Ramai masih berfikiran untuk dapat pergi tunaikan haji perlu menunggu giliran dari pihak Lembaga Tabung Haji. Masanya masih lama, berpuluh tahun dan andai ada rezeki, nama kita naik. Selain menggunakan khidmat Tabung Haji ada juga syarikat-syarikat swasta yang dilantik untuk membawa jemaah haji dengan penggunaan visa Haji Furada yang mendapat liputan meluas berikutan hampir 400 jemaah haji tertipu dengan hal ini.
Satu perkongsian dari Mohammed Farid Masri, pengarah urusan syarikat pengendali umrah Salam Hijrah Holiday pasti mengejutkan kita semua kerana ia berkaitan “wang”. Siapa mampu bayar lebih boleh pergi dan ianya pasti membuat kita tertanya-tanya mengenai pendedahannya ini.
MEMERANGI RASUAH DALAM INDUSTRI HAJI
Tahun ini kita semua digemparkan dengan berita di mana Arab Saudi telah mengumumkan bahawa tiada Visa Furada dikeluarkan, dan pengendali Haji yang menggunakan Visa Furada hanya boleh mengusahakan untuk mendapatkan visa Mujamalah (Courtesy-budi bicara) sahaja.
Ini adalah satu situasi yang sangat menggemparkan kerana ianya sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Visa furada itu sendiri jumlahnya tak banyak, apalagi visa Mujamalah yang bersifat BUDI BICARA. Tentunya lebih sedikit dari itu.
Apa yang menariknya adalah, harga visa Mujamalah ini adalah berbeza dan dikatakan ‘mengikut nasib’. Keadaan ini memberi impak kepada para jemaah yang berdebar menanti visa mereka sehingga ada yang sanggup melakukan bayaran penambahan sekitar RM 30,000 sehingga RM 50,000 seorang, hanya untuk menampung kos visa yang bermula dari RM 40,000 seorang.
Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
Ads
Ada yang men’jual’ nama Arab Saudi dengan mengatakan bahawa pihak ‘sana’ yang minta tambah, tak kurang juga ada yang menggunakan bahasa ‘Harga Visa dah dinaikkan pada tahun ini’ sebagai jalan memahamkan jemaah akan pertambahan kos Haji pada tahun ini, bahkan mungkin lebih teruk pada tahun akan datang.
Tahukah anda, jemaah Haji di Indonesia sanggup membayar sehingga 10,000 USD (sekitar RM 46,000) seorang hanya untuk Mujamalah, sebelum ditambah dengan harga bayaran wajib Haji sebanyak RM 16,000 menjadikan jumlah untuk visa sahaja sehingga mencecah RM 62,000 seorang!
Keadaan ini membawa pengaruh dan kesan yang besar kepada industri Haji dimana visa Mujamalah ini akan menjadi visa yang hanya dikeluarkan kepada sesiapa yang sanggup membayar lebih mahal, jumlah jemaah yang lebih ramai, dan ianya mampu menghasilkan pulangan yang banyak kepada orang tertentu yang terlibat, sehingga akhirnya objektif utama untuk “Membantu orang ramai untuk berangkat Haji” bertukar kepada MELAYAN KETAMAKAN MANUSIA UNTUK BERANGKAT HAJI.
Kepada operator Haji Furada atau Mujamalah yang kebanyakannya terdiri dari kalangan agamawan terkenal ataupun tidak, kalian sememangnya tahu dengan siapa kalian berurusan dan kalian memang tahu apa yang kalian sedang uruskan.
Apabila anda berhadapan dengan urusan tawar-menawar sebegini, berhentilah. Tak perlu berbangga di media sosial yang anda berjaya terbangkan 30 orang VIP di saat akhir kalau semuanya diuruskan dengan cara rasuah atau suapan. Jangan pula kita menjadi orang tengah yang memimpin para jemaah untuk menyemarakkan lagi medan rasuah yang sedang terbuka luas hari ini.
Ads
Tahun ini Allah dah tunjukkan depan mata kita betapa buruknya ketamakan ini, janganlah kita pula yang beriya-iya meraikan ketamakan mereka walaupun para jemaah sanggup membayar sekian-sekian harga. Kasihanilah para jemaah kalian. Utamakanlah kesempurnaan ibadah mereka.
