
Jika sebelum ini ahli keluarga serta orang ramai mengharapkan keajaiban terjadi di mana krew KRI Nanggala 402 ditemui hidup tetapi nampaknya ia berakhir dengan air mata. Ini kerana kesemua 53 orang krew kapal selam disahkan meningggal dunia di dasar laut.
Hal ini disahkan oleh Panglima Tentera Nasionak Indonesia, Hadi Tjahjanto yang mengesahkan kejadian ini dalam sidang media petang tadi.
“Dengan kesedihan yang mendalam,selaku Panglima TNI saya mengatakan 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah gugur. Malah beberapa barang bukti dari rakaman video mengesahkan ia milik anak kapal ini termasuk baju keselamatan.
“Semoga kami dapat meneruskan perjuangan wira-wira ini sebagai perajurit tentera terbaik Indonesia,” sambungnya.
Kapal selam KRI Nanggala -402 ini mulai dikesan hilang pada pagi Rabu jam 3.46 minit pagi kerana mereka sepatutnya menjalani latihan ketenteraan tetapi tiada respon dari anak kapal. Ramai menduga ia terputus bekalan eletrik dan apa yang menakutkan bekalan elektrik hanya mampu bertahan 72 jam sahaja sehingga semalam. Namun Allah lebih sayang kerana kesemuanya pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini disaat sedang mempertahankan negara tercinta, Indonesia.
Kapal hanya mampu pergi kedalaman 250-500 meter sahaja tapi…

Mengikut spefikasi kapal selam buatan Jerman ini, ia hanya mampu pergi ke dalaman 250 ke 500 meter sahaja namun saat badan kapal selam ini ditemui, ia berada pada kedalaman 850 meter. Hal ini mengakibatkan tekanan demi tekanan lautan di dasar laut membawa kepada keretakan besar pada badan kapal ini. Tak hairan dalam usaha mencari banyak barangan ditemui termasuk pelancar terpedo termasuk sejadah dan barang lain.
Apa pun, sama-sama kita bacakan Al Fatihah buat kesemua perajurit yang terkorban ini. Moga Allah merahmati mereka dunia dan akhirat.
Sumber : Kompas.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Ujian Kaya Itu Mencabar.’ Isteri Kena Bersyukur, Kalau Allah Belum Bagi Suami Kaya

Isi Kandungan
Toggle‘Ujian kaya itu mencabar.’ Isteri kena bersyukur, kalau Allah belum bagi suami kaya-raya atau bergelar jutawan. Bimbang bila terlalu kaya banyak mata-mata memerhati.
Tidak dinafikan semua orang, inginkan suami dimurahkan rezeki, banyak duit agar kehidupan lebih terjamin. Namun begitu, bukan hanya kesenangan saja yang kita dapat tapi diiringi dengan pelbagai ujian yang tak kita sangka.
Benarlah kata orang, wanita diuji ketika suaminya susah. Manakala lelaki diuji ketika senang. Ikuti perkongsian Amalina Nudin ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Artikel Berkaitan:
Kriteria Calon Suami, Bukan Sekadar ‘Tak handsome Tak Apa Janji Kaya’
Ujian Kaya Itu Mencabar
Bersyukurlah, Allah tak atau belum bagi suami kita kaya raya jadi jutawan…Kerana Dia mungkin ingin menjaga kita hati dari tersakiti lebih dari tertusuk duri. Allah tahu kita tak mampu hadapi. Atau belum mampu.
Diberi suami baik. Dan diberi suami yang menyayangi. Malah, diberi suami yang gigih mencari rezeki seringgit dua, untuk membahagiakan isteri dan keluarga, ada yang sampai tak fikir untuk diri. Sibuk mencari sesuap nasi, sehingga tak sempat melihat yang lain lagi.
Biar tak hensem dan tak kaya mana,
Asal hensem iman, kaya tanggungjawab dan jutawan penuh empati…kaya dengan telinga yang mendengar, memberi bahu untuk menenangkan perasaan.
Isteri Kena Bersyukur
Andai Allah nak kayakan suami kita nanti, biarlah ketika itu dia juga diberi kecukupan iman, juga diberikan mata yang pandai menundukkan pandangan, diberi hati yang pandai mengenang dan menghargai, siapa yang pernah berada di sini, ketika dia tiada apa-apa pada awalnya…
Bak kata Hafiz Mahamad,
Saya menumpang rezeki isteri.
Oleh itu, saya akan berbelanja lebih, supaya duit saya tak banyak… biar gaji isteri lebih banyak, supaya saya tak berani buat apa-apa yang pelik… saya hanya menumpang rezeki isteri…
“Saya tunjuk ini dan itu, tunjuk sayang isteri saya, supaya ramai boleh tegur saya, kejutkan saya, kalau saya tercicir jalan atau buat macam-macam yang boleh sakiti hati isteri saya!” Katanya.
Isteri teruji apabila suami tiada apa. Suami teruji apabila dia ada segala.
Ada orang diuji dengan susah agar dia bersabar. Kemudian, ada orang diuji dengan senang agar dia pandai bersyukur.
Ada orang, dia menang di keduanya dan ada orang, dia kalah sekalahnya.
***
Kalau Allah Belum
Saya pernah jumpa jutawan beriman.
Nikmat dunia lain dia pernah rasa, Allah tarik awal nikmat dunia baginya… nak pergi mana dapat, pergi Mekah dua tiga hari balik pergi pula… nak makan apa dah semua rasa. Wagyu dah puas dah.
Dia jumpa kepuasan lain pula. Bagi sedekah pada masjid. Beli kereta untuk kegunaan jemaah Islam.
Turun padang untuk bantuan banjir. Bantu sini sana ketika bencana. Itulah kemanisan buatnya.
Bagi Suami Kaya
Semoga Malaysia dipenuhi dengan lelaki kaya yang beriman, jutawan dunia akhirat.
Rijal Yang Qawwam.

Yang pandai jaga hubungan dengan Allah, keluarga (lebih-lebih lagi isteri) dan manusia lain.
Lelaki baik itu ramai, cuma sebab tidak kontroversi, maka mereka tidak viral, duduk sibuk bantu isteri basuh pinggan dan jemur kainBaca Di Sini
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami.’ Jurang Usia 21 Tahun Bukan Penghalang
Kashoorga: Semoga setiap daripada kita dikurniakan suami yang kaya lagi beriman.
Sumber : Dr Amalina Nudin
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Stok Pati Kurma, Campur Susu Terus Minum Untuk Sahur. Kekal Bertenaga Hingga Waktu Berbuka!

Tidak dinafikan kurma memang sangat baik untuk membekalkan tenaga berpanjangan terutamanya di bulan puasa.
Jadi tidak hairanlah banyak jenama susu campuran kurma yang dijual di pasaran untuk memenuhi keperluan pengguna.
Namun sebenarnya untuk lebih berjimat di bulan puasa ini, kita boleh membuatnya sendiri di rumah menggunakan kurma sedia ada.
Malah ia juga boleh dibuat stok dan simpan untuk kegunaan bersahur. Apa yang penting mengamalkan konsep jimat, selamat dan halal diminum.
Ikuti perkongsian wanita ini Puan Nadiah Latfi di laman sosial Facebook cara membuat stok parti kurma yang senang.
Stock pati kurma utk sahur. Campur dgn susu & ready utk minum. Minum ni je pon dah cukup utk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus . Selamat berpuasa semua.
1) buang biji & basuh kurma
2) stim 20min
3) blend sampai hancur

4) simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
5) campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yg sedap di tekak masing2). Ready utk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.
~~feel free to share
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ubah Kebiasaan Pakai Jam Di Tangan Kiri Tukar Ke Tangan Kanan, Ini Kebaikannya Yang Patut Kita Tahu

Isi Kandungan
ToggleUntuk perkara yang baik-baik, hendaklah mendahulukan bahagian anggota tubuh yang kanan.
Berbeza ketika melepaskan sesuatu atau memulai sesuatu yang jelek, maka hendaknya dimulai dari yang kiri. Inilah di antara adab yang diajar dalam agama Islam.
Kanan menunjukkan makna yang baik. Rasulullah SAW mengutamakan dan menyukai memulakan yang kanan sebelum yang kiri, dalam ke semua urusan Baginda, baik dalam bersedekah, bersuci, berwuduk, memakai pakaian, menyikat rambut, termasuk ketika mengambil dan memberi sesuatu, serta sewaktu makan dan minum.
Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suka memulai dari sebelah kanan saat mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci, dan dalam seluruh aktiviti beliau.” (HR. Al-Bukhari no. 5926 & Muslim no. 268)
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيَمِينِ وَإِذَا نَزَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ لِيَكُنْ الْيُمْنَى أَوَّلَهُمَا تُنْعَلُ وَآخِرَهُمَا تُنْزَعُ
“Apabila salah seorang dari kalian memakai sandal, hendaknya memulai dengan yang kanan, dan apabila dia melepas hendaknya mulai dengan yang kiri. Hendaknya yang kanan pertama kali mengenakan sandal dan yang terakhir melepasnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5856 & Muslim no. 2097)
Seperti perkongsian Syarif Ad-Deen mengapa perlu mengutamakan memulakan sesuatu perkara dengan anggota yang kanan berbanding kiri.
Jam tangan, pakai di sebelah tangan kanan, kata seorang ustazah kepada aku tanpa sebarang penjelasan bagi ketegasan tersebut. Jadi dengan rasa hormat aku kepada Guru, aku pun tukarlah jam tangan aku daripada tangan kiri ke tangan kanan. So, dari situ aku dah mula terfikir, malah tertanya-tanya pada diri, kenapa ustazah suruh aku pakai jam tangan disebelah kanan, dan salah ke pakai jam tangan di sebelah kiri?
Still tak dapat jawapan.
Pada keesokan harinya aku beranikan diri berjumpa dengan ustazah, kemudian, aku bertanyalah kepada ustazah.
“Ustazah, boleh saya bertanya, kelmarin bila ustazah berjumpa dengan saya, kenapa ustazah suruh saya memakai jam tangan disebelah kanan?”
Jawab ustazah…
“Macam ni Deen, Rasulullah S.A.W suka kita buat apa-apa perkara yang membawa kepada kebaikan dengan memulakan angota disebelah kanan terlebih dahulu, contohnya, memakai kasut didahului dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki kanan, makan dan minum juga dilakukan dengan mengunakan tangan kanan, dan banyak lagi perkara yang sepatutnya dilakukan dengan didahului angota disebelah kanan. Begitu juga dengan memakai jam tangan.
“Saya berikan contoh, kalau sekali kamu gunakan jam yang berada ditangan kanan untuk melihat dan mengetahui waktu solat, disitu pun akan dicatit 1 kebaikan keatas kamu. Cuba kamu bayangkan, kalau dalam sehari kamu melihat jam yang berada ditangan sebelah kanan untuk memastikan waktu solat fardhu kamu terjaga dengan baik, maka, sudah tentu akan lebih banyak kebaikan yang mungkin Allah akan berikan kepada kamu pada hari tersebut. Kerana apa? sebelum kamu melakukan ibadah, kamu mendahulinya dengan melihat waktu solat pada jam yang berada di tangan sebelah kanan kamu tu.
See, nampak simple, tapi ada kebaikan yang tersembunyi disitu, tak rugi dan tak pelik pun mengenakan jam tangan di sebelah kanan, malah ianya lebih menguntungkan” 🙂 innsyaAllah.
Terima kasih ustazah atas perkongsian.
Ini pula jawapan daripada Mufti Wilayah:
Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya. Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri. Riwayat Muslim
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar.
Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata:

‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti.
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama.
Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه وإن شاء في خنصر يساره كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل ; لأنه زينة ، واليمين أشرف
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia. Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
KESIMPULAN
Hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakai jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Kita boleh mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan menjadi lebih baik kerana ia membantu menambah saham pahala di akhirat nanti. Bila kita buat, kita dapat.
Sumber Kredit: FB: Syarif Ad-Deen dan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI