1

Tanyalah siapa sahaja tidak kiralah sama ada orang warak atau biasa sekali pun, pasti mahukan pahala yang banyak.

Bekalan untuk di hari esok tersebut pastinya menjadi rebutan setiap insan. Namun ketika hidup ramai pula yang seolah tidak bersungguh-sungguh mengumpul pahala.

Sebenarnya terlalu banyak amalan yang boleh kita buat untuk mendapatkan pahala. Taat kepada kedua ibu bapa, sentiasa bersedekah dan tidak lokek berkongsi rezeki dengan memberi orang makan serta banyak lagi.

Kesemua amalan itu boleh menjadi ‘bekalan’ dan ‘pelaburan’ yang baik dalam ganjara padahal di akhirat kelak. Tapi tahukah anda amalan manakah yang boleh menjadi pengalir pahala kita menuju ke syurga ALLAH?

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)

Ads

Dari hadis tersebut, terdapat tujuh amalan yang mampu memberikan pahala terus mengalir.

1. ILMU YANG DISEBARKAN MELUAS

Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.

2. ANAK YANG SOLEH

Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita.

Ads

3. KITAB-KITAB AGAMA YANG DIWARISKAN

Ketahuilah bahawa barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca.

4. MASJID YANG DIBINA

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ads

5. WAKAF DIBINA UNTUK KEGUNAAN MUSAFIR

Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan rawat (RnR).

6. SUNGAI DIALIRKAM UNTUK ORANG RAMAI

Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk ALLAH yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu diminum dan digunakan.

7. HARTA YANG DISEDEKAHKAN

Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati ALLAH SWT, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Sumber: Sinar Harian

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI