Ulama’ merupakan insan yang mulia kerana mereka meneruskan kerja nabi-nabi iaitu dakwah dan mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu sebagaimana firman-Nya di dalam al-Qur’an:
Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11].
Bahkan ada di sebut dalam hadith, ulama’ merupakan pewaris Nabi SAW.
Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya].
Bumi Malaysia sememangnya amat bertuah kerana masih terdapat beberapa orang wali Allah yang masih hidup. Antara wali Allah yang dikenali adalah Pak Su Mid yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah selain Tok Ayah Isa Yahya yang kini semakin di mamah usia dan menetap di Gerik, Perak. Bahkan ada juga wali Allah yang sudah meninggal seperti Pak Soh dari Terengganu.
Ads
Dalam pada itu, di saat usianya yang semakin dimamah, mereka yang menziarahi Tok Ayah Isa ini sempat merakam doa yang selalu diamalkan oleh dirinya selepas solat fardu. Insya Allah, moga kita juga diberi kesempatan untuk mengamalkan doa dibaca oleh wali Allah ini.
Ia dikongikan oleh Raden Najmi di akaun tik toknya.
Tok Ayah Isa ulama tertua berusia 104 tahun, tak pernah tinggal solat di masjid dan selalu duduk saf depan.
“Ada sorang lagi ulama yang sempat belajar dengan Syeikh Yasin Padang “. Begitulah saya mula diperkenalkan dengan susuk tubuh orang ‘alim ini. Beliau Syeikh Isa bin Yahya merupakan seorang guru agama yang agak terkenal di sekitar Gerik, Perak. Mesra dengan pangilan tok ayah. Bahkan beliau merupakan antara individu terawal pergi ke Makkah.
Ads
Saya difahamkan umur beliau mencecah 9+ tahun (ikut kad pengenalan didaftar tapi dipercayai sudah berusia 104 tahun). Tapi kudrat beliau luar biasa. Ini boleh dilihat kepada istiqamahnya beliau ke masjid. Lima waktu di masjid dan di saf depan sekali.
Kuliah beliau di Masjid Jamek Gerik pagi Ahad. Beliau kuat ibadah.
Seorang yang sangat cemburu dengan masa. Jika seseorang yang berhajat nak mengambil manfaat dengan beliau di rumah beliau samada nak baca kitab atau mengambil azkar dengam beliau mesti sudah berada dihadapan rumah beliau jam 8 pagi.
Pada hari Jumaat , tok ayah akan ke kubur jam 7.30 pagi untuk doa setiap kali Jumaat. Beliau akan hadir ke masjid tepat jam 11.30 pagi di masjid untuk solat jumaat. Baru ini Tok Ayah ke masjid dengan kami tapi pada jam 11.50. Tok Ayah sebut, dah terlewat. Aku tertelan air liur.
Selalu jema’ah yang hadir ke rumah tok ayah mahukan zikir tariqah Syatariah atau Dalailul Khairat . Tok Ayah ada tunjukkan kepada kami sanad dan kaifiyat beliau amalan tersebut dari gurunya.
Jika zikir tariqat, beliau akan pimpin murid sehingga selesai menerima kesemua amalan dalam tariqat tersebut . Lebih kurang 1 jam selesai. Manakala Dalailul Khairat, beliau letak syarat seminggu untuk khatam bacaan Dalailul Khairat . Isnin bertemu isnin depan. Begitulah beliau khabarkan.
Tok ayah berulang kali pesan untuk segera datang sebelum terlambat. Begitulah pesanan tok ayah. Sumber cerita :- Mohammad Amin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain jodoh, ajal maut, soal rezeki juga ditentukan oleh Allah. Sentiasalah menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan Allah.
Jangan jadi orang yang malas, kerana Allah tidak suka sikap begini. Hanya menunggu rezeki tanpa berusaha sedikitpun.
Namun begitu, terdapat juga beberapa amalan lain yang tanpa kita sedari rezeki yang datang juga sentiasa murah dan melimpah ruah.
Paling mudah memberi kucing yang datang ke rumah makan dan paling mulia adalah dengan memberi sedekah Surah Al-Fatihah kepada orang tua kita, tidak kira yang masih hidup atau meninggal dunia.
Insya-Allah jika diamalkan secara konsisten, rezeki yang datang nanti akan berlipat ganda. Namun jangan pula kita lupa untuk terus bersedekah pula kepada golongan memerlukan.
Ayuh, kita periksa lagi apa amalan boleh dilakukan untuk memastikan rezeki kita sentiasa murah.
Petua Murah Rezeki
1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji@upah jerih payahmu,untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak.Setiap kali kamu merasa melakukan dosa,masukkan wang kecil ke dalamnya..Genap 1 bulan,buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5. Jika kamu hadir dalam majilis keramaian ( keluarga dan kerabat atau sahabat ) belilah 1@2 kotak air mineral,niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua,sakit,kanak-kanak dan lain-lain )
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki,biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah )
7.Belilah mushaf (al-Quran) letakkan di salah satu masjid.Banyakkan berapa pahala yang akan kamu daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang,khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan,dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui,berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kamu tertidur,melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dan menghinamu,menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
11. Setkan pada handphone kamu,penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibu bapa kita,sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
12. Kirimkan mesej ni kepada semua kenalan.Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan.Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah
Semoga kita dilimpah rezeki,aamiin
SUMBER: FACEBOOK KU NOR ASHIKIN
Kashoorga: Hadiahkan sesuatu yang bernilai kepada orang tua kita. Jangan kedekut untuk berbelanja.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Ajal dan maut di tangan tuhan.’ Jatuh tingkat 11, jenazah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun selamat dikebumi. Beri ruang keluarga bertenang kerana menghadapi kematian yang tiba-tiba bukanlah mudah.
Kanak-kanak ini disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan selepas terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin, di Johor Bahru, petang kelmarin selamat dikebumikan.
Menurut laporan Kosmo, jenazah Muhammad Izzuddin Abdul Hadi selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin, di sini.
Sebelum itu, solat jenazah Allahyarham disempurnakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dikafankan.
Keluarga mangsa yang turut hadir bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan insiden yang berlaku sehingga meragut nyawa arwah.
Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 11
Bagaimanapun, seorang kenalan rapat keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsudin menjelaskan, keluarga mangsa berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara yang berlaku.
“Keluarga mangsa masih lagi sedih ketika ini, jadi diharap mereka diberikan ruang dan tidak diganggu.
“Ajal dan maut di tangan Tuhan, kami semua berharap semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Selamat Dikebumi
“Hanya Allah sahaja yang mengetahui situasi ditempuhi keluarga, dan diharap semua pihak boleh memahami,” katanya ringkas kepada pemberita.
Mangsa pada mulanya dilaporkan mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas terjatuh daripada tempat tinggi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam tadi ketika sedang menerima rawatan.
“Polis mengesahkan terdapat kes berkenaan, dan kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.
Kashoorga: Semoga keluarga ini tabah berdepan ujian berat ini. Salam takziah.
Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk dapatkan visa umrah elektronik bagi memudahkan urusan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Malahan dikatakan langkah ini diambil semata-mata untuk melancarkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa lagi kerana semuanya kini berlaku di hujung jari.
Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara – United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia – wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.
Guna Imbasan Biometrik
“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata kementerian itu.
Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.
Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal. – BERNAMA.
Kashoorga: Alhamdulillah, harapnya pelaksaan E-Visa dapat memudahkan urusan jemaah umrah.