Tunaikan Hutang 100 Kali Istighfar & Selawat Untuk Pikat Allah

Share

Pikat hati ini bukan satu kerja yang mudah. Dalam hubungan sesama manusia seperti antara ibu dan anak, suami dan isteri, pekerja dan majikan atau guru dan pelajar, kita akan melakukan pelbagai cara untuk pikat hati mereka.

Bagi yang berniaga pula, tentunya akan lakukan pelbagai cara marketing untuk pikat hati pelanggan. Namun, kita lupa satu perkara paling penting dalam hidup ini.
Kita lupa siapa yang memegang hati manusia ini untuk menerima kita.

Gunakanlah pelbagai teknik dengan jutaan pelaburan sekali pun, jika sang Pencipta manusia tidak menggerakkan hati hambanya, segala apa yang kita usahakan tidak akan berjaya. Badan penat, hati panas.

Ikuti perkongsian ustaz Asraff Ayob bagaimana caranya kita dapat pikat hati orang lain dengan cara mudah tanpa modal. Hanya perlukan istikomah sahaja!

Menurut beliau, ada satu amalan asas yang jika dilakukan, semua teknik mengayat atau marketing yang dilakukan selepas itu akan berhasil.

Sebagai contoh terdekat untuk pengusaha produk jualan. Sebelum ingin membuat hati pelanggan ‘cair’, pastikan kita ‘cairkan hati’ Allah SWT, sang Pencipta pelanggan itu.

Kuasai teknik marketing untuk buatkan Allah ‘jatuh hati’ kepada kita. Selepas usaha itu dilakukan, InsyaAllah, semua urusan kerja dan hajat kita akan dipermudahkan.

Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan agar sukakan produk kita. Jika Allah tidak gerakkan walau seinci pun, kita belanjakanlah ribuan ringgit untuk usaha mempromosi, pelanggan tetap hanya ‘Touch & Go’, tanpa beli satu pun produk jualan kita. Bukan kah itu menyedihkan?

Gambar sekadar hiasan

Amalan mudah ini perlu dilakukan secara konsisten. Tidak boleh culas. Teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka.

Artikel berkaitan:Ya Allah, Besar & Indahnya Rezeki Allah& & Dr Sheikh & Dr Halina Bersyukur Dikurniakan Kembar Lelaki & Perempuan

Artikel berkaitan:Jangan Layan Mak Mertua Macam Sampah! Ini Rupanya 15 Tip Pikat Hati Mak Mertua

Cara Pikat Allah:

Mulakan dengan usaha yang kecil tetapi mempunyai impak sangat besar iaitu:

FORMULA MULAKAN HARI BERHUTANG DENGAN ALLAH

Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali dan 100 kali selawat sehari. Kedua-dua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki.

Andai culas? Maka gunakan teknik ini:

Kita tetapkan minda setiap pagi dengan unjuran ‘BERHUTANG DENGAN ALLAH’
Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Ia wajib dibayar sebelum 12 malam.


Tidak boleh ‘carry forward’. Dilarang tidur sebelum jelaskan ‘hutang’ ini.

Jika tidak, kita denda diri sendiri dengan 5 kali ganda zikir tadi. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500 kali istighfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu ‘paksarela’ sebelum sampai ke tahap sukarela.
Tetapi, ia pasti bertukar sukarela bila kita melihat rezeki tidak putus-putus datang nanti.
Believe it!

Kredit Ustaz Asraff Ayob

Published by
Emma Masri