Berhentilah
Saya baru sahaja mendapat berita dimana adanya jemaah yang membayar Haji dengan pakej RM 120,000 seorang, kemudian diminta untuk tambah RM 30,000 seorang, dan akhirnya memperoleh visa Mujamalah tapi semua hotel yang dijanjikan terpaksa diubah dan mereka digabungkan dengan pakej lain yang murah, semata-mata kerana perlu membayar harga visa yang melampau.
Yang sanggup membayar lebih, dia berpotensi tinggi untuk mendapatkan visa. Yang ‘pandai jaga cable’, dia akan dapat visa.
Ads
Maka di manakah terletaknya ruang untuk tujuan utama “KAMI BANTU MEMUDAHKAN JEMAAH HAJI” itu?
Kepada mana-mana pengendali Haji atau individu yang melakukan atau mengajar jemaah untuk berangkat Haji dengan menggunakan Visa Pelancong (Tourist) pula, ketahuilah bahawa kalian tidak melakukan pekerjaan yang betul, dan sekiranya kalian berhasil untuk Haji sekalipun, kalian tidak melalui proses yang betul. Ianya sama seperti kalian solat di rumah orang tanpa kebenaran. Pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihukum.
Merisikokan orang lain adalah tidak wajar dan boleh dikategorikan sebagai kebodohan. Tak mampu untuk mengusahakan dengan cara yang betul, bukanlah sebab untuk kita kerjakan jalan yang salah. Kalian boleh sahaja muatnaik di laman sosial dan bercerita kepada orang ramai atas kejayaan penipuan kalian, namun ketahuilah bahawa kalian sedang beribadat di atas jalan yang haram.
Rasuah untuk memperoleh visa, jangan buat, jangan ikut. Berangkat Haji menggunakan visa pelancong, jangan buat, jangan ikut. Semoga Allah selamatkan kita semua dari keburukan dunia dan akhirat.
Perkara ini mesti disebut, mesti disampaikan.
P/S : Kumpul jemaah sampai 380 orang adalah sangat tak relevan. Kalau wujud pun visa furada tahun ini, adalah mustahil untuk 1 syarikat itu mendapatkan visa furada untuk kesemuanya. Wallahu a’lam. sumber : FB Mohammed Farid Masri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Makkah dan Madinah antara kota paling diberkati di muka bumi ini. Bahkan antara kota yang tak boleh dimasuki oleh Dajjal ialah Madinah. Keistimewaan kedua-dua kota ini disebut di dalam Al-Quran.
Namun selain Makkah dan Madinah, ada satu lagi kota yang barakah buminya iaitu Tarim. Disebut juga sebagai Kota Seribu Wali, kota bersejarah ini terletak di Hadhramaut, Yaman. Kota ini dianggap sebagai salah satu negeri yang paling diberkahi kerana merupakan pusat berkumpulnya wali-wali Allah.
Keistimewaan lain dari kota ini adalah terdapatnya banyak masjid, jumlahnya mencapai 360 buah, sesuai dengan jumlah satu hari dalam setahun. Tarim turut terkenal sebagai pusat menuntut ilmu para alim ulama.
Tiada bangunan pencakar langit di kota Tarim ini.Semua rumah-rumah di sini diperbuat dari tanah liat. Boleh dikatakan semua warna sama dan seragam
Kota Tarim turut dikenali sebagai sebagai Al-Ghanna, yang bererti suatu tempat yang sangat subur. Meski berada di tengah kawasan gurun tandus berpasir, kota ini diberkahi dengan pohon-pohon besar nan rimbun serta sumber-sumber air bersih.
Tarim turut dikenali juga dengan sebutan Madina As-Siddiq. Sebab, di kota inilah sahabat Nabi, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq meminta sumpah taat setia penguasa Tarim pada masa itu, yang bernama Ziyad bin Lubaid Al-Anshori berserta penduduknya.
Karena sumpah setia itu, Abu Bakar berdoa secara khusus kepada Allah. Doanya ialah: “Mudah-mudahan Allah memberikan kemakmuran untuk Kota Tarim. Mudah-mudahan Allah memberkahi kesuburan tanah Kota Tarim dan sumber airnya. Mudah-mudahan Allah memberkahi Tarim dengan banyaknya para ulama yang soleh dan menjadikannya negeri yang subur akan awliya-Nya (para wali Allah).”
Kota berkumpulnya anak cucu keturunan Rasulullah
Di antara sekian banyak kelebihan kota ini, satu yang paling membuatnya lebih istimewa adalah kota ini menjadi tempat berkumpulnya anak cucu keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW. Masyarakat di kota ini dirahmati dengan kebaikan dan perilaku yang mulia kerana masih memiliki darah keturunan Nabi.
Nabi Muhammad SAW bahkan pernah memuji kota ini dalam sabdanya, ” Sesungguhnya aku benar-benar mencium harumnya kurnia Tuhan Yang Maha Pemurah dari Yaman. Berapa banyak mata air kemurahan dan hikmah yang terpancar dari sana.”
Kerana begitu istimewanya Kota Tarim, sampai sekarang banyak orang datang ke sana untuk mengambil barakah, menuntut ilmu hingga berziarah ke makam wali-wali Allah.
Sesuai dengan jolokan kota seribu wali dan pusat ilmu, tiada bangunan pencakar langit ditemui di kota ini atau kemewahan lain seperti apa yang terdapat di negara lain kerana kota kecil ini penduduknya hanya memiliki seratus ribu jiwa.
Rumah penduduknya diperbuat dari tanah liat kering dan seni binaan mereka agak sama bagi rumah penduduknya. Jika kebanyakan kota-kota di kawasan Timur Tengah panas terik tetapi di kota seribu wali ini tidak. Ini kerana banyak pokok-pokok rimbun di kiri kanan sepanjang jalan membuatkan kota ini teduh.
Rumah-rumah penduduk di Kota Tarim.Kesemua wanita di sini menutup aurat dan mengenakan pakaian longgar
Di bumi barakah ini juga terdapat empat makam Nabi di sekitar kota ini iaitu makam Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Harun dan Nabi Hanzalah. Bukan itu saja, ada lebih kurang 70 sahabat tentera Perang Badar yang diutus Abu Bakar As- Siddiq untuk membasmi pemurtadan di Kota Tarim, namun mereka syahid dan dimakamkan di kota ini. Dimakamkan di perkuburan Zambal, di jantung Kota Tarim.
Di kota ini juga masih terdapat banyak bangunan lama peninggalan peradaban Islam masa lalu. Mulai dari masjid-masjid tua, madrasah ulama, makam para wali dan orang soleh serta jejak-jejak peninggalan sahabat Nabi. Kerana menyimpan jutaan sejarah, sejak tahun 2010 Tarim dinobatkan sebagai Ibukota Kebudayaan Islam. Subhanallah. Sumber :-Dream.co.id
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Move on tak bererti melupakan.’ Shuib perlukan ‘mak’ buat 4 anaknya, benda halal lebih baik doakan. Lagipun bukan semalam arwah Siti Sarah pergi meninggalkan Shuib dan anak-anaknya.
Hidup ditinggalkan isteri di saat amat diperlukan bukanlah mudah untuk ditelan. Bayangkan selama ini bersama, tiba-tiba teman yang setia disisi pergi buat selamanya. Namun hidup perlu diteruskan biar apa pun terjadi.
Baru-baru ini tular berita dan netizen mula menghidu hubungan cinta Shuib bersama seorang wanita. Menurut Shuib, dia menerima wanita tersebut setelah ibu dan anaknya terlebih dahulu menerima wanita tersebut.
Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah, namun siapa kita untuk menghalang, lagipun tiada hukum yang mengatakan berkahwin lain selepas kematian isteri adalah dosa. Ikuti perkongsian video, Iddin Ramli dan hadam baik-baik penjelasannya.
Netizen dakwa Shuib cepat “move on”. Awal betul ye dapat pengganti. Move on ini bukan bererti melupakan.
Move on ini adalah bila mana kita sudah mula menerima dan kita faham, bahawa setiap ketetapan yang berjalan itu adalah yang terbaik kepada kita yang disusun dan diaturkan oleh Allah.
Shuib Perlukan “Mak’ Buat 4 Anaknya
Kita nak suruh orang sedih sampai bila? Ujian yang datang hari ini tidak akan menhentikan hari esok untuk tiba. Esok tetap ada untuk kita jalani dan teruskan kehidupan macam biasa. Sampai bila nak sedih? Nak jatuh sampai bila kan?
Kalau orang sudah jumpa jodoh, kita raikan sajalah. Doa yang baik-baik. Lagipun benda itu baik kot. Halal. Jangan kita haramkan benda yang memang halal.
Orang pun ada anak 4 orang. Bukan senang nak besarkan betul tak? Kena besarkan, paling-paling kena ada seorang mak, wanita untuk membesarkan anak yang masih kecil tu. Sebaiknya doakan yang terbaik.
Benda Halal Lebih Baik Doakan
Malahan perkongsian video turut disokong warganet dan mereka bersetuju sudah tiba masanya Shuib mencari pengganti. Antaranya,
Nurul Atqhh
Bukan move on, tak pernah lupa tentang dia. Sentiasa ada dalam hati, cuma kita kena redha dengan ketentuan yang telah diaturkan oleh Allah.
Cuma kadang kala kita rasa tak boleh terima keadaan yang terjadi pada kita. Pandangan setiap orang berbeza pendapatnya, kalau baik untuk kita, kita ambil. Kalau buruk kita jadikan tauladan dan munasabahkan diri.
Siti NurZahidah 11
Yes. Move on tak bererti melupakan. Yang hidup, teruskan dengan kehidupan. Yang pergi, tetap telah tiada. Tak perlu dengar cakap-cakap orang. Kalau nak halal kan, baguslah. Payah kalau hidup asyik nak ikut kata-kata orang. Boleh depression tahu.
Haidar Al Islam
Betullah tu, lagi pun kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan. Lagi pun lelaki bukan ada idah, tak salah pun kalau dia hendak kahwin.
Antara hidup dan mati. Saat ini seluruh dunia berdoa agar seorang kanak-kanak Rayan dapat diselamatkan selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter (lebih kurang tiga tingkat bangunan).
Kisah kanak-kanak malang berusia lima tahun di Maghribi ini mendapat liputan luas media termasuk antarabangsa selepas terjatuh ke dalam lubang perigi digali ayahnya dan sehingga kini sudah terperangkap memasuki hari ke tiga.
Kanak-kanak comel ini terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter sejak tiga hari lalu #saverayanBeginilah kedudukan perigi di mana Rayan terjatuh di mana bawahnya agak sempit dan tidak boleh dimasuki orang dewasa.Beginilah kedudukan Rayan yang mulai melemah selepas tiga hari terperangkap
Apa yang membuat ramai sebak, lubang tempat Rayan terjatuh amat sempit dan tidak boleh dimasuki orang dewasa.
Pihak anggota penyelamat dikatakan terpaksa menggali sebuah lubang lain dalam usaha menyelamatkannya yang dilihat agak kebingungan dan mulai melemah selepas tiga hari terperangkap.
“Usaha menyelamat kanak-kanak itu semakin hampir dan kami berdoa agar dia dapat diselamatkan secepat mungkin,” kata jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.
Usaha menyelamat sedang giat dijalan dan kisah Rayan tular hingga diwujudkan #SaveRayan di Afrika UtaraUsaha sedang giat dijalan di mana pihak berkuasa menggali lubang lain dalam usaha menyelamatkan RayanSebuah lubang lain digali bagi mengelak tanah runtuh berhampiran Rayan jatuhLubang digali pihak berkuasa semakin menghampiri kedudukan Rayan. Doakan kanak-kanak ini dapat diselamatkanPihak penyelamat bekerja tanpa henti siang dan malam demi menyelamatkan kanak-kanak ditimpa malang ini
Memetik Sinar Harian, operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu.
Usaha menyelamat kanak-kanak malang itu mendapat simpati orang ramai di dalam talian dengan meletakkan tanda pagar #SaveRayan dan tular sehingga Afrika Utara termasuk negara jiran, Algeria.
Ketika ini, operasi menggerudi lubang berlaku di kampung berhampiran Bab Berred di wilayah utara luar bandar Chefchaouen telah mencapai kedalaman 27 meter dan selanjutnya 32 meter dalam tempoh beberapa jam, lapor agensi berita MAP.
Ayah Rayan berkata, ketika kejadian dia sedang memperbaiki telaga itu sebelum menyedari anaknya terjatuh ke dalamnya.
Seorang kanak-kanak, Zakaria berusia 12 tahun menawarkan diri memasuki lubang sempit itu dalam usaha menyelamatkan RayanZakaria, meninjau kedudukan perigi berkedalaman 32 meter dan menawarkan diri menyelamatkan kanak-kanak kecil itu
Dalam pada itu, di twitter @faiyas90 berkongsi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Zakaria menawarkan diri masuk ke lubang sempit berkenaan untuk menyelamatkan Rayan dan setakat ini ia belum dimuktamadkan lagi.
Mari kita sama-sama berdoa agar Rayan dapat diselamatkan dan dirinya kembali selamat ke pangkuan keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...