Tubuh Lembik Kurang Oksigen, Video Tentera Selamatkan Sekumpulan Kanak-Kanak Islam Cetus Air Mata

Share

Malaysia antara negara yang bertuah. Penuh hasil bumi dan belum pernah diuji dengan peperangan dan kebuluran. Walau diuji dengan kelemahan kepimpinan namun rakyat masih saling mampu membantu jika orang yang susah seperti mana berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kempen bendera putih tercetus.

Namun bagi negara-negara lain yang teruji dengan peperangan, kemusnahan harta benda, masalah ekonomi merudum dan sebagainya hingga memaksa rakyat melarikan diri ke negara lain untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Bahkan mereka sedaya mencari kehidupan yang lebih baik walau terdapat banyak sekatan perlu dilalui.

Satu perkongsian video dari pengguna Tik Tok @ezulkifli mengenai tentera yang mengadakan sekatan jalan raya sebelum menyuruh pemandu membuka ruang tangki kenderaan yang sempit mencetuskan air mata.

Ini kerana di ruangan tangki sempit itu, sekumpulan kanak-kanak kecil bersama ibu mereka “diselamatkan”. Amat menyedihkan tubuh anak-anak ini sudah lembik akibat kekurangan oksigen. Andai lebih lewat diselamatkan, barangkali kita akan membaca berita sekumpulan kanak-kanak ini maut.

Ini kerana selepas dikeluarkan dari tangki kenderaan itu, jelas tubuh mereka sudah lembik sebelum ibu-ibu mereka dikeluarkan kemudian bersama beg pakaian mereka.

Tidak pasti kejadian ini berlaku akibat penyeludupan manusia atau penghijrahan ke negara yang lebih baik dan tiada peperangan namun kesemua kanak-kanak ini menangis sebaik berjaya dibawa keluar dalam keadaan tubuh lembik.

Beginilah kehidupan manusia, penuh ujian kehidupan sebelum kita kembali pada Allah yang Maha Esa. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini. Walau sedikit perit kerana keadaan ekonomi tapi sekurangnya siapa yang berusaha masih boleh menikmatinya.

@ezulkifli Allahuakhbar Kesian Budak2 Kat Dalam Tu Dlm Ruang Yg Sempit, Gelap Dan Panas 😭 #tiktokmalaysia #fyp #kemanusiaan ♬ bunyi asal – Ezulkifli80
Published by
almaswa Haji Che Ros