Sana-sini orang ramai memperkatakan tentang penularan wabak Koronavirus COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ramai yang tidak senang duduk dengan situasi ini.
Malah ada yang mula berbelanja secara panik membeli barangan keperluan harian kerana dibimbangi negara akan berhadapan dengan ‘lockdown’.
Dan kita sebagai hamba-Nya tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Adakah Tuhan sedang memarahi kita yang terlalu leka mengejar duniawi sehingga tidak mengendahkan segala larangan yang sepatutnya tidak dilakukan.
Dalam posting PU Amin di laman Instagramnya yang dikreditkan Sharimi berdoa dari isi hati yang menggambarkan betapa kerdilnya kita hambaNya yang lemah melihat Kekuasaan Allah Yang Maha Besar.
Ya Rabb,
Tiada lain, tangan ini yang bersalah,
Pagi kami lupa, siang makin lalai,
Malam bertambah leka, hidup beraja dunia.
Al-Quran kami jarang buka dan baca,
Sunnah Nabi kami persenda,
Hidup tak berarah, harta dikaut berjuta,
Kuasa direbut tak sudah-sudah..
Ya Rahman, Ya Rahim,
Hari ini semua buntu, semua bercelaru,
Tercari-cari apa punca, di mana ubat tak jumpa,
Alam mula murka, laut tak pandang,
Bumi tak sayang… Ke mana hamba perlu membawa diri?..
Ya Allah,
Semoga semuanya kembali sediakala.. .
Credit : FB Sharimi,
14 Mac 2020
9.21pm
Warganet turut sama-sama mengaminkan doa ini dan berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera.