Wakaftnya ulama merupakan salah satu tanda dekatnya akhir zaman. Wafatnya ulama yang merupakan pewaris nabi jelas musibah tak tergantikan bagi umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda: وَمِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ العِلْمُ وَيُثْبتَ الجَهْلُ
"Sebahagian tanda datangnya Hari Kiamat diangkatnya ilmu dan tinggallah kedunguan (kebodohan)."
Dalam Alquran disebutkan kehancuran dunia atas wafatnya ulama.
Allah SWT berfirman: اَوَلَمْ يَرَوْا اَنَّا نَأْتِى الْاَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ اَطْرَافِهَاۗ وَاللّٰهُ يَحْكُمُ لَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهٖۗ وَهُوَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ
Ertinya: "Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedangkan Kamilah yang menghisab amalan mereka. Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dialah Yang Mahacepat hisab-Nya". (QS Al Ra'du: 41).
Jika sebelum ini ulama terkenal Indonesia, Syeikh Ali Jaber meninggal akibat COVID-19, hari ini para agaman negara iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre dan Dr Syed Shahridzan Ben Agil yang juga merupakan Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi kisah kematian Al-‘Allamah Al-Faqih Al-Sheikh Dr. Ahmad Ali Toha al-Rayyan, ulama besar mazhab Maliki yang meninggal akibat COVID-19 hari ini.
Semoga kita semua dilindungi dari fitnah Dajjal dan seterusnya akhir zaman yang semakin menunjukkan banyak tanda.
Bacalah catatan dari para agaman yang dikongsi di fb masing-masing.
إنا لله و إنا إليه راجعون
Demi Allah berita ini sangat menyedihkan kami namun tiadalah yang mampu kami ucapkan melainkan yang Allah redha.
Telah kembali ke Rahmatillah Al-‘Allamah al-Faqih Prof Dr Ahmad Toha Rayan Rahimahullah, antara orang yang paling alim dalam Mazhab Maliki di Mesir dan Ahli Anggota Ulama Besar Al-Azhar as-Syariff.
.
Beliau adalah guru yang sangat sangat kami cintai. Saya belajar daripada beliau pelbagai kitab Mazhab Maliki dan Perbandingan Mazhab. Beliau adalah Syaikh saya sepanjang di Mesir. Banyak saya dapat belajar secara berdua saja dengan beliau. Umur beliau sebaya umur Abah. Abah juga mengenali beliau ketika sama-sama membangunkan Universiti Ahgaff di Yaman.
Beberapa hari lalu salah seorang anak murid kanan beliau memberitahu saya bahawa Syaikh disahkan dijangkiti COVID-19
Moga Allah merahmatimu wahai guru kami.
Ini pula catatan dari Dr Syed Shahridzan Ben Agil yang juga merupakan Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan.
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un…
Berita yang amat menyedihkan tentang pemergian guru kami ke menuju ke rahmat Allah.
Beliau al-Marhum al-‘Allamah al-Faqih al-Sheikh Dr. Ahmad Ali Toha al-Rayyan, ulama besar mazhab Maliki di al-Azhar serta alim dalam pelbagai bidang ilmu dan displin turath.
Kenangan amat indah mengikatkan kami dahulu yang berkesempatan berguru dengan al-Marhum di masjid al-Azhar. Al-Marhum amat terkenal dengan sikap ramah mesra dan lemah lembut terhadap murid-muridnya. Sesungguh pemergian beliau satu kehilangan yang amat besar bagi Al-Azhar Al-Syarif, dunia Islam dan anak² muridnya dari seluruh dunia.
Jelas satu demi satu alim ulama di angkat oleh Allah di akhir zaman ini.
Semoga Allah merahmati guru kami, mengampuni dosa-dosa beliau dan menghimpunkan beliau bersama-sama para nabi dan soliheen di akhirat kelak. Amin Ya Rabb.