Tanpa belas kasihan, tentera Zionis terus menyerang Gaza selepas melakukan pencerobohan di Masjid Al-Aqsa beberapa hari lalu.
Disaat umat Islam menghampiri penghujung Ramadhan, bumi Islam Palestin terus menjadi mangsa kerakusan manusia. Dalam serangan di malam hari, ratsuan roket dibedil ke arah orang awam di Gaza.
Aqsa Sharif, sebuah badan Ngo melaporkan dalam serangan alam berdarah di Gaza, angkat korban serangan udara zionis mencapai 20 orang di mana 9 daripadanya adalah kanak-kanak.Hasbunallah wa nikmal wakil.
Malah dari satu perkongsian video imam Gaza yang membacakan doa qunut khusus untuk warga Gaza ini cukup meruntun jiwa bagi kita sesama Muslim. Berikut adalah doa dibacakan oleh Imam dan dapat dilihat di sebalik serangan ini, warga Palestin terus memenuhi ruang solat Subuh dan mengaminkan doa-doa di baca imam ini.
Berikut adalah terjemahan doa dibaca:-
Ya Allah, kamu melihat apa yang berlaku pada kami di Gaza Wahai yang memiliki Kemuliaan dan Kebanggaan Wahai yang memiliki Kekuatan dan Kebanggaan Ya Allah, tabahkanlah penduduk Gaza Ya Allah mudahkan penduduk Gaza Ya Allah ceriakan penduduk Gaza Ya Allah bantuilah penduduk Gaza Ya Allah sembuhkanlah kecederaan mereka Ya Allah sembuhkan sakit mereka Ya Allah terimalah syahid mereka Ya Allah rahmatilah jenazah-jenazah mereka Ya Allah sembuhilah luka-luka mereka Dan kurangkanlah sakit-sakit mereka Ya Allah berikalah kemenangan kepada umat islam secepatnya Ya Allah menangkanlah kami dan seluruh umat islam di seluruh tempat Ya Allah bantulah dan muliakanlah kaum muslimin Dan lenyaplah kesyirikan dan orang-orang yang musyrik Dan hancurkanlah musuh-musuh agama islam Wahai Tuhan sekalian alam Maha Suci Tuhan, Maha Suci Tuhan Kau Melihat orang-orang zalim, Kau lemahkan mereka Sehingga mereka sangka KAIU telah tinggalkan mereka Dan Kau lindungilah orang-orang yang soleh Sehingga musuh-musuh menyerah kalah Apabila mereka telah menyerah kalah Kau bantuilah orang-orang beriman Ya Allah, Kau tahu kecederaan umat islam amat parah Kesakitan mereka parah Di setiap tempat Pada setiap masa Ya Allah bantuilah kami mengalahkan musuh-musuh kami Ya Allah Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami Ya Allah
Marilah kita bersama-sama berdoa agar warga Gaza terselamat dari ancaman musuh.
Ads
Masa yang sama, kita boleh membaca doa Qunut Nazilah agar saudara-saudara seIslam kita di tanah Palestin terus dilindungi.
.
.
.
Bagaimana cara baca Qunut Nazilah:-
Ads
1. Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (bacaan solat yang dibaca secara perlahan) seperti Solat Zohor dan Asar atau solat al-jahriyyah (bacaan solat yang dibaca secara kuat) seperti solat Subuh, Maghrib dan Isya’.
2. Qunut Nazilah disyariatkan di dalam solat-solat fardu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
3. Boleh dibaca di dalam solat fardu secara berjemaah mahupun di dalam solat bersendirian. Jika dibaca dalam solat berjemaah, imam perlu membacanya dengan suara yang kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara bersendirian, maka ia perlu dibaca secara perlahan.
4. Dibaca pada rakaat yang terakhir, semasa I’tidal, selepas bangun dari rukuk.
Ads
5. Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan kesatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing-Mu ke atas mereka, Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan al-Quran, Wahai Tuhan yang mengarahkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka. Allahumma amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malang tidak berbau apabila pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, 39 tahun terbabit dalam kemalangan kecil membabitkan basikal yang berlaku di tempat letak kereta di Sri Pentas semalam.
Dia yang sebelum itu mengacarakan program malaysia Hari Ini mengalami kecederaan di bibir selamat menjalani prosedur rawatan di sebuah pusat perubatan Damansara, Petaling Jaya.
Dalam perkongsian di laman Instagram Fedtri Yahya melalui isterinya, Nurul Anati Ismail, 35 tahun, memberitahu hal ini menerusi Instagram dan memohon orang ramai mendoakan kesembuahan suaminya itu.
aniisah_rasyidah Syafakallah cik man.. Bykkan rehat dan limitkan waktu supaya tdk menjejakkan kesihatan.. Kesihatan lbh berharga bt masa ne… Nanti nk sumbang lagi byk pd masyarakat ya… Khusus pd anak muda…
aliasafuraa Semoga cepatt sembuh cikman sakit2 pon sempat lgi melawak
cik_ili Kerja kuat sangat cik man ni. Rehatlah secukupnya ye. Semoga cepat sembuh cik man
mma_angsanaqaseh Semoga Allah swt mengurniakan mukjizat kesembuhan buat cikman dan tidak meninggalkan apa2 kesakitan melainkan hanya kesihatan yg baik2 sahaja. Rest well cikman.
‘Niat pewakaf derma untuk bina masjid, NGO wajib salur wang ikut akad.’ Haram agih saluran kebajikan lain. Melainkan memang sedari awal jelas akad sedekah atau derma tersebut.
Ramai antara kita pemurah dan suka menderma, namun begitu sebelum memberi sedekah kita perlu jelas dengan ‘akadnya’ kerana haram kalau niat sedekah untuk bina masjid akhirnya disedekah untuk membuat perigi.
Begitulah juga sebaliknya. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Aqil dan hadam baik-baik penjelasannya.
Iklan Jelas, Tetapi Akad Tidak Jelas
Saya terima pertanyaan seorang rakan tentang hasrat beliau untuk menderma wang sebagai wakaf pembinaan masjid di salah sebuah negara di Afrika. Iklan secara jelas menunjukkan wang yang didermakan untuk pembinaan masjid.
Namun bila merujuk borang yang disediakan, iaitu pada bahagian pengesahan dan akuan penderma lebih bersifat umum tanpa dispesifikkan pada pembinaan masjid.
Apa yang merisaukan beliau duit wakaf yang beliau salurkan tidak sampai kepada pembinaan masjid kerana berdasarkan akuan penderma membenarkan wang derma itu disalurkan di mana-mana saluran kebajikan selain pembinaan masjid.
NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad
Soalannya adakah ini menyalahi hukum syarak?
Jawapan saya, segala pengkhususan wang wakaf atau sedekah di saluran tertentu seperti mana yang diniatkan oleh pewakaf/penderma, maka pihak wakil, iaitu NGO yang bertanggungjawab WAJIB menyalurkan pengkhususan derma/wakaf itu berdasarkan niat si pewakaf/penderma.
Sebagai contoh niat pewakaf menderma untuk pembinaan masjid, maka wakil WAJIB salur wang derma itu pada pembinaan masjid dan HARAM diagihkan pada saluran kebajikan yang lain. Niat pewakaf itu dinilai melalui akad si pewakaf/penderma.
HARAM Agih
Merujuk kepada lafaz pengesahan dan akuan yang disediakan di dalam borang, kalau ikut hukum pihak NGO berhak menyalurkan derma itu di mana-mana saluran kebajikan di Afrika.
Ini kerana lafaz akuan tersebut seolah pihak penderma bersetuju agar wang itu tidak semestinya disalurkan pada pembinaan masjid, iaitu ia boleh disalurkan selain daripada itu.
Beliau bertanya lagi, adakah ini dikira sebagai helah pihak NGO? Saya tidak sifatkan ia sebagai helah yang negatif. Apa boleh disangka baik, mengapa akuan/akad penderma itu tidak dispesifikkan pada pembinaan masjid?
Saluran Kebajikan Lain
Berkemungkinan nanti wang kutipan pembinaan masjid telah mencukupi dan melebihi daripada keperluan, maka wang lebihan itu boleh diagihkan pada saluran-saluran kebajikan yang lain. Namun tidak dinafikan bagi saya ia agak mengelirukan penderma.
Akhirnya beliau mengambil keputusan tidak menderma melalui portal NGO ini kerana bimbang niatnya untuk wakaf masjid tidak ditunai. Beliau akan mencari mana-mana NGO yang benar-benar jelas akadnya untuk wakaf masjid.
Apabila kita sudah memberi sepenuh hati kepada insan tersayang dan bersetuju menjadi isterinya sepenuh masa, bererti cinta kita memang untuk si dia.
Sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, pastinya kita mahu perkahwinan yang dibina ini akan kekal hingga ke jannah. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan jua yang menentukan.
Dan jika sudah tiada kesefahaman, jalan terbaik adalah dengan berpisah. Memang berat untuk mengucapkan kata perpisahan, namun siapalah kita untuk menghalang takdirNya.
Namun begitu, perceraian bukanlah penamat segala-galanya. Mungkin dengan perpisahan ini akan membuatkan kita menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Seperti perkongsian wanita ini Sara Amelia di laman sosial twitter memberitahu pengajaran yang diperoleh selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang apa yang terjadi pada dirinya terutama rakan-rakan baru.
Memang katanya tidak ada yang mahu masuk ke alam perkahwinan untuk bercerai. Namun dia tidak bernasib baik dan terpaksa berpisah dengan bekas suami.
Dia juga turut berkongi tentang pengajaran yang telah diambil sepanjang usia perkahwinan sebelum itu.
Banyak pelajaran yang dipelajari dari perkahwinan yang singkat ini.
1. Luangkan masa KUALITI bersama, masa di mana anda boleh bercakap tentang apa-apa dan segala-galanya tanpa sebarang gangguan. Tiada telefon, tiada permainan, dsb.
2. Apabila anda berhujah walaupun mengenai perkara-perkara kecil, cubalah untuk berkomunikasi. Ia mungkin kelihatan kecil pada mulanya, tetapi apabila ianya terkumpul – salah seorang daripada anda akan meletup. Dalam kes saya, saya yang meletup.
3. Ya, kerja adalah penting. Sekali lagi, habiskan masa apabila anda boleh. Kami berdua bekerja berlainan shif. Dan ketika bersama di rumah, kami lebih banyak meluangkan masa bersendiri.
Walau apa yang terjadi, dia tidak sesekali menyalahkan bekas suami apa yang terjadi. Semuanya berlaku disebabkan kurangnya komunikasi antara mereka.
Dia akan bermain DOTA, dan saya akan menonton Netflix di bilik tidur. Jadi anda lihat, saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya. Itu adalah kerana kekurangan komunikasi kami.
Sebab itu kena sentiasa berkomunikasi. Berkongsi cerita, berkongsi ketakutan, perkara kecil. Semuanya. Dengar apabila pasangan anda bercakap. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi percayalah, ia lebih sukar daripada yang kita harapkan. Apabila cinta anda menjadi tanggungjawab, ia menjadi beban. Jadi, carilah kegembiraan dalam berkomunikasi.
Tambahnya lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 dan lima tahun menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Majlid perkahwinan yang sangat meriah dan dihadiri teman-teman disukai. Tetapi takdir menentukan mereka terpaksa berpisah dua tahun selepas itu dan secara rasmi pada tahun 2019 lalu.
Saya telah bersama orang yang sama sejak tahun 2010, ketika kami pertama kali menjalinkan hubungan selama 5 tahun. Telah berkahwin pada tahun 2015 pada majlis perkahwinan yang indah yang dihadiri oleh orang-orang yang saya sukai. Tetapi sayangnya, kami berpisah pada 2017, dan secara rasminya pada 2019. Jadi itu cerita saya.
Dia juga beruntung kepada keluarga terutama ayah tahu mengenai keputusan yang dibuat. Walaupun tidak mudah untuk mereka menerima apa keputusan yang dilakukannya selepas itu.
Dan saya tahu ia lebih baik apabila ayah saya mengetahui tentang keputusan saya. Saya tahu ia tidak mudah untuk keluarga saya, saya teringat bagaimana ibu saya menjerit kepada saya apabila saya memberitahu dia saya ingin mendapatkan perceraian. Akhirnya, dia tahu ia adalah lebih baik.
Tidak lupa kepada orang-orang yang sentiasa ada dengan saya. Adik-beradik terutamanya, tiada siapa terfikir bahawa tragedi itu menjadikan ikatan kami jauh lebih kuat daripada sebelumnya. Kami benar-benar terbuka untuk berkongsi apa-apa sekarang.
Mungkin anda juga boleh belajar sesuatu dari kesilapan saya. Sekiranya saya diberikan peluang kedua, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berada bersama suami saya. Masak dan semuanya, bukan kerana saya isteri. Tetapi kerana saya mahu memberi yang terbaik.
Komitmen untuk perkahwinan bukan main-main. Seperti apa yang selalu saya katakan kepada kawan-kawan saya, “Yang haram tu lagi best dari halal” Contoh: Kau rasa sweet nak basuhkan baju boyfriend, cuba bila kau kena buat hari2.
Jika segalanya tidak selesai selepas menghadapi pelbagai ujian, jangan bimbang. Percayalah, anda akan baik-baik saja. Anda akan dapat bergerak sendiri. Ya, saya telah kehilangan suami tetapi saya masih mempunyai kawan dan keluarga.
Walau bagaimanapun apa yang penting cuba untuk melepaskan sesuatu dengan hati yang reda.
Posting yang dimuat naik di media sosial ini telah mendapat perhatian warganet. Masing-masing memberikan sokongan tidak berbelah bagi padanya. Malah ada yang mendoakan supaya dia akan mendapat jodoh terbaik satu hari nanti.
Dalam setiap hubungan, komunikasi adalah kunci utama
Ayah adalah yang terbaik
Sepanjang itu banyak yang dilalui, dia boleh dianggap sebagai seorang pejuang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...