Kebiasaannya hujung tahun menjadi pilihan ramai untuk melancong dalam atau luar negara untuk menghabiskan cuti tahunan yang ada.
Sudah pasti, perasaan gembira dan teruja menguasai diri kerana sudah lama merancang percutian idaman berkenaan.
Namun siapa sangka kegembiraan di awalnya telah bertukar menjadi duka. Tuhan menguji hambaNya dengan dugaan yang sangat berat untuk diterima, tetapi perlu reda dengan ketentuanNya.
Bagi Ustaz Haji Muhammad Usaid Hudair Rahmat, dia dan isteri reda dengan pemergian anak bongsu mereka, Farhan Anaqi yang meninggal dunia ketika bercuti bersama-sama keluarga ke Korea Selatan.
Percutian bersama ahli keluarga.
Dalam perkongsian di laman sosial di Facebook, Ustaz Muhammad Usaid yang juga seorang mutawwif memberi kapsyen “Tunggu Kami Di Sana (Syurga) wahai anakku.. “ dengan penerangan tazkirah mengenai perkara ini.
Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2️⃣ kelompok:- . (1) Bagi arwah anak² orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan² di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka.
(2) Kelompok anak² orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah. . Di gunung itu terdapat pokok² thuba dan anak² ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu. . Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:
“Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi² yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah. . Bagi anak² kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung² berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.”
. Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga & neraka, anak² kecil tadi belum masuk ke syurga & apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab: . “Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”
Apabila malaikat memberitahu anak² itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:
“Jika di dunia kami tidak sempat bersama² ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.” . Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak² ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga. . Lalu setelah ibu bapa anak² ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT. . Semoga semua mereka yang pernah & sedang melalui dugaan berat ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.
Ads
اناللہ وانا الیہ راجعون
اللهم اجعله فرطا لابويه، وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما، وأفرغ الصبر على قلوبهما، ولا تفتنهما بعده، ولا تحرمهما أجره…..آمين ________________ Petikan artikel “Saat Bersendirian di Barzakh” oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani http://ikimfm.my/saat-bersendirian-di-barzakh/
Terdahulu ibu saudara pasangan suami isteri ini, Nurazura Jamaludin ada menulis juga di Facebook meminta sumbangan orang ramai bagi membantu urusan anak buahnya suami isteri.
Memberitahu isteri Ustaz Muhammad Usaid yang sedang mengandung melahirkan anak mereka secara pra matang ketika usia kandungan 5 bulan, tetapi disahkan meninggal dunia tidak sampai 24 jam melihat dunia.
Ternyata dugaan yang ditanggung sangat berat. Bukan sahaja bersedih dengan kehilangan bayi mereka tetapi pasangan suami isteri ini juga terpaksa menanggung kos rawatan yang sangat tinggi bagi kedua-duanya ketika berada di hospital berkenaan.
Assalamualaikum.. Pertama sekali salam takziah utk anak saudara ku Muhammad Usaid n Natasya Syakilla. Seluruh ahli keluarga sedang dlm kesedihan atas kehilangan baby mereka. Mereka bertolak bercuti ke Korea 9hb lepas. Di jangka balik semalam 13hb. Natasya hamil 21 mggu dan ade dpt surat doc yg dia sihat utk buat penerbangan. Ye laa percutian pun 5 hari saje.
Allah punya kuasa Natasya pre matured delivered baby dlm 21 mggu sehari sblm balik. (12/12/19)
Baby cume dpt bertahan x smpi sehari.
Tapi kos rawatan baby dan ibu di Severance Hospital, Korea terlalu tinggi.
Anak syurga, Farhan Anaqi .
TOTAL BAYARAN PERUBATAN TERMASOK CAS TERSEMBUNYI (AGENT UNTUK TRANSFER BAYI KE MALAYSIA dan TIKET FlIGHT KAMI BERLIMA BALIK KE MALAYSIA *27,109,920.00won* = *RM98,600.00*
Ads
Ya Allah berat sungguh ujian buat mereka. Kehilangan anakanda syurga tersayang dlm masa yg sama menanggung bil yg banyak.
Update terkini, mereka masih di sane menguruskan jenazah baby utk di bawa balik ke Malaysia. Mereka terpaksa berusaha utk mencari sekurang2nya separuh bayaran bil utk dpt discharge drpd hospital.
Andai kata ada yg berhati mulia dan ingin meringankan beban mereka boleh la hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Dan yang paling penting doa dari anda semua moga2 urusan mereka semua lancar sehingga selamat smpi ke Malaysia.
151061434212 MAYBANK ACC MUHAMMAD USAID HUDAIR BIN RAHMAT HP NO : 6017-7285980
Terima Kasih utk semua yg membantu.
Ads
Sebelum itu, Ustaz Muhammad Usaid ketika dihubungi Harian Metro berkata, sebelum meninggal dunia, anaknya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk pemantauan.
Katanya, doktor berusaha menyelamatkan anaknya dengan memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya selepas tujuh kali percubaan.
Bercerita lanjut, sebelum kejadian, percutian mereka sekeluarga berjalan lancar sehingga sehari sebelum pulang ke tanah air apabila isterinya, Natasya Syakilla Hazli, 26, mengadu sakit perut ketika makan malam di sebuah restoran di Myeongdong, Seoul.
Katanya, keadaan itu menyebabkan dia membawa isteri pulang berehat di hotel dan bergegas ke hospital selepas berlakunya pendarahan.
“Sepanjang percutian, tiada masalah berlaku tetapi malam sebelum pulang ke tanah air, isteri mengadu sakit perut dan tanpa berlengah, saya terus bawanya balik ke hotel.
“Setibanya di hotel, berlaku pendarahan serius dan menurut isteri saya, rasa sakit itu seperti hendak bersalin.
“Melihat keadaannya yang memerlukan rawatan, saya terus dapatkan bantuan untuk ke hospital dan dia bersalin tidak lama selepas dimasukkan ke unit kecemasan.
“Namun, anak kami tidak dapat hidup lama dan akhirnya meninggal dunia walaupun doktor berusaha menyelamatkannya dengan memberi bantuan CPR,” katanya yang reda dengan ketentuan Illahi atas kehilangan anak bongsunya ini.
Dia juga turut berterima kasih kepada kedutaan dan rakyat Malaysia yang berada di Korea kerana membantu dan memudahkan segala urusan di sana.
KASHOORGA: Semoga Ustaz Muhammad Usaid sekeluarga reda dengan pemergian anak syurga ini. Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang biasa menghantar emoji love (walau tidak mempunyai maksud tersirat kepada lawan sejenisnya) selepas ini harus memikirkan tindakan itu. Ini kerana di Arab Saudi, ia satu kesalahan yang agak serius.
Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.
Memetik perkongsian Sinar Harian, akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.
“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.
Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.
Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.
“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang.
Seorang professor di Fakulti Dakwah Dan Usulludin Universiti Islam Madinah, Asy Syaikh Prof Dr. Sulaiman Ar Ruhaili pernah menulis tentang emoji love ini dan hukum penggunaannya.
Simbol ini yang digambarkan dalam bentuk hati yang digunakan sebagai ekspresi tanda cinta di hati kerana cinta itu di hati, hukum asalnya, jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan seperti seorang suami mengungkapkan cinta kepada isterinya atau ahli keluarganya, maka IA DIBOLEHKAN. Asalkan tidak ada isykal (kesulitan) di dalamnya.
“Adapun jika digunakan kepada sesama lelaki atau kepada sesama wanita, maka saya katakan ini tidak sesuai. Saya tidak katakan ini haram, namun saya katakan ini kurang sesuai. Dan perbuatan ini bukan sifat orang-orang yang menjaga muru’ah (wibawa) dan orang-orang yang berakhlak baik.
Adapun jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan sebagaimana saya sebutkan di atas, seperti seorang suami mengirimkan simbol ini kepada isterinya atau kepada ibunya, atau kepada saudari perempuannya, untuk menunjukkan rasa cinta, maka menurut saya tidak mengapa,”katanya menjawap persoalan ditanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru-baru ini ramai yang berkongsi di laman sosial Facebook di mana azan telah berkumandang di Sepanyol selepas 500 tahun.
Peristiwa ini juga turut dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19 di Sepanyol yang telah mengorbankan ramai orang.
Menurut perkongsian itu, penulis dikatakan pernah berkunjung ke Kota Cordoba ini beberapa tahun lalu dan melihat di dinding ternampak satu lukisan upacara menyerah kunci.
Pemandangan indah di Kota Cordoba.
Dia diberitahu bahawa itulah gambaran peristiwa hari tumbangnya kerajaan Islam di Sepanyol di mana kunci diserahan kepada pihak Kristian.
Tanpa sebak mengalir air mata dan dia turut berdoa agar satu hari nanti Pemerintahan Islam akan kembali ke sana satu hari nanti.
Ramai tahu kalau mengikut sejarahnya, Islam telah muncul lama di Sepanyol dan antara negara berpengaruh antara tahun 711 M hingga 1492M.
Lepas 500 tahun azan berkumandang di sini.
Selepas 500 tahun azan mula berkumandang di Spain ( Sepanyol) gara2 covid 19?
Allahuakbar..! Sungguh sayu mendayu dan syahdu alunan azan nya..
Saya pernah berkunjung ke Kota Cordoba beberapa tahun yg lalu , apabila melihat di dinding ternampak satu lukisan yg besar upacara menyerah kunci , saya diberitahu bahawa itulah gambaran peristiwa hari tumbangnya Kerajaan Islam di Sepanyol dimana kunci diserahkan kepada pihak kristian , sebak tanpa disedari mengalir air mata saya , mudah2an Pemerintahan Islam akan kembali ke sana satu hari nanti , In shaa Allah , Aamiin
Allahu Akbar !
Kebesaran Allah yang tiada tandingannya.
Perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Masing-masing sayu mendengar alunan azan berkenaan.
Faridah HamidonHikmah disebalik musibah..Allah Ya Rahman Ya Rahhim pentadbir sekalian alam.. semoga yg belum islam diberikn hidayah dn islam agamanya…Aamiin
Siti NoratekahIbrah di sebalik musibah…Sesungguhnya Allah, Pemilik alam ini memberi peluang bertaubat utk kembali kepadaNya seperti bayi yg baru dilahirkan…sambutlah peluang yang ada, selagi nyawa dikandung badan.
ShimaAlhamdullilah sungguh merdu…dn rasa sayu…..dihati NIE…..Moga Allah permudahkan dn mengangkat semua virus di dunia ini…
..
Halimaton KhalidMasyaAllah..alhamdulillah Ade hikmah disebalik nye…semuga kita redho dengan ujian ini..aamiin..
Kita semua insan yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil atau pun besar. Bahkan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, kita disuruh segera melafazkan istigfar, memohon keampunan Allah di atas setiap dosa tanpa sedar kita lakukan. Dan kita juga bukan makhluk suci yang bersih dari dosa.
Bertaubat antara solusi paling indah untuk menyucikan jiwa yang tidak tenang. Ia hubungan antara hamba dan Ya Rabb. Di saat melakukan taubat, ada ketika iman manusia turun naik dan pastinya kita mengeluh adakah taubat kita diterima Allah. Bagaimana nak tahu kalau-kalau taubat kita diterima Allah. Inilah jawapannya.
Sebelum lakukan taubat, ada lima syarat taubat. Ia mencakupi lima perkara ini iaitu:-
1. Ikhlas. Ertinya kita bertaubat kerana dorongan untuk beribadah kepada Allah.
2. Al-Iqla’ (melepaskan), maksudnya adalah melepaskan dosa yang telah kita lakukan dan bertaubat dengannya.
3. An-Nadam (menyesal), orang yang bertaubat harus benar-benar menyesali dosa yang dia lakukan.
4. Al-Azm (tekad). Orang yang bertaubat harus memiliki tekad untuk tidak mengulangi kembali dosanya.
5. Taubatnya dilakukan sebelum tertutupnya pintu taubat iaitu di saat ruh sudah ada di kerongkong atau matahari telah terbit dari Barat.
Dan jika dosa itu melibatkan kezaliman kita sesama manusia, ia kita harus bertemu ornag tersebut, bertemunya dan nyatakan dosa kita di mana ia harus diselesaikan secara berdepan. Dan jika orang tersebut sudah meninggal dunia, sentiasalah terus memohon keampunan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Ketika enam unsur di atas sudah dilakukan dan dirinya bertaubat, maka taubatnya sah. Diterima atau tidak, ia hak Allah taala. Walallahualam. Dan sentiasalah berdoa agar taubat kita itu diterima Allah dan sentiasalah memperbanyakkan amal soleh.
Allah itu bersifat Maha Pengasih di mana Allah ajarkan agar mereka yang bertaubat mengiringi perbuatan taubat itu dengan berbuat ishlah (memperbanyakkan amal kebaikan). Di antaranya, firman Allah, “Kecuali orang-orang yang taubat, sesudah (kafir) itu dan melakukan kebaikan. Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. Ali Imran: 89).
“Mengadakan perbaikan atau melakukan kebaikan” bererti berbuat baik untuk menghilangkan sifat buruk kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Allah juga berfirman, “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. An-Nur: 5).
Bagaimana nak tahu taubat kita diterima Allah?
Dan di antara tanda taubat seseorang itu diterima ialah adanya amal soleh yang dilakukannya selepas itu. Hasan al-Bashri mengatakan, “Bahagian dari balasan kebaikan adalah kebaikan setelahnya.”
Ketika orang yang telah bertaubat, dia semakin dekat dengan syariat, semoga ini tanda taubatnya diterima oleh Allah.
Dan apa yang penting untuk terus memperkukuhkan iman, bagi anda yang telah bertaubat, duduklah dalam kelompok orang-orang alim dan baik. Ini kerana biasanya, insan-insan baik ini akan saling ingat mengingati kita untuk tidak kembali melakukan dosa yang pernah kita taubat itu. Sumber : konsultasisyariah.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...