Jika sebelum ini ahli keluarga serta orang ramai mengharapkan keajaiban terjadi di mana krew KRI Nanggala 402 ditemui hidup tetapi nampaknya ia berakhir dengan air mata. Ini kerana kesemua 53 orang krew kapal selam disahkan meningggal dunia di dasar laut.
Hal ini disahkan oleh Panglima Tentera Nasionak Indonesia, Hadi Tjahjanto yang mengesahkan kejadian ini dalam sidang media petang tadi.
“Dengan kesedihan yang mendalam,selaku Panglima TNI saya mengatakan 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah gugur. Malah beberapa barang bukti dari rakaman video mengesahkan ia milik anak kapal ini termasuk baju keselamatan.
“Semoga kami dapat meneruskan perjuangan wira-wira ini sebagai perajurit tentera terbaik Indonesia,” sambungnya.
Kapal selam KRI Nanggala -402 ini mulai dikesan hilang pada pagi Rabu jam 3.46 minit pagi kerana mereka sepatutnya menjalani latihan ketenteraan tetapi tiada respon dari anak kapal. Ramai menduga ia terputus bekalan eletrik dan apa yang menakutkan bekalan elektrik hanya mampu bertahan 72 jam sahaja sehingga semalam. Namun Allah lebih sayang kerana kesemuanya pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini disaat sedang mempertahankan negara tercinta, Indonesia.
Kapal hanya mampu pergi kedalaman 250-500 meter sahaja tapi…
Mengikut spefikasi kapal selam buatan Jerman ini, ia hanya mampu pergi ke dalaman 250 ke 500 meter sahaja namun saat badan kapal selam ini ditemui, ia berada pada kedalaman 850 meter. Hal ini mengakibatkan tekanan demi tekanan lautan di dasar laut membawa kepada keretakan besar pada badan kapal ini. Tak hairan dalam usaha mencari banyak barangan ditemui termasuk pelancar terpedo termasuk sejadah dan barang lain.
Apa pun, sama-sama kita bacakan Al Fatihah buat kesemua perajurit yang terkorban ini. Moga Allah merahmati mereka dunia dan akhirat.
Sumber : Kompas.