Sihir, antara perbuatan yang masih berlaku hari ini akibat jahilnya manusia yang menyekutukan Allah. Ia bukan perbuatan baru tapi Nabi Muhammad SAW juga pernah disihir ketika hayat Baginda. Baginda Nabi disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq. Peristiwa ini berlaku ketika Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Semalam semasa temubual secara langsung di fb Da’i Ahmed, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE)  berkongsi sebab mengapa dirinya bertongkat seperti yang tular di media massa.

Di awal siaran langsung itu semalam Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan dirinya tidak berapa sihat tapi mahu juga muncul di siaran tersebut kerana mahu bercakap. Akui dirinya lebih sihat bila dapat membaca komen dari sahabat, dapat bercakap dan berkongsi ilmu dan sebab itulah walau tidak sihat, dia mengagahkan dirinya kerana ia bagai satu terapi untuknya.

Secara eksklusif, Datuk Ustaz Kazim Elias turut memperlihatkan satu kotak berisi abu yang mana menurutnya beberapa keping gambarnya sudah terbakar separuh dalam program tersebut.

“Ia diletakkan pada laluan saya masuk mengajar kuliah. Orang lain memang tak lalu ikut laluan itu, saya seorang saja. Habis dari mengajar itulah baru saya perasan abu ini. Saya nampak dalam abu itu ada beberapa keping gambar saya yang dah terbakar separuh.

“Esoknya kaki kiri saya terus bengkak sampai ke betis. Bila buat pemeriksaan doktor, tiada apa ditemui. Mulanya ingatkan gout, ramai kata begitu. Ada yang ingat ada nanah tapi bila doktor belah tak ada pun keluar,” katanya memaklumkan kakinya yang bengkak itu mengening-gening.

IKLAN

“Tapi alhamdulillah, lepas berubat cara perawatan Islam dalam beberapa minggu ini, bengkak di kaki ada nampak semakin baik. Saya memang tak nak ditahan di hospital. Dulu dah pernah ditahan, buat pembedahan masa sakit perut dulu. Tapi bila dah bedah, tak nampak apa penyakitnya,” katanya memaklumkan kakinya yang sakit itu tidak boleh disentuh langsung kerana terlalu sakit.

Tular Bertongkat! Ustaz Kazim Dedah Disihir, Jumpa Abu Dengan Gambarnya Dibakar
Datuk Ustaz Kazim mengakui berubat secara islam dan syukur kerana bengkak kakinya nampak berkurangan

Saya akan terus mengajar

Mengakui ujian Allah buat dirinya, Datuk Ustaz Kazim menjelaskan, dirinya tidak tahu siapa yang berbuat begitu terhadapnya.

“Saya pandang secara baik. Ia mungkin nak menaikan darjat kita di sisi Allah dan menghapuskan dosa. Allah itu maha mengetahui. Walau hal ini seperti cuba menyekat saya terus mengajar tapi saya akan terus mengajar kerana saya suka berbuat demikian. Orang mungkin tak suka saya mengajar, sekatlah macam mana pun, saya akan tetap terus mengajar,”katanya mengakui saat mengajar itu, hatinya berasa seronok, boleh baca hadis dan bergurau dengan orang ramai. Ia bagai satu terapi untuk penyakit dialaminya.Da

IKLAN

Dalam siaran langsung itu juga, dirinya menjelaskan akan bertemu doktor berkaitan kakinya yang bengkak itu.  Masa yang sama, Datuk Ustaz Kazim Elias menjelaskan dia sama sekali tidak membenarkan dirinya dibedah lagi berbanding peristiwa sebelum ini kerana tidak tahu penyakit dihidapinya selain mengakui kalau duduk di hospital banyak kerjanya yang tertangguh.

Solat atas kerusi roda

 Mengakui kesan dari perbuatan sihir yang mengakibatkan kakinya bengkak, dia akui dirinya tidak dapat tidur di malam hari.

“Kaki pun kena letak atas bantal, mana selesa tidur begitu. Saya guna wheel chair dalam rumah yang orang wakafkan (saya pinjam sekejap). Solat pun atas kerusi roda. Awalnya nak solat berdiri tapi baca Al-Fatihah separuh kaki dah sakit sangat,”katanya mengakui mengakui selepas berubat beberapa minggu itu, bengkaknya mulai surut.

IKLAN

“Bahagian betis dan kaki itu jadi keras, sebelum ini tak boleh kena air pun,”katanya lagi.

Semoga kejadian yang menimpa dijadikan pengajaran buat kita dan menjauhi sihir.

Ini kerana perbuatan sihir adalah satu dosa besar.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Moga Datuk Ustaz Kazim Elias cepat sembuh dan terus mengajar, ibadah yang amat disukainya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI