Ucapan Hari Lahir Aidid Marcello Kepada Isterinya Norzie Pak Wan Chik Padu Dan Penuh Makna

Share

Apabila isteri bahagia dengan apa yang dilakukan, maka perasaan mereka akan tenang dan gembira. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama membantu meringankan tanggungjawab suami.

Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bertuahnya Norzie Pak Wan Chik. Begitu dihargai oleh suaminya, Aidid Marcello.

Berikut catatan ucapan hari lahir Aidid Marcello di laman Instagramnya buat isteri tercinta.

Nilah kekasih dunia akhirat saya. Nama dia @norziepwc Hati dia baik walaupun kadang2 dia cenghey macam singa. Dia selalu jaga aku, takut aku sakit. Dia amik berat pasai aku dan anak2. Dia pun penat kerja utk sama sara hidup.

Tapi… 2 minggu lagi dia dah x kerja dah. Dia amik keputusan utk focus besarkan anak, bukan besarkan saya… Alhamdulillah, minta2lah segala doa ditanah suci insyaAllah termakbul sebab kita kena percaya yg rezeki tu dariNYA. Lepas ni aku jadi manager dia.

Yang penting hari ni hari istimewa dia, walaupun tragedi semalam… sorang anak cabut gigi, sorang anak kena jahit 4 jarum hahahaha macam2 hal! Hampa doa-doakan dia yg baik2 ok?

Lastly, selamat hari lahir babyku cayang buchuk!!! Semoga terus menjadi isteri, mak dan anak yg solehah. Dah tu ja sepatah 2 kata saya

Kesimpulannya hargailah isteri kerana isteri bukan sahaja peneman di dunia tetapi juga di akhirat.

Sumber kredit: Aidid Marcello

VIDEO:

Published by
wan erni