Terdapat satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Qadr. Ia mengisahkan Al-Quran diturunkan pada malam kemuliaan.
Firman Allah SWT :-
۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3).
Bahkan 10 malam terakhir yang kini memasuki penghujung Ramadan, ramai yang memburu malam lailatul qadar. Para ulama berpendapat sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu.
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar ialah:-
Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.
Antara tanda berlakunya malam kemuliaan ini para ulama iaitu Sayid Qutub berkata: Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.
Malam tadi adalah malam ganjil iaitu 27 Ramadan.
Di grup fb Tmn Bandar Baru, Sungai Lalang, seorang ahli komunitinya Muhammad Faez berkongsi satu rakaman video tertera kalimah Allah di langit. Dalam kilauan kilat itu, jelas tertera kalimah Allah selain objek seakan tangan menadah tangan ke langit.
Tulisnya, Subahallah mlm 27 ramadhan allah tunjuk kebesarannya. Nampak kalimah Allah…Allahuakbar
#malamlailatulqadar
Ramai mengaitkannya dengan malam Lailatul qadar kerana ia berlaku pada malam ganjil. Tiada kepastian mengenainya namun Allah saja maha mengetahuiNya, kun fa ya kun.