‘Tutup aurat bukan masa majlis akad nikah saja.’ Ustaz perlu berhati-hati terima jemputan baca doa, takut jatuh fitnah. Sebaiknya tanya aturcara majlis sebelum terima jemputan baca doa.
Bukan apa, takut jatuh fitnah kerana kadang-kadang majlis yang sepatutnya berjalan dengan baik akhirnya bertukar sebaliknya. Maka tidak semena-mena tercalar imej ustaz atau agamawan.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri berkaitan isu ini dan apakah yang sebaiknya yang perlu diambil jika sedari awal kita mengetahui bahawa majlis tersebut tidak mengikut syariat Islam.
Tutup Aurat Bukan Masa
Saya tak baca pun berita penuh tentang perkahwinan artis dalam gambar ini (Janna Nick) daripada mana-mana sumber yang sahih.
Bukan maksud posting ini pun untuk mengulas perkahwinan beliau.
Artikel Berkaitan:
Nikah Kena Ikut Syariat, Perlu Dihebahkan. ‘Bila Kahwin Senyap-Senyap, Mengandung Terus Nak Gugur.’
Majlis Akad Nikah Saja
Cuma, apa yang saya nak cuba utarakan di sini, perkara sebegini biasa berlaku dan pernah berlaku kepada diri saya sendiri.
Saya dijemput untuk membaca doa atau selawat, bahkan pernah dijemput untuk membaca Al-Quran dalam majlis resepsi perkahwinan.
Dalam keadaan kita sedang berdoa memohon rahmat dan keberkatan kepada pengantin, pakaian pengantin (terutamanya pengantin perempuan) adalah tidak menepati syariat (malah ada yang sangat seksi) dalam menutup aurat.
Terasa seperti berdoa yang tidak ikhlas saja. Malu sangat dengan Allah. Minta rahmat Allah dalam keadaan derhaka kepada Allah.
Selepas selesai bacaan doa/selawat, majlis mula dipenuhi dengan pelbagai aturcara yang lagha dan boleh menyebabkan kita yang dijemput sebagai pembaca doa atau selawat berasa tidak selesa.
Ustaz Perlu Berhati-hati Terima Jemputan Baca Doa
Setelah beberapa kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini, saya biasanya akan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menerima sebarang jemputan :
Saya akan tanya aturcara penuh majlis.
Saya akan tanya kondisi pakaian pengantin.
Jika perlu ditolak jemputan tersebut, maka saya akan tolak dengan sebaik mungkin.
Takut Jatuh Fitnah
Pesanan saya kepada semua bakal pengantin.
Perkahwinan dan majlis perkahwinan adalah suatu acara yang amat mulia dan tinggi nilainya dalam agama. Jangan dicemari ia dengan dosa dan maksiat.
Salah anggap pengantin zaman sekarang bahawa majlis akad nikah perlu menutup aurat kerana ia majlis ibadah perlu diperbetulkan dengan segera.
Menutup aurat itu wajib pada setiap masa dan ketika, terutamanya apabila bersama orang yang ajnabi, bukan dalam acara atau tempat tertentu sahaja.
Allah mengampunkan dosa orang yang berkahwin demi menjaga maruah dan kehormatannya. Ia mewakili separuh daripada iman.
Yang separuh lagi, hendaklah pengantin bertaqwa kepada Allah iaitu taat kepada segala suruhanNya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Membaca doa itu berkat, tetapi janganlah hingga mencalar imej ustaz atau agamawan yang terlibat dek kerana majlis yang dianjurkan tidak mengikut syariat.
Sumber: Khairul Anuar Basri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI