
Malaysia antara negara yang bertuah. Penuh hasil bumi dan belum pernah diuji dengan peperangan dan kebuluran. Walau diuji dengan kelemahan kepimpinan namun rakyat masih saling mampu membantu jika orang yang susah seperti mana berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kempen bendera putih tercetus.
Namun bagi negara-negara lain yang teruji dengan peperangan, kemusnahan harta benda, masalah ekonomi merudum dan sebagainya hingga memaksa rakyat melarikan diri ke negara lain untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Bahkan mereka sedaya mencari kehidupan yang lebih baik walau terdapat banyak sekatan perlu dilalui.
Satu perkongsian video dari pengguna Tik Tok @ezulkifli mengenai tentera yang mengadakan sekatan jalan raya sebelum menyuruh pemandu membuka ruang tangki kenderaan yang sempit mencetuskan air mata.
Ini kerana di ruangan tangki sempit itu, sekumpulan kanak-kanak kecil bersama ibu mereka “diselamatkan”. Amat menyedihkan tubuh anak-anak ini sudah lembik akibat kekurangan oksigen. Andai lebih lewat diselamatkan, barangkali kita akan membaca berita sekumpulan kanak-kanak ini maut.
Ini kerana selepas dikeluarkan dari tangki kenderaan itu, jelas tubuh mereka sudah lembik sebelum ibu-ibu mereka dikeluarkan kemudian bersama beg pakaian mereka.
Tidak pasti kejadian ini berlaku akibat penyeludupan manusia atau penghijrahan ke negara yang lebih baik dan tiada peperangan namun kesemua kanak-kanak ini menangis sebaik berjaya dibawa keluar dalam keadaan tubuh lembik.

Beginilah kehidupan manusia, penuh ujian kehidupan sebelum kita kembali pada Allah yang Maha Esa. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini. Walau sedikit perit kerana keadaan ekonomi tapi sekurangnya siapa yang berusaha masih boleh menikmatinya.
Watch on TikTok
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ibu Tergamam Anak Lelaki ‘Brutal’ Menangis & Kucup Kaki Lepas Akad Nikah. Pesannya Jadi Suami Yang Baik!

Siapa tidak sedih jika anak sulung mahu menamatkan zaman bujang. Pasti berat hati untuk melepaskan walaupun anak lelaki.
Anak yang dijaga sejak lahir hingga besar sudah sampai masa untuk memilih pasangan hidup sendiri.
Namun begitu, kasih sayang seorang iu terhadap anak lelakinya tiada galang ganti. Segala pengorbanan tidak dapat dibalas dengan segunung intan.
Malah situasi ini lebih berat dirasakan jika dia merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal yang ada.
Emosi inilah dialami oleh Muhammad Aqil Aidi Ramli yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan menangis teresak-esak depan ibunya, sebaik akad nikah.

Keadaan ini nyata mengundang sedih tetamu yang hadir dan menunjukkan betapa kasih ibu itu sukar ditukar ganti.
Sebelum itu di laman sosial Facebook, ibu kepada Muhammad Aqil, Puan Zamara Buang muat naik coretan khas buat anak lelakinya itu yang nyata menyentuh jiwa.
Malah wanita berusia 51 tahun ini sendiri terkejut dengan tindakan anaknya yang datang bersujud dan mengucup kakinya sebaik melafazkan akad.
Ibu kepada empat anak ini sebenarnya tidak menyangka detik yang cukup menyentuh jiwa ini kerana anak lelakinya dikenali sebagai seorang yang keras hati dan berjiwa kental.

Dia yang terkejut dengan tindakan anaknya itu cuba memujuk walaupun dalam keadaan sangat sebak.
Walau bagaimanapun sebagai ibu dia sebenarnya sangat bimbang persediaan anak lelakinya itu menempuh alam berumah tangga.
Sejarah tercatat buat anak lelaki tunggal kami..
Dengan sekali lafaz sudah ada isteri yang sah..hihi.
Seminit jadi “suami orang” datang jumpa mama minta ampun dan maaf dengan menderu-deru tangisannya.
Allah hu Akhbar!
“Eh orang happy dapat wife, abang boleh lak nangis-nangis camgini napa. Abang tetap anak mama tetap buah hati pengarang jantung mama. Selagi hayat di kandung, mama sentiasa ada untuk abang. Insya Allah.”
Hentikan air mata mu sayang..
Mama doakan abang Aqil Atlan menjadi imam yang mampu membimbing isteri menuju jalan Allah dan Rasul Nya.
Amin Amin Ya Robbalamin.
#anaktunggallelaki
#anaknaknikah
#ualwayzmybabyboy
#cikgugarang

Dalam artikel di Mstar, Puan Zamara Buang mengakui anaknya itu walaupun manja tetapi sebenarnya brutal.
Juga seorang yang tegas dan susah mahu lihat dia menangis kecuali sebab sensitif sewaktu kecil dulu jika dimarahi.
“Kali terakhir melihat dia menangis apabila kesakitan patah kaki selepas jadi mangsa langgar lari dalam kemalangan membabitkan motosikal dia dan sebuah kereta.
“Hati mana tidak sedih melihat anak berkelakuan begitu. Saya pun menangis tetapi saya cuba pujuknya supaya jangan bersedih.
“Saya pujuk sepatutnya dia perlu gembira hari itu sebab dah ada isteri yang sah.Lama juga dia menangis dalam 1o minit juga,” katanya yang mengusahakan sebuah Kafe di Puchong.

Dia juga di media sosial turut mendoakan anak dan menantu akan beroleh kebahagiaan yang dicari dan turut menitipkan pesanan dalam meniti alam rumah tangga.
Fuhhhh..
Mengintai dari jauh our handsome man and pretty women..
Tidak putus-putus doa sang bonda dan ayahanda untuk kebahagian anakanda.
Abang Aqil Atlan dan menantu kesayangan kami..
Ayah & Mama so ready and immensely happy to welcome new member to our family.
Welcome new daughter
Except for love, there is one more thing in marriage you should give each others to make the best of mariage life; TRUST.

And one more thing, the great marriage is not when the perfect couple come together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differencies.
Take care of each other and never let go of love!
May Allah always keep both of you as happy as you today.
Amin Amin Aminnnn
#anaktunggallelaki
#sayangmenantu
#cikgugarangsambutmenantu

Hati ibu ini juga terasa sangat sayu tatkala mendengar bacaan tahliq dibacakan si anak. Doanya semoga anak lelaki tunggal tidak cuai dalam menggalas tugas sebagai seorang suami kerana tanggun jawab besar yang menanti selepas ini.
Sayu hati seorang mama mendengar anak lelaki tunggal baca tahliq.
Mampu kah dia mendokong tahliq tersebut???
Kami sebagai ibubapa juga ada tanggung jawap didalam lafaz nya itu.
Berderau dan meremang bulu roma kami berdua.
Semoga dia tidak cuai.
Andai dia alpa mohon Allah ingatkan dia dan juga kami sekeluarga agar tidak culas.
Besar sungguh tanggungan ini, pada mereka yang benar-benar faham. Insya Allah kami sekeluarga faham.
Semoga sentiasa mendapat bantuan dari Allah.
#sayangnyalaanak
#abangsibrutal

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selain Rupa Paras Menarik, Inilah 8 Kriteria Yang Dipandang Lelaki Pilih Calon Isteri

Isi Kandungan
ToggleBagi mereka yang masih single, cabaran dalam mencari paşangan yang benar-benar berkenan di hati.
Bagi seorang lelaki itu bukan Hanya kecantikan paras ropa yang diberi keutamaan, tetapi ada beberapa sifat perempuan yang boleh menarik hati mereka untuk djadikan isteri.

1. Sangat Memahami
Kaum lelaki semestinya mengidamkan wanita yang sentiasa memahami diri, hobi dan kehendak mereka malah mereka akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yang mempunyai sifat seperti ini.
Pada masa yang sama, kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita yang di sayanginya dengan memberi tahu si dia terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.
2. Bersifat Kebudak-budakkan /Manja
Kebanyakan lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat manja dan kebudak-budakankerana mereka berasa terhibur dengan telatah anda. Tapi jangan manja yang melampau sangat sampai buat mereka menyampah dengan anda.
3. Menjadi Diri Sendiri
Lelaki tidak gemar wanita yang bersifat kepura-puraan. Tidak perlu memakai mekap yang tebal dan pakaian yang cantik, berlakon sopan didepannya semata-mata untuk memikat dia. Wanita lebih tertarik, jika wanita itu menjadi dirinya sendiri.
4. Tidak Banyak Karenah
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.
5. Suka Pada Kanak-Kanak
Wanita yang mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana mereka berpendapat, wanita yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, penyabar, ceria dan kreatif mampu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya kelak.
6. Pandai Jaga Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yang perkara yang baik dan perkara buruk dan tidak akan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
7. Bijak Bergaul & Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yang mempunyai sifat sebegini lebih disayang oleh keluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.
8. Pendengar Yang Baik
Lelaki tertarik dengan wanita yang bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yang dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.
Selain itu juga, dia mampu menjadi pendengar yang baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampu memberikan pendapat dan respon yang baik. Wanita seperti ini juga bijak mengalihkan perbualan yang serius kepada yang lebih menarik. Pasti membuat lelaki rasa selasa dan sentiasa ingin berada di sampingnya.
Sertai Webinar Joooooooooooodoh : Suami Kiriman Ilahi
Dah buntu ikhtiar macam mana lagi nak cari jodoh? 😩
Yelah, bila dah jumpa dan berkenalan lama, dia tak nak lebih serius pun rupanya.
Macam-macam alasan bila borak pasal kahwin. 💍
Kerjaya la, komitment lain la, nak jaga adik-beradik la.
Bila dah putus, tiba-tiba dapat khabar, dia nak nikah dengan orang lain pulak!
“EHHH??!!” 💔
Ok, dah move one.
Bila jumpa yang lain, dah elok-elok berkenalan, tiba-tiba diam seribu bahasa. 💬
Terus lesap 💨. Kena ghosted pulak. 👻
Memang macam ni ke perangai lelaki bujang??
Nak cari lain pun, rasa macam fobia dah 😰. Diri dah la memang pemalu. Bertambah pemaluuu jadinya. 😔
PKP berlarutan pulak tu. Dah berkurang peluang nak berkenalan dalam susana sosial.
Nak buat apa lagi ni??

