“True Love, Moga Bahagia Till Jannah…” – Sah Jadi Suami Isteri. Netizen Doakan Pengantin Wanita Diuji Kanser Segera Sembuh!

Share

Kata orang cinta tidak mengenal siapa orang itu dan hadirnya tanpa dipaksa. Cinta yang suci lahir dari jiwa yang tulus ikhlas.

Walau bagaimana sekali keadaan pasangan, jika hati sudah suka, apa saja keadaan sanggup diterima.

Artikel Berkaitan: “Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Begitu juga dengan kisah cinta pasangan ini. Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Puan Izyan Izdihar Shaarani memaparkan anak saudaranya yang mampu terlantar di atas di atas katil selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya.

Moga bahagia till jannah.

Rupanya pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Fatihah Aireina menghidap kanser dan masih mencari kekuatan berdepan hari bahagianya yang berlangsung hujung minggu lalu.

Menurut Izyan, anak buah kesayangannya itu beruntung kerana dikelilingi dengan orang-orang yang sangat menyayangi dirinya tanpa berbelah bagi.

Malah mengakui, majlis berlangsung sangat indah dan anak buah dipanggil Nina ini sebagai pengantin paling cantik walaupun sedang berbaring.

Artikel Berkaitan: “Ganjaran Pahala Besar Kahwin Dengan Orang Yang Sakit & Berbahagia Diakhirat Kelak” – Ustaz Riza Kamaruddin

Menerusi posting berkenaan juga juga, Izyan telah membuat satu ucapan buat pengantin lelaki bernama Aiman yang telah sudi menerima serta menyayangi anak saudaranya itu dalam apa jua keadaan.

Dikelilingi insan tersayang.

Dia turut mendoakan anak buahnya itu akan cepat sembuh dan boleh pergi bercuti sambil makan-makan nanti.

Izyan juga turut memohon agar semua rakan-rakan lain dapat mendoakan anak buahnya yang dianggap seorang wanita yang baik dan ceria orangnya.

Congratulations my dear beloved niece Fatihah Aireina


Beautiful wedding, beautiful people, and definitely a beautiful day.
Keep having a great live ahead. Surrounded by all the people who love you. This time, literally surrounded. Awwww .

To aiman,
You are one in a million. Keep loving unconditionally, and welcome to our family.
Semoga nina cepat cepat sembuh. Nanti boleh pergi holiday makan makan sampai gemok.
I love you.

Sorry tak dapat datang. Nanti insyaallah habis PKPB ni cik anne balik sana jumpa you dan semorang k.
Muahhhh!
Kau kan nina, baring pun lawo. Haih.

Dikesempatan ini, saya mohon jasa baik rakan rakan untuk turut sama doakan kesembuhan nina ya. Kami semua sayang nina. She is a good, funny and cheerful girl.
Terima kasih.
(Tak mahu emoji sedih ya. Love love sahaja. )
#cancerfighter
#truelove
#TrueLoveNeverFails

Pengantin paling cantik.

Posting ini juga turut mendapat respon dari warganet. Rata-rata turut mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan kesembuhan gadis ini serta berharap rumah tangga dibina kekal till jannah.

Hany Ishak Nangis aku yan oiii… Barakallah…
Allahuakbar… Semoga Allah merahmati pasangan ini hingga ke syurga. Amin ya Rabbal Alamin.

Cikna Mem Acuk tahniah n smga ank saudra diberi kesembuhan..

Hazlifah Abd Hamid Ya Allah. True love.

Idadin Samad Tahniah. Selamat pengantin baru. Semoga di beri kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin….

As Alya Tahniah…true love Selamat pengantin baru. Semoga di beri kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin….

 Artikel Berkaitan: Alami Sakit Belakang, Kaki Kebas. Bila Check Rupanya Kena Slipped Disc. Gadis Ini Kongsi Pengalaman Menakutkan!

Published by
Siti Zurina Mat Saman