Tragedi kepala air, jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Suasana pilu menyelebungi pemergian tujuh beranak ini, sementara dua lagi mangsa masih hilang.
Berat mata memandang, berat bahu uang memikul. Tidak dapat bayangkan kehilangan orang tersayang sekelip mata dan dalam jumlah yang ramai.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran buat keluarga ini dan mengampunkan dosa-dosa serta menempatkan mangsa yang terlibat di kalangan orang beriman.
Jenazah tujuh beranak yang terbabit dalam tragedi fenomena kelapa air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, pada Ahad lepas, selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, tengah malam semalam.
Tragedi Kepala Air
Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.
Lima lagi anak pasangan itu yang disemadikan bersama ialah, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Ads
Jenazah Tujuh Beranak
Sebelum itu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.
Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.
Selamat Dikebumikan
Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.
Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.
Ads
Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.
Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.
Kashoorga: Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Bagi yang kehilangan ahli keluarga khususnya bagi yang belum berpeluang mengerjakan ibadah haji akan berusaha melakukan haji badal untuk si mati. Malah di media sosial kita dapat melihat ada “ustaz-ustaz” melakukan promosi pada harga serendah RM1500 dan akan memberikan kita sijil bahawa badal haji telah dilaksanakan.
Namun penipuan saban tahun ini membuatkan ramai pihak terpedaya kerana kenyataan dari Tabung Haji sendiri, kos RM2500 seorang belum mencukupi kerana kos permit dan perbelanjaan lain yang perlu ditanggung penduduk tempatan Arab Saudi bagi menunaikan ibadat haji adalah jauh lebih tinggi.
Malah dalam memastikan isu ini tidak berterusan, pihak LembagaTabung Haji menasihatkan oang ramai lebih berhati-hati dengan tawaran badal haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu.
TH dalam kenyataan media, berkata pelaksanaan Rukun Islam kelima ini memerlukan setiap jemaah dari luar Arab Saudi mendapatkan visa menunaikan haji manakala penduduk tempatan perlu memohon permit terlebih dahulu.
Sehingga kini katanya, kerajaan Arab Saudi masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan ibadat haji tahun ini.
"TH amat bimbang dengan kes penipuan badal haji yang berlaku setiap tahun.
"Orang ramai diminta memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan dari segi ilmu untuk melaksanakan badal haji dengan sempurna.
"Selain itu, tawaran badal haji pada kadar bawah RM2,500 seorang adalah tidak munasabah kerana kos permit dan perbelanjaan lain yang perlu ditanggung penduduk tempatan Arab Saudi bagi menunaikan ibadat haji adalah jauh lebih tinggi," katanya.
Menurut kenyataan itu, TH dan anak syarikatnya tidak pernah terbabit dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji (sumber Berita Harian)
Hal ini turut menarik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut berkongsi isu ini di fbnya.
Dalam kenyataannya, dirinya mengambil kesempatan untuk berpesan kepada semua umat Islam untuk berhati-hati untuk mengelakkan penipuan.
Buat masa ini, Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji masih menunggu kenyataan daripada Kerajaan Arab Saudi berkenaan kebenaran menunaikan haji dan kuota yang diberikan sekiranya ada.
Semoga kita terus terus terpedaya dengan sindiket ini yang cuba berselindung di sebalik agama dan harga murah ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika mahu berkat sebuah perkahwinan, nikahilah dia kerana agamanya. Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat yang memerlukan keserasian dan persefahaman.
Keberkatan dalam sesebuah perkahwinan juga bergantung kepada tahap agama masing-masing.
Berkahwin bukan sekadar memenuhi tuntutan fitrah semata-mata tetapi lebih daripada itu. Apatahlagi buat pasangan yang mendirikan masjid dalam usia yang masih muda.
Gambar selepas majlis walimah kami 3 tahun lepas. Saya buka kopiah & serban sebagai tanda ikatan serban ini tiada jaminannya untuk mengikat hubungan cinta hingga Syurga, tetapi ikatan iman & taqwa dalam simpulan cinta sahajalah yang mampu jadi asbab senyuman bahagia kami saling bersua di Jannatul Firdausi al-A’laa.
Mengambil tanggungjawab seorang suami ketika masih umur belasan tahun bukan perkara yang boleh buat main. Siapa sangka, beberapa tahun selepas itu dikurniakan anak pertama yang bernama Aisya Humaira.
Di sini, saya ingin kongsikan sekelonet pengalaman dengan sahabat-sahabat yang ada niat ingin menghalalkan cintanya dengan seorang perempuan yang dia cinta sepenuh jiwa.
BUKAN KERANA CINTA SEMATA
Sahabat, janganlah nikah hanya berdalilkan cinta sahaja. Kerana rasa cinta boleh jadi sifar bila-bila masa sahaja. Ingat, syaitan tidak pernah berputus asa untuk musnahkan kita!
Sebelum nikah, dia akan pastikan sepasang kekasih berakhir dengan zina, manakala selepas nikah dia akan pastikan pasangan bercerai-berai. Itu misi mereka.
Antara belitan Syaitan yang dilaknat itu ialah dia akan membuatkan kita benci dengan isteri yang sudah dinikahi. Dia akan membuatkan kita rasa kehadirannya satu beban, harta kita mula kurang. Kita akan mula rasa keturunannya tidak baik, ataupun mungkin dia tidak mampu lahirkan keturunan anak cucu buat kita. Juga syaitan akan membuatkan matamu melihat wanita lain lebih cantik dan indah daripada isterimu itu.
PILIHLAH KERANA AGAMA
Jadi sebab itulah kata-kata Nabi yang mulia ini perlulah kita jadikan pedoman,
Dinikahi wanita kerana empat perkara.
Harta. Keturunan. Cantik.
Sahabat, jangan pilih salah satu antara tiga itu. Tetapi pilihlah yang keempat. Iaitu…
AGAMA.
Oleh itu, jangan nikah semata kerana cinta membuta asbabmu semata. Nikahilah kerana taqwa. . Kerana taqwalah yang akan membuatkan anak matamu hanya melihat wanita itu menjadi bidadari dunia dan Syurgamu. Cantik, sangat cantik. Juga, kamu akan redha dengan taqdir keturunnya denganmu. Biar tiada harta dan tidak kaya, kerana kalian ingin bina istana bahagia di Syurga, tidak terpedaya dengan dunia yang sementara.
Manusia itu sering merencanakan kehidupannya. Banyak yang selalu difikirkan, mahu hidup bahagia dengan pasangan hingga akhir hayat, mahu bahagiakan diri pasangan dengan kejutan-kejutan di hari istimewanya, mahu membesarkana anak zuriat penyambung kasih sayang serta berbagai lagi. Namun sekuat mana kita berimaginasi, takdir Allah sudah tertulis khususnya dalam soal urusan jodoh pertemuan serta kematian.
Pasti kisah dikongsikan oleh Baskoro Wicaksono Marto di akaun Tik Toknya mengundang sebak di hati. Amat jarang menjumpai lelaki yang sanggup bersama pasangan saat diuji dengan kesihatan yang teruk dan kekal setia hingga ke akhir hayat.
Dari perkongsiannya, dirinya berkongsi momen-momen bahagia apabila mengenali pasangannya, Anggun dan mereka melawati hari bahagia bersama. Namun saat pasangannya diuji dengan kesihatan yang serius Systemic Lupus Erythematosus (SLE) hingga doktor menjangkakan hayatnya tidak lama, Baskoro mengambil keputusan untuk menikahi pasangannya dan menghalalkan hubungan itu.
Jika ramai memilih masjid atau dewan indah melafazkan akad nikah tapi pasangan ini bernikah di wad sahaja dengan dihadiri oleh beberapa ahli keluarga. Selepas akad nikah, Baskoro mencium dahinya pasangannya.
Bahkan jelas dalam rasa sebak Anggun menangis dengan kesetiaan ditunjukkan oleh pasangan yang sah bergelar suaminya. Ternyata jodoh mereka tidak lama kerana Anggun dikhabarkan meninggal dunia beberapa hari selepas berlaku pendarahan pada bahagian perutnya.
Selepas isterinya selamat dikebumikan, Baskoro menulis “sampai jumpa di keabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah kamu tiada di bumi” yang mengundang rasa sebak. Catatnya lagi, dalam melewati hari-hari sendirinya, biarlah masa berjalan perlahan, aku masih dalam keadaan jauh cinta ketika dia pergi,” ungkapnya.
Besarnya kasih sayang yang dibina pasangan ini, sanggup bersedia walau menyedari masa tidak lama bersama di dunia.
Ya, tidak ramai lelaki yang bersedia menghadapi situasi sebegini namun wujud insan-insan berhati mulia. Jika ditakdirkan dirinya tidak berkahwin dan mereka bersama-sama masuk syurga, ya di syurgalah tempat mereka bertemu kelak.
Ini bersesuaian dengan hadith Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:
Maksudnya: Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka (Surah al-Ra’d: 23)
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...