Beby Toratora antara pempengaruh media sosial (influencer) terkenal yang mencari rezeki dengan membuat review mengenai makanan.
Mempunyai jumlah pengikut lebih setengah juta di instagramya, sudah pasti setiap makanan yang direview nampak sedap dan menyelerakan. Berilah apa saja, makanan itu nampak enak kerana dirinya makan dengan penuh selera.
Bahkan dengan rezeki membuat review makanan itu jugalah kehidupan keluarga yang dahulunya susah kerana dijaga oleh nenek dan masa yang sama ibunya sering bertukar-tukar kerja berubah di mana dirinya mampu memberikan kehidupan yang baik buat seluruh ahli keluarganya.
Pernah mengakui bukan semua suka dengan video makanan dikongsikannya kata Beby Toratora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli dengan pendapatan itulah dirinya mampu memberi kebahagian buat seluruh ahli keluarganya termasuk membuat ibunya berasa bahagia dengan kehidupan dilalui mereka pada hari ini.
Namun mulut manusia selamanya tidak pernah senang dengan “rezeki” orang lain apabila di akuan Tik Toknya, ramai yang mempertikaikan cara dirinya menikmati tersebut. Bukan itu saja, ada yang menegur kerana mereka bimbang pengambilan makanan berlebihan boleh membawa masalah kepada kesihatannya di masa akan datang.
Bahkan lebih teruk, ada mengaitkan ketiadaan anak selepas berkahwin dengan Apit Johari sejak dua tahun lalu adalah kerana tabiat pemakanannya sedangkan mereka lupa rezeki anak itu datangnya dari Allah SWT.
Tidak hanya isu anak, isu bab makan dengan cara gelojoh turut dipertikaikan termasuk ada mengaitkan bab tudungnya dan makanan di reviewnya tanpa memikirkan hal ini boleh menyakiti hati orang lain.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya @bebytoratora, ada pengikutnya yang menulis kenyataan yang sensitif dan menyakitkan jiwa raga.
“Maaf ya sis. Bertudung labuh, makan banyak tu ikut perut sis. Tapi cara makan tu lahap + gelojoh. Biaq la cara makan beradab. Lagi elok sis. Memang la dibayar.
Ternyata perkongsian itu dibalas oleh Beby Toratora yang menyebut “kenapa kena sebut tudung labuh ya?”. Perangai saya buruk tapi jangan babit tudung,” tulisnya.
Ternyata perkongsian itu mendapat respon dari pengikutnya yang mengakui caranya tidak selahap dikatakan. Malah ramai memberinya kata-kata semangat berkaitan isu ini.
Seharusnya sentiasalah jaga hati orang lain kerana takut-takut “teguran” itu memberi azab kita di akhirat selagi tidak meminta maaf kepada orang yang kita sakiti itu.