Macam mana ya nak jadi magnet bakal jodoh yang elok dan baik? 🧲💖
Kalau dah jumpa, macam mana nak pastikan terus disatukan di jinjang pelamin? 💍
Akhirnya bergelar seorang Isteri kepada Suami Kiriman Ilahi yang akan saling membimbing ke Jannah? 👩❤️💋👨
Kashoorga KEMBALI LAGI untuk membantu Sis sekalian merungkai masalah-masalah cari jodoh. 💘
Izinkan kami bantu Sis dengan Step-by-Step untuk dapatkan jodoh tanpa heartbreak. 💔 Cara
✅ cepat,
✅ mudah dan
✅ lancar menjadi magnet jodoh 🧲💖 khas buat wanita pemalu yang berazam 💪🏼 untuk bergelar seorang isteri.
Izinkan kami bantu sis capai azam Sis untuk berkahwin tahun 2022! Daftar segera di sini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bagai Dirancang! Iklan Judi Kedua Pula Muncul, Peguam Jelaskan Teknik Marketing “Cucuk Jarum” Begini Bakal Jadi Barah

Belum pun habis siasatan mengenai iklan judi yang dipromosikan termasuk arahan terkini dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan penyedia platform media sosial Facebook, Twitter dan YouTube untuk menggugurkan iklan yang mempromosikan aktiviti judi itu kerana ia jelas melanggar terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan, hari ini satu lagi iklan berbentuk perjudian dikongsikan di media sosial.
Jika iklan pertama melibatkan DGBet3333 tetapi iklan kedua ini menggunakan IBC003 pula. Keduanya masih sama iaitu seperti mahu menghalalkan judi untuk golongan muslim yang kekurangan duit untuk mencuba nasib.
Malah pelakon-pelakonnya masih melibatkan individu mengenakan pakaian baju Melayu dan berkisar mengenai balik kampung. Apa yang jelas, ia seperti mencabar pihak berkuasa, malah tidak menolak ia mungkin dihasilkan dari syarikat yang sama namun menggunakan nama syarikat yang lain kerana corak iklan ini sama seperti yang pertama sebelum ini.
Lihat video
Satu keadah pemasaran “cucuk jarum”
Dalam pada itu, seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co turut mengulas isu ini. Semoga orang beragama islam tidak terleka dengan teknik pemasaran “cucuk jarum” ini kerana sesungguhnya judi itu haram dan berdosa besar.
Baca perkongsian ditulisnya.
Iklan Judi Raya.
Iklan judi ni, tidak cukup mereka hantar Whatsapp dan dia mesej nombor kita. Yang herannya macam mana dia dapat nombor-nombor kita ini.
Kaedah pengiklanan mereka sentiasa ikut perkembangan. Misalnya sewaktu gelaran bosku sedang trending mereka mulakan dengan "Apa khabar bosku?". Ada-ada sahaja kaedahnya, sentiasa ikut perkembangan semasa.
Jadi waktu raya begini, mereka tidak mahu melepaskan peluang dengan membuat iklan hari raya. Kali ini mereka melampaui batas.
Pandai mereka menggunakan sentimen. Apabila watak iklan itu, digambarkan tidak berduit hendak beraya dan kemudian mencuba nasib. Tiba-tiba menang pula perjudian dan jadi mewah sehingga boleh beli kenderaan.
Kawan-kawan dan keluarga di kampung jadi kagum melihat kenderaan baru, apabila dia pulang ke kampung. Raya disambut penuh keceriaan kerana hasil judi dan mereka ajak kita semua berjudi.
Apa punya iklan begini? Dalam pada undang-undang Syariah di Malaysia memperuntukkan siapa-siapa yang berjudi boleh didenda dan dipenjara, selamba sahaja mereka buat pengiklanan mengajak orang ramai berjudi.

Saya pernah menulis tentang seorang lelaki yang didenda dua ribu ringgit atau enam bulan penjara kerana membeli nombor ekor berharga RM1, secara suka-suka. Ini baru RM1, sudah didenda begini. Iklan ini sudah melampau. (Link tulisan dalam ruangan komen)
Dalam agama Islam, orang Islam haram berjudi. Di Malaysia, undang-undang orang-orang Islam didenda atau dipenjara kerana berjudi.
Kalau iklan itu, menggunakan watak orang bukan Islam, saya rasa kita pun tidak kisah. Apabila iklan itu wataknya orang Islam, lagu pula lagu genre tradisional, situasi pula hari raya, wataknya juga berbaju melayu, berbaju kurung dan juga bertudung. Itu yang kita jadi marah. Motif?
Sudah tentulah sasaran untuk menarik orang-orang Islam. Sampai begitu sekali. Perkara-perkara haram ini, jangan dibuat main. Hish! Kalau iklan arak yang cuba digambarkan dengan cara yang sama. Hish! Pengiklanan mengajak dan memanggil kita buat aktiviti haram.
Inilah masalahnya apabila banyak cara marketing menggunakan teknik "find common ground" tetapi tidak kena gaya.
Teknik mencari "connection" atau "to relate" antara penjual dan pembeli itu memang penting tetapi biar kena gaya.
Mengapa teknik ini penting? Misalnya iklan Kellogg's Cornflakes. Produknya memang berasal dari USA dan dipasarkan di seluruh dunia tetapi model iklan mereka di setiap negara.
Kalau di Malaysia, modelnya orang Malaysia. Jika dalam iklan itu ada ibu yang menjamu anaknya dengan Kellogg's, kedua-duanya muka orang Malaysia, keluarga Malaysia.

Mereka tidak pakai model muka 'mat saleh', rambut blonde dan bermata biru. Jika mereka 'pukul rata' dengan menggunakan iklan yang dan model yang sama di seluruh negara yang mereka pasarkan produk, kita tidak boleh 'relate' dan kita tidak rasa ada 'connection'.
Lambat produk mereka hendak laku di negara lain kerana tiada rasa kekitaan. Memang jimat kos tetapi tidak dekat di hati pelanggan.
Itulah kenapa, syarikat-syarikat yang memasarkan produk suka hendak menggunakan konsep yang mereka boleh 'relate' dengan pengguna tempatan di setiap negara. Boleh dikatakan semua produk antarabangsa menggunakan teknik ini.
Kalau dulu, pengilat kuku, pewarna rambut semua tidak boleh digunakan kerana tidak sah wuduk tetapi syarikat pemasaran sentiasa membuat kajian baru dan hasil yang baru dan menjadikan produk sah wuduk supaya dapat mensasarkan produk kepada skala sasaran pengguna yang lebih besar.
Itulah datang tagline seperti "Mesra wuduk" atau "Muslim friendly". Macam-macam kaedah dan cara dan melihat kepada sasaran pengguna.
Jadi sekarang syarikat judi sudah mula 'cucuk jarum' mensasarkan kaedah pemasaran begini walaupun haram dan salah di sisi undang-undang. Dalam diam-diam mereka cuba nasib hendak cucuk jarum.
Cara mereka macam tidak bersalah dan nampak bukan macam kesalahan kerana dalam iklan itu digambarkan orang-orang Melayu Islam juga berjudi untuk dapatkan hasil lumayan untuk beraya. Maka meriahlah hari raya kerana hasil judi dan bakal dikagumi oleh orang-orang kampung melihat hasil kekayaan. Pandai mereka pancing.
Panjang pula saya sembang pasal kaedah marketing. Bukan hendak jadi sifu marketing tetapi saya hendak kalian tahu kenapa kaedah begini kalau berjaya 'cucuk jarum' dalam pemasaran akan menjadi 'barah' satu hari nanti.
Ilmu marketing ini, perlu pandai guna taktik dan skil. Barulah berjaya mendapat tempat di hati pengguna. Jadi pengguna memang perlu bijak.
Tahniah kepada semua kerana suara-suara bising kita, hal ini telah menjadi besar. Semoga jangan lagi ada iklan-iklan begini kelak.
Oleh Nor Zabetha
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI