Husne Ara Parvin datang berhijrah dari Bangladesh ke tanah asing bersama suaminya, Farid Uddin Ahmed pada tahun 1994. Di tanah asing itu, suaminya jatuh sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sejak itu, setiap jumaat Ara akan menolak kerusi roda Farid Uddin ke masjid agar suaminya itu boleh mengerjakan solat jumaat.

Tragedi Solat Jumaat- Fared Ahmed Maafkan Pembunuh Isteri

Pada hari kejadian, sewaktu si pembunuh masuk ke dalam masjid dan mula menembak ke arah semua mangsa, Ara ada disana bersama suaminya.

Selepas meninggalkan suaminya ditempat solat lelaki, Ara bergerak keluar. Saat tembakan mula dilepaskan, Ara yang mendengar pantas berlari semula ke ruang solat lelaki dalam usaha untuk menyelamatkan sang suami.

Ara meninggal dunia.
Suaminya selamat.

Bakti hingga saat akhir.
Sayang hingga hujung nyawa.

Aku disini terkadang merungut hanya untuk hal-hal kecil yang tak masuk akal, tak layak untuk dipersoal, tak berbaloi untuk digaduh, tak bersebab untuk dirajuk.

Tak sanggup dengan susah yang sikit.
Lelah dengan beban yang tak banyak.

Lupa bersyukur dengan nikmat teman.
Lupa bersabar dengan ujian pasangan.

Ads

Kami lupa Ara.
Kamu mengingatkan.

Berbaloinya sabar walaupun sakit.
Berbaloinya redha walaupun perit.

Terima kasih Ara.

Saya mahu jadi kamu.
Kami mahu jadi kamu.

SUAMI MAAFKAN PEMBUNUH

Meskipun isterinya di bunuh kejam namun Fared Ahmed punya hati yang cukup tulus. Dengan nada yang tenang, Farid Ahmed, suami kepada Husna, memaafkan pengganas yang membunuh ramai umat Islam di Masjid Al Noor termasuk isterinya.

Ads

Tragedi Solat Jumaat- Fared Ahmed Maafkan Pembunuh Isteri

Husna terkorban ketika sibuk membantu wanita dan kanak-kanak menyelamatkan diri dari serangan pengganas di Christchurch, New Zealand itu.

Dalam temubual bersama media Newshub, Farid menegaskan dia tidak membenci penyerang tersebut, sebaliknya menyayanginya.

“Saya rasa dia (penyerang) melalui trauma dalam hidupnya, mungkin tidak ada kasih sayang, saya langsung tidak membencinya,” kata Farid sambil berkata isterinya juga sudah pasti mahu memaafkan pengganas itu.

DITEMBAK KETIKA MENGHAMPIRI PAGAR

Husna antara 50 yang terkorban dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand ketika solat Jumaat, berada dalam dewan wanita dan kanak-kanak.

Ads

Ketika serangan berlaku, Husna sibuk memastikan wanita dan kanak-kanak berjaya dikeluarkan dengan selamat dari masjid.

Tragedi Solat Jumaat- Fared Ahmed Maafkan Pembunuh Isteri

Selepas semua sudah diselamatkan, Husna kembali ke masjid untuk memeriksa keadaan Farid kerana dia menggunakan kerusi roda namun ditembak selepas menghampiri pagar.

“Saya tidak dapat larikan diri, jadi saya sudah bersedia untuk mati. Sebab itu saya rasa tiada sebab untuk saya panik, lebih baik saya tenang dan bersedia,” kata Farid.

“Dia sangat berani, dia berkorban untuk selamatkan orang lain.”

Mesej terakhir Farid kepada semua adalah, jika seseorang melakukan perkara buruk kepada kamu, berbuat baik kepada mereka sebagai balasan.

Sumber kredit: Awani dan Siti Suryani Yaakop

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=fLF5PTR6NMA&t=3s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI