Sejak Tanah Suci ditutup sementara bagi melakukan kerja pembersihan akibat penularan wabak virus COVID-19 baru-baru ini, ramai yang merasa sedih kerana tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana.
Lebih-lebih lagi apabila kita mahu menghampiri bulan Ramadan dan sepatutnya mengumpul banyak pahala dengan mengambil keberkatan mengerjakan awal puasa di Tanah Suci.
Dan viral satu video memberitahu bahawa tahun ini juga kerajaan Arab Saudi tidak akan membenarkan jemaah untuk mengerjakan ibadah haji.
Adakah berita ini benar dan jika ia sebenarnya ini bukan kali pertama ibadah haji tidak dilakukan.
Sebaliknya pada tahun 1814 telah diadakan pembekuan sementara haji akibat wabak Taun yang melanda Arab Saudi hingga mengakibatkan kematian ribuan orang.
Juga dikatakan satu krisis terbesar iaitu peristiwa Qaramitah pada kurun ke 4 yang mengakibatkan pembunuhan besar-besaran di sekitar Masjidil Haram dan kecurian Hajar al-Aswad selama lebuh 22 tahun.
Ayuh dengarkan perkongsian Dr Kamiin Jamiin di laman sosial Facebook dan teruskan berdoa agar ibadah haji dapat disempurnakan tahun ini.
Dalam video yang diviralkan ini, kerajaan Arab Saudi belum mengambil sebarang keputusan untuk menghentikan sementara haji tahun ini, namun kerajaan akan berhati-hati mengikuti perkembangan wabak ini supaya tidak lebih memburukkan keadaan.
Seandainya haji diberhentikan sementara sekalipun, umat Islam tidak perlu panik dan tidak perlu tergesa-gesa mengaitkan dengan pelbagai teori, kerana sebelum ini pun sepanjang sejarah pernah berpuluh kali (lebih 40 kali) berlaku pembekuan sementara haji seperti pada tahun 1814 akibat wabak Taun yang melanda Arab Saudi sehingga mengakibatkan kematian ribuan orang.
Kemudian beberapa tahun kemudian berlaku wabak Kolera yang telah membunuh lebih 1000 jemaah haji setiap hari dan memaksa haji dihentikan sementara beberapa kali.
Sejarah telah menukilkan pelbagai peristiwa yang mengakibatkan ibadat haji terhenti seketika, antara krisis terbesar ialah peristiwa Qaramitah pada kurun ke-4 yang mengakibatkan pembunuhan besar-besaran di sekitar Masjid al-Haram dan kecurian Hajar al-Aswad selama lebih 22 tahun. Sekitar 10 tahun haji terhenti ketika itu.
Peristiwa-peristiwa ini mengajar kita, maqasid nyawa itu sangat penting untuk menjaga maqasid agama dan mencegah mudarat itu lebih utama dari merawat darurat.
Teruskan bermuhasabah, teruskan berdoa dan teruskan beristighfar semua.
-Dr. Kamilin Jamilin-