarkan angka kematian membabitkan 51 orang selepas tamat misi menyelamat semalam, selain turut mengesahkan punca kemalangan itu.
“Bot itu terlebih muatan sedangkan kapasitinya cuma 20 hingga 25 orang saja.
“Lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru,” katanya kepada AFP.
49 Pelajar Madrasah
Sementara itu, mangsa terselamat, Muhammad Mustafa, 11, berkata, nasibnya baik kerana tersangkut di bawah bot selepas kemalangan.
Ads
“Badan saya kebas kerana airnya sangat sejuk.
“Saya fikir saya akan mati apabila seorang lelaki di atas tiub kembung menyelamatkan saya,” katanya.
Ditemui Lemas
Dalam pada itu, Muhammad Umar, yang menjual teh di tapak perkelahan yang menghadap ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu berkata, puluhan ibu bapa dan saudara-mara berkumpul sejak beberapa hari lalu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mangsa.
“Setiap kali mayat ditemukan di tempat kejadian, mereka akan pergi ke arah penyelam untuk melihat sama ada itu anak mereka dan waktu itulah kami akan mendengar mereka menjerit dan keperitan kehilangan insan tersayang.
“Seumur hidup, saya tidak pernah menyaksikan perkara ini dan ia tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ads
Tasik Tanda Dam terletak kira-kira lima kilometer dari madrasah berkenaan iaitu sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti ramai yang merindui kesedapan biskut coklat popular Chocolate Chip Famous Amos yang sering dijual di kiosk pusat beli belah.
Tetapi dek kerana PKP kita tidak dapat membelinya. Namun sebenarnya anda masih boleh membuatnya sendiri dan resipi dikongsi Mas Cotek ini sama sedapnya dengan rasa sebenar biskut jenama popular ini.
Dengan air tangan yang dihasilkan ini, pastinya dapat menambat hati suami sepanjang berada di rumah mengisi masa lapang. Barulah akan menambah kasih sayang satu sama lain.
Famous Amos utk kanak² riang…opah layan ragam cucu sehari dua ni..
“15 tahun mandi wajib tak sempurna.” Diri dalam hadas besar, buat ibadah jadi tak sah. Tak dapat bayangkan jika keadaan ini berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa kita sedar ibadat yang dilakukan tak diterima.
Baru-baru ini saya ada terima soalan dalam inbox berkaitan mandi wajib. Ada yang bertanya bagaimana jika ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala, dan lain-lain.
Kemudian seorang wanita ceritakan bahawa ahli keluarga dia ada yang tidak mandi wajib dengan betul dan sempurna. Rupanya dah 15 tahun begitu, Allahuakbar.
Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul.
Mandi Wajib Tak Sempurna
Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.
Dalam persoalan ini, saya kongsikan dahulu maksud hadas dan pembahagiannya supaya ia lebih mudah difahami.
Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu.
Diri Dalam Hadas Besar
Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar.
Hadas kecil:
Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhuk atau bertayammum (jika tiada air).
Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah:
1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
2. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.
3. Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya.
4. Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Hadas besar:
Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.
Sebab-sebab berlakunya hadas besar adalah:
1. Junub.
Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.
a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
الْمَاءُ مِن الْمَاءِ
Maksudnya: “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).”
(HR Muslim, hadis sahih)
b) Bersetubuh.
Rasulullah SAW bersabda:
إذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِل
Maksudnya: “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.”
(HR Muslim, hadis sahih)
c) Mimpi (Ihtilam)
Seorang lelaki mahupun perempuan mengalami mimpi basah atau keluar air mani.
Terdapat 3 ciri bila seseorang itu bermimpi:
1. Keluarnya air disertai rasa nikmat dan syahwat
2. Keluar kerana tadaffuq (aroma seperti adunan roti saat masih basah)
3. Putih telur bila sudah kering
2. Terhenti darah haid.
Firman Allah SWT:
وَيَسْأَلُونَك عَنْ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,”
(Surah al-Baqarah 2: 222)
Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada 2 perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:
1. Niat.
2. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
Dalam kitab tersebut beliau menuliskan:
فُرُوضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ
Maksudnya: “Fardhu atau rukun mandi ada dua, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.”
CARA MANDI WAJIB
Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi dalam kitabnya Kasyifatus Saja menerangkan tatacara melaksanakan kedua rukun tersebut.
1. Niat mandi wajib berlaku sewaktu siraman air yang pertama jatuh ke anggota badan.
Niat Mandi Wajib
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ مِنَ اْلِجنَابَةِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardhu kerana Allah Ta’ala.”
2. Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.
Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.
Jadi Tak Sah
ADAB MANDI WAJIB
Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:
1. Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak 3 kali.
2. Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.
3. Berwudhuk.
4. Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.
5. Ratakan air ke bahagian badan sebelah kanan 3 kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri 3 kali.
6. Gosokkan bahagian depan dan belakang badan 3 kali.
7. Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.
Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.
Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima Allah SWT.
Rujukan:
1. Kitab Safinah Najah, karangan Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami.
2. Kitab Kasyifatus Saja, karangan Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi.
3. Kitab Fiqhul Manhaji, karangan Dr Mustafa Al-Khin & Dr Mustafa Al-Bugha ‘Ali Asy-Syarbaji
Sering kita mendengar satu hadis yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina”.
Maksudnya selagi kita berkemampuan dan tidak kira di mana berada, teruskan mencari dan menambah ilmu di dada. Namun dalam kita mencari ilmu itu perlu ada tahu adab-adabnya.
Salah satunya adalah dengan menghormati guru yang memberikan kita ilmu berguna ini. Jangan sesekali kita menceritakan perkara tidak elok guru ini kerana perbuatan ini sangat tidak mulia. Malah tiada keberkatan yang akan kita perolehi dalam menuntut ilmu ini.
Seperti perkongsian di laman sosial milik Bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafiz Rosdi yang menceritakan kisah berlaku di zaman Syeikh Qadir al-Jalani di mana ada insan lain telah memfitnahnya.
Semoga kisah diceritakan ini memberi teladan yang baik untuk kita semua. Perlu diingat, walau besar mana darjat dan kedudukan kita, jangan sesekali menghina guru sebalknya muliakan mereka selayaknya.
Satu kisah berlaku di zaman Syeikh Qadir al-Jailani, ada seorang yang busuk hati nya ingin memfitnah Syeikh Abdul Qadir, lalu ia mencari jalan untuk memfitnahnya, maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qadir dan mengintipnya, kebetulan ketika ia mengintip Syeikh Abdul Qadir.. ia melihat Syeikh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syeikh Abdul Qadir suka makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain … ia akan makan separuh sahaja. Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada murid nya,maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syeikh Abdul Qadir tadi
*Pakcik ada anak namanya ini???..* *Jawapan si bapa: ya ada …* *Anak pak cik belajar dengan Syeikh Abdul Qadir???..* *Jawab si bapa: ya.* *Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja …* *Syeikh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..* *Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syeikh Abdul Qadir.. wahai tuan syeikh, saya menghantar anak saya kepada tuan syeikh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.. saya hantar kepada tuan syeikh, supaya anak saya jadi alim ulama’*
*Syeikh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja. kalau begitu ambillah anakmu. maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.. ketika keluar dari rumah syeikh menuju jalan pulang bapa tadi tanya pada anaknya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.. ternyata kesemua soalannya dijawab dengan betul..maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syeikh Abdul Qadir..wahai tuan syeikh, terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula.. tuan didik lah anak saya.. ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan bukan juga diperlakukan seperti kucing.. ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu.. maka jawab tuan Syeikh Abdul Qadir… bukan aku tidak mahu menerimanya kembali.. tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU. ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. “Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU. maka anak yang menjadi mangsa” dan bagaimana pula kalau diri sendiri yang tidak beradab?
Maka tiadalah keberkatan dalam menuntut ilmu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...